CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Risau Termakan Sushi Tak Halal? Sushi King Kan Ada, Kini Berstatus Halal!

24-10-2016 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 18392| Komen: 21|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Meskipun berasal dari negara Jepun, namun sushi dan juga makanan lain dari negara Matahari Terbit tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat Malaysia.

Meskipun berasal dari negara Jepun, namun sushi dan juga makanan lain dari negara Matahari Terbit tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat Malaysia.


Sebut sahaja tentang sushi misalnya, ramai yang akan teringatkan restoran Sushi King. Tak menghairankan ia bagai sudah begitu lazim dan sebati sekali di kalangan semua penggemar makanan, ini kerana rangkaian Sushi King sudah bertapak lebih 21 tahun di sini!

Mula dibuka pada tahun 1995 di Kuala Lumpur, Sushi King terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang teringin menikmati makanan autentik Jepun seperti tempura udang, ikan grilled, salmon steak, sashimi dan banyak lagi. 




Tidak sesekali berkompromi dengan kualiti dan kesegaran setiap hidangan, baru-baru ini Sushi King telah mendapat pengiktirafan sijil halal daripada Jakim. 

Ini sekaligus menutup segala kontroversi yang pernah dilemparkan kepada servis yang mereka berikan selama ini. 

Ini bermaksud, semua bahan yang digunakan adalah bebas daripada mirin iaitu wine beras dan disediakan dengan cara agak berbeza, yang pastinya mengikut piawaian yang halal namun masih mengekalkan rasa yang asli. 

Sudah tentu ia menjadi berita baik buat semua pengguna terutama dari kalangan pengguna Muslim, kini boleh menikmatinya dengan lebih yakin, tanpa ragu-ragu lagi. 

Jika anda ingin tahu, Sushi King juga mengaplikasikan sistem 'kesegaran' atau 'freshness' yang memastikan kualiti terbaik sushi dan segera menyingkirkan mana-mana makanan di atas litar kaiten yang sudah tamat tempoh. Tak hairanlah semua hidangan di sini segar-segar belaka!



Disebabkan semua faktor inilah, ia semakin berkembang dan mudah diterima di kalangan masyarakat negara ini. Buat masa ini, terdapat 105 cawangan yang sekaligus menjadikan Sushi King sebagai restoran Jepun terbesar di Malaysia. Hebat, kan!

Jadi, selepas ini bolehlah bawa seisi keluarga dan juga rakan-rakan ke Sushi King berhampiran. Tak dapat ke Jepun pun tak mengapalah, 'apadehal' di Sushi King semua makanan autentik Jepun ada untuk anda! Yang pastinya, ia enak, lazat dan juga halal! - CARI 










17

Bagus
13

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
20

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 24-10-2016 12:04 PM
rakuzen tak halal ke? selamani main sebat jer mkn.. tgk ramai je hijabis2 duk pegi makan
Quote Themilo 24-10-2016 12:49 PM
sushi king mahal.. iols pergi ke sushi mentai, pun banyak branch.. branch yang iols pergi nih so far, ok jaa.. waiter kat situ siap bagi reminder, muslim boleh makan semua jenis sushi atas conveyor belt, cuma makanan ala carte sahaja yang tak dicadangkan, sebab pakai mirin / wine..
Quote Artemesiaa 24-10-2016 02:03 PM
Ok le tu dah tak perlu bimbang bila nak makan
Quote seramado 25-10-2016 07:46 AM
Terliuqqq...nk g sushi king
Quote cik-jaja 26-10-2016 10:34 AM
dapnyerrrr..spe nak lanje kt
Quote ultramantujuh 26-10-2016 10:36 AM
dari dulu memang gemar makan di Sushi King, selain enviroment restorannya yang bersih, pekerjanya pun semuanya good service.... peramah! Restoran Sushi yang lain tak pernah cuba... pon
Quote siskepoh 26-10-2016 11:07 AM
wkend ni nak ajak anak-anak makan sushi lah. lama dah sis x makan. gaji minggu ni sesuai sangat  nak ajak laki dan anak2 bjimba.
Quote chacon 26-10-2016 11:24 AM

baik makan sambal hitam ikan bilis ngan roti lagi sodap  
Quote otomatic_prince 26-10-2016 11:51 AM
saya suka yg set punya..mmg best la..
Quote InVendeTTa 26-10-2016 12:31 PM
sushi ni mcm makanan cikki n gegurls hijab ek..kalo ajak kengkawan lelaki lepak sna mesti pakat xmau.x mkn katanya..kalo  geegurls queue panjang pon x kisah
Quote nononcrux 26-10-2016 12:52 PM
melinda_kerr replied at 24-10-2016 12:04 PM
rakuzen tak halal ke? selamani main sebat jer mkn.. tgk ramai je hijabis2 duk pegi makan

mampu makan dekat jusco punye je .. halal pon halal
Quote melinda_kerr 26-10-2016 01:06 PM
nononcrux replied at 26-10-2016 12:52 PM
mampu makan dekat jusco punye je .. halal pon halal

once in a blue moon. tak selalu sis.
Quote dodolgemok 26-10-2016 01:08 PM
So lepasni acik2 kepam hijab purdah boleh fefeeling nihon tanpa was2 yah!
Quote otomatic_prince 27-10-2016 07:03 PM
nononcrux replied at 26-10-2016 12:52 PM
mampu makan dekat jusco punye je .. halal pon halal

jusco punya sedap x

Quote nononcrux 28-10-2016 09:47 AM

boleh sekadar merasa
Quote lolz91 5-11-2016 02:54 AM
Arghh .. My all time favourite.. Sushi king...
Quote mbhcsf 5-11-2016 07:13 AM
kat klcc ade , ke?
i tak perasan, ade kan? masih ade lagi, ke?
Quote mirandanicky1 5-11-2016 12:59 PM
sushi tei halal tak ya
Quote holothurian 17-11-2016 09:47 PM
sedapnya!!         

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065832 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top