CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Sayangi Tulang Anda, Kenali Osteoporosis Dan Cara Menguatkan Tulang

1-11-2016 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5347| Komen: 10|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Pilihan pemakanan yang betul memberi kesan positif pada kesihatan untuk tempoh terdekat malah kehidupan pada hari kemudian juga.

Pilihan pemakanan yang betul memberi kesan positif pada kesihatan untuk tempoh terdekat malah kehidupan pada hari kemudian juga. 

Kekuatan dan ketumpatan tulang ialah salah satu bidang utama yang memberi kesan pada kesejahteraan dan juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan secara positif. 

Brosur ini menyediakan maklumat lanjut tentang cara meningkatkan kesihatan tulang anda melalui senaman dan makanan lazat.


Apakah Osteoporosis?

Osteoporosis lazimnya dipanggil "penyakit senyap" kerana anda tidak boleh mengesan apabila tulang anda semakin lemah. Di seluruh dunia, seorang daripada tiga orang perempuan dan seorang daripada lima orang lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun akan mengalami tulang patah akibat osteoporosis.

Namun, osteoporosis boleh dicegah. Tulang dibentuk daripada tisu hidup dan ia memerlukan nutrien untuk kekal kuat dan sihat. Diet seimbang yang digabungkan dengan senaman yang kerap dapat membantu mengoptimumkan kesihatan tulang anda pada semua peringkat umur dan mengurangkan risiko osteoporosis. Bacalah untuk mengetahui selanjutnya tentang langkah-langkah gaya hidup ringkas yang boleh anda ambil untuk meningkatkan kekuatan tulang anda.


Pelihara Tulang Yang Sihat

Perkara utama bagi membina dan memelihara tulang yang sihat termasuk:

• Memastikan pemakanan untuk tulang yang sihat dengan kalsium, protein, vitamin D dan mikronutrien penting mencukupi.

• Senaman menahan beratan dan menguatkan otot secara kerap adalah berfaedah untuk semua peringkat umur dan penting untuk memeliharatulang dan otot yang kuat.

• Senaman meningkatkan faedah pemakanan bagi tulang yang sihat.


Contoh senaman yang menguatkan otot dan tulang:

• Jogging
• Kembara
• Berjalan Pantas
• Mendaki Tangga
• 50 Lompatan atau Lompatan dengan Tali Skip
• Bebanan Impak Berkaitan Sukan seperti Bola Raket
• Angkat Berat
• Menggunakan Gegelang Senaman Kenyal
• Menggunakan Mesin Beratan
• Mengangkat Berat Badan Anda Sendiri
• Berdiri atau Bangkit menggunakan Jari Kaki 

Sepertimana pada semua peringkat umur, senaman juga penting untuk kesihatan tulang warga lanjut usia.

Pada umur ini, senaman untuk menguatkan otot yang sesuai dengan keperluan dan keupayaan individu dapat membantu memperbaiki koordinasi dan keseimbangan. Ini seterusnya membantu melancarkan pergerakan dan mengurangkan risiko jatuh dan patah.


Makanan anda membentuk diri anda

Perubahan kecil pada diet anda mempunyai kesan yang besar terhadap kesihatan tulang anda. Itulah sebabnya pilihan makanan yang sihat amat penting.

Kalsium, Vitamin D dan Protein telah lama dikenali sebagai nutrien kesihatan tulang yang penting. Kini, penyelidikan baharu menemui beberapa mikronutrien yang sama pentingnya untuk kesihatan tulang dan boleh didapati di tempat yang tidak dijangka.

Nutrien mesra tulang yang 'tidak dikenali' ini ialah:

Vitamin K
Terdapat dalam sayur-mayur berdaun hijau, bayam, kubis dan kubis kerinting, hati, beberapa jenis keju yang ditapai, dan buah-buahan kering seperti buah prun!

