CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usia Semakin Lanjut Bukan Halangan Untuk Cuba Berlakon - Raja Azmi

10-9-2016 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8287| Komen: 50

Description: Usianya kini mencecah 57 tahun, namun bagi Penerbit kontroversi Raja Azmi Raja..

Oleh : Dean BZ

Raja Azmi tidak melihat usianya sebagai penghalang untuk memulakan karier dalam bidang lakonan. Foto LOW BOON TAT



Usianya kini mencecah 57 tahun, namun bagi Penerbit kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman tidak melihat usianya itu sebagai halangan untuknya mengembangkan karier dalam bidang lakonan.

"Pada usia sekarang memang sudah terlambat untuk berlakon tetapi Alhamdulillah rezeki saya apabila dipanggil berlakon dan usia bukan halangan.

"Jika diikutkan sejarah sejak dahulu lagi ramai yang menawarkan tawaran berlakon tetapi saya tidak mahu kerana merasakan tiada bakat dalam lakonan.

"Alhamdulillah selepas berlakon dalam drama bersiri Sha & Shah dan terbaharu Marhaban Kome Oi seronok pula dan berharap selepas ini dapat lebih banyak peluang," katanya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, dia sebenarnya pertama kali berlakon menerusi drama terbitan Kuasatek Pictures Sdn. Bhd. pada 2009 iaitu Persona Grata disamping Haliza Misbun dan Hairie Othman.

Dia juga memberitahu ada mendapat tawaran daripada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas namun ia masih dalam peringkat perbincangan.

"Insya-Allah jika ada rezeki mungkin saya akan muncul dalam Gerak Khas tetapi masih belum ada hitam putih mengenainya dan sekadar tawaran mulut daripada Yusof," ujarnya. 

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21. Selepas bercerai, Raja Azmi kemudiannya bertemu jodoh dengan Eddie yang juga bekas gitaris kumpulan CRK dan berkahwin pada pada 13 Oktober 2013.

Namun pergolakan rumah tangga membuatkan pasangan itu bercerai pada 11 November 2014. Disebabkan Raja Azmi jatuh cinta buat kali kedua kepada Eddie, mereka memutuskan untuk berkahwin semula pada Januari lalu. - CARI




Sumber - MstarOnline
18

Bagus
22

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
21

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 10-9-2016 07:04 PM
"Belum ada hitam putih, sekadar tawaran mulut"

Tapi dah pung pang dicanang seantero Mesia
Quote doublethread 10-9-2016 07:23 PM
Berlakon la Kak Mi kalo ada offer. Kak Mi pun cantik walau dah berumur. Belakon tak kayu, ok je masuk tibi. Set2 kayu kayan wajib dipulangkan je habitat asal
Quote isoflavone 10-9-2016 08:49 PM
Adus....
Quote vender 10-9-2016 08:52 PM
berlakon je lah kak...stakat berlakon jadi datin, bini tansri bukan susah sgt..
Quote Princess_Na 10-9-2016 08:56 PM
Slalu silap dia ni dgn Dian P Ramlee.
Quote makbedah 10-9-2016 08:58 PM
mieymiey replied at 10-9-2016 07:04 PM
"Belum ada hitam putih, sekadar tawaran mulut"

Tapi dah pung pang dicanang seantero Mesia :l ...

hahahaha.
Quote HannahMontana 10-9-2016 09:04 PM
nampak mcm sengkek saja dia ni
Quote FARRAZOOL 10-9-2016 09:11 PM
Ajak husband berlakon skali kak mie
Quote FARRAZOOL 10-9-2016 09:11 PM
Ajak husband berlakon skali kak mie
Quote cikgojesss 10-9-2016 09:20 PM
heshe punya ex husband dulu tu sedap sangat.. rugi jah cerai.. nasib baik meols tak sempat kutip haritu
Quote starcity 10-9-2016 09:50 PM
Sorry la tapi suara dia agak buat aku turn off bila bercakap. sebab agak meleweh. Tak yah la berlakon nek mi
Quote Orix 10-9-2016 10:31 PM
cikgojesss replied at 10-9-2016 09:20 PM
heshe punya ex husband dulu tu sedap sangat.. rugi jah cerai.. nasib baik meols tak sempat kutip har ...

ex husband yg main badminton tu ke? eh sheols dah kawen balik kan dgan edy ke apa tah nama hsband dia dulu tu.
Quote cikgojesss 10-9-2016 11:06 PM
Orix replied at 10-9-2016 10:31 PM
ex husband yg main badminton tu ke? eh sheols dah kawen balik kan dgan edy ke apa tah nama hsband  ...

yang badminton tu la
aah dulu kan sheols cerai n sentap sekejap ngan laki baru sheols tapi skang dah cemolot semula katanya..
Quote makkauhijau 11-9-2016 04:46 AM
relevan lg ke acik ni
Quote Manjahati 11-9-2016 08:16 AM
Hissss udah-udah ler tu nek mi... Baik goyang kaki n jaga laki je kat umah tu
Quote ieta_86 11-9-2016 02:05 PM
Kembali kepada jln allah
Quote K_Lily 11-9-2016 02:09 PM
Tak yah la berlakon. Kekok jer dalam drama apa syah sha tu
Quote cik_tonggek 11-9-2016 02:23 PM
cikgojesss replied at 10-9-2016 09:20 PM
heshe punya ex husband dulu tu sedap sangat.. rugi jah cerai.. nasib baik meols tak sempat kutip har ...

Pasal sedap lah ada janda mana tah caras sheols
Janda tu mengata mcm2 kat dia, sian kak mi
Quote esmalian 11-9-2016 03:07 PM
elakon jer filem sendiri nenek mi..u can du it

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.089195 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top