Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 23-11-2016 09:18 AM 2233 Views
DescriptionUsul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam min ...

ADVERTISEMENT



Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam minggu ini.

Memetik laporan Bernama, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di lobi Parlimen petang kelmarin.

Menurut beliau, sebuah jawatankuasa pemilihan yang dianggotai Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam akan dibentuk bagi membincangkan dengan lebih telus mengenai rang undang-undang itu.

Jelas beliau jawatankuasa ini dibentuk untuk meninjau pendapat daripada Ahli Parlimen mengenai cadangan pindaan terhadap RUU 355 itu berikutan wujud pelbagai tafsiran ketika usul ini dibawa masuk ke Parlimen.

“Di samping itu, Parlimen dapat memperincikan, memperhalusi dan memurnikan beberapa unsur yang tidak jelas mengenai pembahagian kuasa yang ada pada mahkamah syariah dan mahkamah sivil,” katanya.

Menerusi taklimat khas yang diadakan petang tadi, beliau menegaskan bahawa undang-undang berkenaan dikhususkan untuk orang Islam dan kuasa mahkamah sivil tidak akan dilaksanakan dalam Mahkamah Syariah seperti yang termaktub dalam undang-undang.- CARI


sumber foto: http://assets.bharian.com.my/


Prev.:Kos Tunai Haji Dijangka Terus Meningkat- Jamil Khir

Next:Lelaki Maut Tercekik Bebola Nasi Dalam Peraduan Makan


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru