CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peluru Tembus Leher Mangsa

30-7-2013 01:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5155| Komen: 18

Description: Ipoh - Suasana Aman Sebuah Restoran Bertukar ‘Gempar’ Apabila Dua Lelaki Bertindak Melepaskan Beberapa Das Tembakan Terhadap Sekumpulan Lima Lelaki Yang Sedang Minum Di Sebuah Restoran Dalam Kejadi ...


IPOH - Suasana aman sebuah restoran bertukar ‘gempar’ apabila dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan terhadap sekumpulan lima lelaki yang  sedang minum di sebuah restoran dalam kejadian yang berlaku di Lebuh 5, Kampung Simee, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa yang berusia 55 dan 28 tahun cedera dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Difahamkan mangsa berusia 55 tahun mengalami kecederaan di telinga manakala mangsa yang berusia 28 tahun mengalami kecederaan di lengan kiri dan kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa sedang minum bersama dua rakan mereka di sebuah restoran sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira.

Beliau berkata, Jasrafveenderjeet dipercayai menuju ke kereta berkenaan sebelum suspek melepaskan beberapa das tembakan mengenainya dan dua rakan lain.

“Siasatan awal mendapati, ramai pelanggan berada di dalam dan luar kedai ketika kejadian berlaku.

“Malah, ada dalam kalangan pelanggan menyatakan terdengar seakan-akan bunyi ‘mercun’ yang sebenarnya adalah bunyi beberapa das tembakan yang dilepaskan suspek di dalam kereta tersebut.

“Akibatnya ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan dan dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berikutan itu, Chang Keong berkata, Ops Tutup dilancarkan bagi mengesan dua suspek yang berjaya melarikan diri dalam kejadian berkenaan.

“Kami masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu, sebelum kejadian tembak berlaku, suspek dikatakan telah bertemu kumpulan lelaki berkenaan yang sedang minum di restoran tersebut.

Menurutnya, berlaku sedikit perselisihan faham antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan salah seorang dari kumpulan tersebut menampar muka suspek.

Katanya, selepas insiden itu berlaku, suspek kemudian bertindak beredar sebelum muncul kembali untuk kali kedua di restoran berkenaan.

“Salah seorang lelaki yang duduk minum bergerak ke arah kereta yang dinaiki dua lelaki terbabit. Bagaimanapun, tiba-tiba beberapa das tembakan dilepaskan dan saya bersama pelanggan yang berada di dalam restoran terkejut akan insiden tersebut,” katanya.

Dia mendakwa turut melihat salah seorang mangsa tertiarap manakala dua lagi cedera akibat terkena tembakan itu.

“Dua lelaki itu terus menghilangkan diri selepas kejadian itu berlaku dan kami segera mendapatkan bantuan. Ketiga-tiga mereka kemudiannya dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan di hospital berdekatan,”


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 30-7-2013 10:08 AM
first.........................   sebelum kena katup
Quote sapp73 30-7-2013 10:10 AM
minggu ni meriah dengan kes tembak menembak disamping dentam dentum budak main mercun
Quote network 30-7-2013 10:23 AM
tambah 1+ ..lol
Quote mr_crab 30-7-2013 10:24 AM
tacanggggggggggggggg......
Quote tebuanharimau 30-7-2013 10:28 AM
kes tembak menembak ni lahir dari generasi main polis sentri & lastik burung kah? gian menembak je semua
Quote cak! 30-7-2013 10:29 AM
berita semalam punyaa daaa
Quote taikor 30-7-2013 10:33 AM
Malaysian Gags:
Hari2 ade kes tembak menembak.Hari2 ada org kena tembak plak. Malaysia dah jadi mcm Wild West.hanya macai je yg ckp Malaysia aman.


Quote forfavor 30-7-2013 10:38 AM
kene tembak kat bahau???

bahau is my workplace ...aiyooooo...

how come i x dgr story ni
Quote alzan 30-7-2013 10:41 AM
lamaaaa dah berita ni
Quote cef_gango 30-7-2013 10:42 AM
cak! posted on 30-7-2013 10:29 AM
berita semalam punyaa daaa

saya da edit da..tka berita lain. maaf ya.
Quote BotakChinPeng 30-7-2013 11:19 AM
Apo nak dikato
Quote AHMADVW 30-7-2013 11:22 AM
kes terpencil
Quote jaa139 30-7-2013 11:58 AM
gangsterism berleluasa camtulah jadinya..pasni kanak2 pon boleh simpan pistol agaknya
Quote mrsamz 30-7-2013 12:02 PM
Mcm dlm movie lah kesah ni
Quote niceghost2005 30-7-2013 12:09 PM
sapp73 posted on 30-7-2013 10:10 AM
minggu ni meriah dengan kes tembak menembak disamping dentam dentum budak main mercun

Bebudak main mercun...............dum dam dum dam
Oghang dewasa main pistol............dum dam dum dam

Saper per munyik nya.
2-2 merbahaya.

Pembunuh Upahan sudah semakin mendapat tempat di Malaysia ini.
GANGSTER amat mudah mendapat senjata api....

Haper dah jadi dgn sempadan kita??
Gaji dah 3-4 x di naikkan..............nak tunggu naik lagi ke baru nak jalankan tugas dgn berkesan?

Sepatutnya di beli peralatan canggih seperti SCANNER MACHINE mcm kat US.
Siap dgn CCTV..............agar bley monitor petugas.
Quote mitnick 30-7-2013 03:28 PM
tembak lagi? erkk
Quote Babai 30-7-2013 03:31 PM
taikor posted on 30-7-2013 10:33 AM
Malaysian Gags:

Good ker nuWART?
Quote akughi 30-7-2013 03:45 PM
dah mcm bandar koboi...main tembak2

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.067993 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top