CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Dulu 'Superhero', Kini Michael Keaton Musuh Spider-Man!

10-11-2016 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5321| Komen: 10|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Filem terbaru Spider-Man, iaitu Spider-Man: Homecoming menjadi salah satu filem Marvel yang paling ditunggu-tunggu.
Filem terbaru Spider-Man, iaitu Spider-Man: Homecoming menjadi salah satu filem Marvel yang paling ditunggu-tunggu. 

Nama Tom Holland disebut-sebut sebagai watak utama yang akan memainkan watak Spider-Man dan Peter Parker.



Sumber foto: IG Tom Holland

Malah, pelakon terkenal Michael Keaton juga diangkat untuk memainkan peranan antagonis, Vulture.

Melalui portal Toronto Sun, Presiden Marvel Studio, Kevin Feige turut 'membocorkan' maklumat mengenai watak antagonis dalam dua lagi filem Marvel akan datang.

"Kami sudah memiliki senarai pelakon yang akan memainkan watak penjahat dalam filem adiwira akan datang. Antaranya adalah Cate Blanchett sebagai Hela dalam filem Thor: Ragnarok, dan Michael Keaton sebagai Vulture, musuh kepada Spider-Man dalam Spider-Man: Homecoming," katanya



Sumber foto: Carian Internet

Selain itu, dia turut mengumumkan nama pelakon, Josh Brolin yang akan memainkan watak Thanos dalam filem  Avengers: Infinity War.

Sebelum itu, Tom Holland pertama kali muncul sebagai Spider-Man dalam filem Captain America: Civil War.

Dalam pada itu, pelakon, Robert Downey, Jr. turut tampil  dalam filem terbaru Spider-Man itu sebagai Tony Stark atau Iron Man.

Filem terbaru arahan Jon Watts itu akan menemui penonton pada 7 Julai 2017.

Kepada peminat filem Marvel terutama Spider-Man, pasti anda semua tidak sabar menanti kemunculannya di pawagam. Sama-sama kita nantikan! - CARI
12

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanakikan 10-11-2016 06:58 PM
budak ni yg berlakon dgn naomi watts dlm citer the impossible pasal tsunami kat phuket. first tgk dia berlakon dlm citer tu akak ckp kat dlm hati budak ni memang pandai berlakon. lepas tu tgk dia dlm citer the avengers civil war, dah besar budak tu
Quote cicicumel 10-11-2016 08:02 PM
Haha..makin lama makin kecik plak spiderman...nant buat plak spiderman masa bayi kah3x..
Quote irwansuhadi 10-11-2016 11:31 PM
nanti pasni buat team spiderman macam kat Disney XD...layan gak
Quote lolz91 11-11-2016 08:20 AM
Wah daddy michael.. Waiting for the movie
Quote mirandanicky1 11-11-2016 09:18 AM
....but why mike
Quote -electrifying- 11-11-2016 11:48 AM
seriously? hahaha
Quote mieymiey 11-11-2016 04:34 PM
Jambu nya abam Spidey
Quote xtravaganza 12-11-2016 12:20 AM
Xconfirm lg kan??? Please say no
Quote spiderman80 12-11-2016 09:57 PM
Quote jiji85 14-11-2016 08:01 AM
buatla 10siri spiderman ttp la jln cerita nya begitu..semacam cinderella jua..so boringggg

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.435784 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top