Manganese
Terdapat dalam sayur-mayur hijau, legum, kacang, bijian, bijirin tidak diproses, ikan dan buah-buahan kering seperti buah prun! Potassium, mineral yang dikaitkan dengan pengurangan risiko kelesapan tulang dan osteoporosis juga berfaedah bagi meningkatkan ketumpatan mineral tulang di samping mengurangkan kerosakan tulang. 

Kompaun yang berasaskan tumbuhan seperti polifenol yang terdapat dalam makanan seperti buah-buahan dan sayur-mayur boleh juga membantu untuk  meningkatkan kesihatan tulang dengan mengurangkan kelesapan mineral tulang.


Buah Prun ialah Makanan yang Sesuai untuk Kesihatan Tulang

Buah prun dapat membantu menangani kekurangan nutrien yang diperlukan. Satu hidangan (kira-kira 5 biji buah prun) mempunyai 3 gram serat, 293 mg potassium dan 16 mg magnesium dan semuanya berjumlah kurang daripada 100 kalori. 

"Perkara ini menarik kerana osteoporosis isu yang serius untuk kedua-dua lelaki dan wanita, manakala buah plum kering menunjukkan keputusan yang memberangsangkan dalam pencegahan dan pembalikan kelesapan tulang. Buah kering yang boleh anda masukkan dalam diet anda sebagai snek mudah yang dapat membantu pencegahan kelesapan tulang lanjut ialah satu dapatan yang hebat," kata Shirin Hooshmand, PhD, Penyelidik dan Penolong Profesor, Jabatan Sains Senaman dan Pemakanan di Universiti San Diego State.


Info Lanjut:
Yayasan Osteoporosis Kebangsaan- http://nof.org/
Yayasan Osteoporosis Antarabangsa- http://www.iofbonehealth.org/

Sumber:
1. Osteoporosis General Facts (2015, May). 
http://nof.org/files/nof/public/content/file/2681/upload/899.pdf

2. 5 Steps to Better Bone Health (2015, July) 
http://www.worldosteoporosisday.org/prevention/5-steps

3. Nutrition Composition. (2015) Retrieved From 
http://www.californiadriedplums.org/nutrition/nutrition-composition

4. Arjmandi BH, Khalil DA, Lucas EA, et al. (2002) Dried plums improve indices of bone formation in postmenopausal women. J Womens Health Gend Based Med 11, 61–68.

5. Hooshmand S, Chai SC, Saadat RL, et al. (2011) Comparative effects of dried plum and dried apple on bone inpostmenopausal women. Br J Nutr 106, 923–930.

6. Nutrition Research Supports the Benefits of Dried Plums. (2015, March 30) http://www.californiadriedplums.org/in-thenews/2015/3/nutrition-research-supports-the-benefits-of-dried-plum
30

Bagus
28

Marah
38

Terkejut
27

Sedih
35

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (185 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 2-11-2016 07:03 AM
Mmg suka prun tp dh lama x beli
Quote jiwarasa 2-11-2016 11:07 AM
ok2.. nak gi beli sekarang. kalau tak elok jugak tulang aku siap ko tt
Quote cucuq 3-11-2016 11:02 AM
suka prun ni sedap sangat hihi
Quote siskepoh 3-11-2016 06:52 PM
sis suka sgt ngn prun. masam2 manis. sng nak buang air besar
Quote cik-jaja 3-11-2016 06:53 PM
slalu je beli dulu..tp xtau la plk elok utk tulang
Quote Artemesiaa 4-11-2016 05:29 PM
Promo products sama le ni, btw orang Malaysia memang dari dulu kurang nak suka susu, sayur-sayuran dan buah-buahan yang terbukti baik untuk kesihantan tulang.
Quote KakManja 26-12-2016 06:26 PM
Mmg suka prun tp dh lama x beli
Quote KakManja 26-12-2016 06:26 PM
Mmg suka prun tp dh lama x beli
Quote KakManja 26-12-2016 06:26 PM
Mmg suka prun tp dh lama x beli

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.105429 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top