CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cuba Pelbagai Cara Ketiak Tetap Tak Putih, Ikut Cara Blogger Ini

4-10-2016 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9284| Komen: 29

Description: Antara masalah terbesar kaum wanita berkenaan kecantikan adalah kawasan tertentu yang lebih gelap dan nampak memalukan.

Antara masalah terbesar kaum wanita berkenaan kecantikan adalah kawasan tertentu yang lebih gelap dan nampak memalukan.

Sudah tentu bawah lengan atau ketiak adalah perkara yang sebolehnya tak mahu menjadi faktor kepada rasa rendah diri anda. 

Pelbagai tips, bahan kosmetik dan juga krim dijual di luar sana untuk membantu mencerahkan kembali bawah lengan. Namun, sejauh mana keberkesanannya?

Namun, menurut seorang blogger kecantikan Evaa Lordiah, dia memang mempraktikkan beberapa perkara yang pastinya membantu mendapatkan bawah lengan cerah dan wangi!

Lihat apa yang dilakukan, dan ia merupakan rutin ya:




1. Elak gunakan pencukur

Kulit bawah lengan tersangat sensitif dengan pencukur, ia hanya menyebabkan kulit menjadi gelap dan kepam. 

Cantik cara blogger: Gunakan pencabut bulu, adalah jalan terbaik. Ia memang agak sakit namun mengelakkan kulit tercedera dan menjadi hitam. 

Jika tak mahu cara tersebut, anda boleh menggunakan sugar wax.




2. Lulur

Cara ini menyingkir sel kulit mati dan kulit akan kelihatan lebih cerah setiap kali selepas anda skrub atau lulur bawah lengan. 

Cantik cara blogger: Tak perlu beli produk mahal, hanya gunakan gula dan madu. Gosok secara membulat di bawah lengan. Biarkan 3 minit dan bilas bersih. Lakukan 3 kali seminggu. 


Foto: Carian google


3. Limau, kentang, aloe vera

Pilih salah satu bahan ini, untuk disapukan di bawah lengan anda. Ia merupakan agen 'bleaching' yang semula jadi dan mampu memutihkan ketiak. 

Cantik cara blogger: Sapukan limau atau kentang pada bawah lengan dan biarkan selama 10 hingga 20 minit. Kemudian bilas bersih. 

Anda juga boleh praktikkan cara ini pada tangan dan kaki yang gelap. - CARI 
9

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ballyderina 4-10-2016 04:07 PM
Tutup aurat penuh tak heran pon klu hitam bwh ketiak nun
Quote lil_sparky 4-10-2016 05:28 PM
smlm try baking soda..wat jd paste..sapu kat tiak 20 min n bilas. pedih2 sikit. nk try guna baking soda dlu..then try plak guna kentang
Quote Miming2 4-10-2016 06:00 PM
lil_sparky replied at 4-10-2016 05:28 PM
smlm try baking soda..wat jd paste..sapu kat tiak 20 min n bilas. pedih2 sikit. nk try guna baking s ...

uiii rajin nya nak mencuba
Quote Miming2 4-10-2016 06:01 PM
klu jg dr kecik, cuci betul2 tak adalah hitam sgt kot...
Quote dusunmind 4-10-2016 06:08 PM
betul tu jangan cukur. cabut jer. dan guna deodorant yg sesuai.
Quote Miming2 4-10-2016 06:13 PM
ballyderina replied at 4-10-2016 04:07 PM
Tutup aurat penuh tak heran pon klu hitam bwh ketiak nun

yg sleeveless tu pun kdg2 ketiak berkerak juga.. tak ada kena mengena dgn pemakaian.... yg penting pandai jaga kebersihan dr kecik
Quote xtravaganza 4-10-2016 07:04 PM
Klu tutup aurat pon, xkan nk biorkan ketiak berkerak??
Quote Themilo 4-10-2016 07:18 PM
Miming2 replied at 4-10-2016 10:13 AM
yg sleeveless tu pun kdg2 ketiak berkerak juga.. tak ada kena mengena dgn pemakaian.... yg penting ...

pigmen kulit asia memang akan jadi kegelapan, bukannya tak bersih.. tambah lagi dengan deodorant bagai.. harus la ketiak jadi hitam..
Quote awanearisu 4-10-2016 10:55 PM
cari farahdhukai dalam youtube
Quote CARI-MAMS 5-10-2016 10:16 AM
awanearisu replied at 4-10-2016 10:55 PM
cari farahdhukai dalam youtube

yes she is my fav!
Quote awanearisu 5-10-2016 10:20 AM

lucu kan? kita masih baru lagi terjebak dengan farah. menceriakan hidup sungguh
Quote holaaaaaa 5-10-2016 12:32 PM
ballyderina replied at 4-10-2016 04:07 PM
Tutup aurat penuh tak heran pon klu hitam bwh ketiak nun

eeeee.... xkn harap muka je cantik... dalam2 pun kena cantik gak wlaupun bertudung
Quote becir 5-10-2016 01:58 PM
aku buat kapur sirih/baking soda letak lemon or limau kasturi sikit...ada nampak beza..kurang kerak and tak payah guna deodorant lagi..
Quote antara 5-10-2016 02:32 PM
paling payah rasanya kat area siku dengan lutut...ermmm nanti pedih...
anyway..tutup aurat..tapi kene bersih juga..nanti malu kat somi hahha
haruslah kompiden level tahap miss universe kat rumah...hahha
Quote khailya 5-10-2016 03:24 PM
try cuci guna apple cider... berkesannn...!
campur apple cider dengan air.. then guna facial cotton, tonyoh la kt lutut ke.. ketiak ke..
evendo muka pn boleh.. buat ala2 mcm pakai toner gitu...

Quote yayan_froggy90 6-10-2016 12:03 AM
Nak tanya. Kalo pakai krim yg bole sapu2 terus bulu cabut tu, contoh nama evelyn tu elok ke utk kulit?  Xda efek ke?  Ada sapa2 pkai tak?
Quote makbedah 6-10-2016 11:47 AM
Try waxing. Lama-lama pun bulu akan kurang.
Quote Rainrein 12-10-2016 10:58 AM
khailya replied at 5-10-2016 07:24 AM
try cuci guna apple cider... berkesannn...!
campur apple cider dengan air.. then guna facial cotton ...

Memang jadi ek kalu guna apple cider? Kalu betul nak try guna untuk sental lutut anak. X lawa lak tengok gelap je lutut. Anak pompuan kan so nak la cantik dari setiap segi.  
Quote khailya 12-10-2016 11:14 AM
Rainrein replied at 12-10-2016 10:58 AM
Memang jadi ek kalu guna apple cider? Kalu betul nak try guna untuk sental lutut anak. X lawa lak  ...

try la..
tp sy bancuh dgn air ckt... sbb bau masam tu kuat sgt..hehe

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.099856 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top