Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 23-11-2016 10:51 AM 6352 Views
DescriptionAkibat tercekik bebola nasi dalam satu peraduan makan tercepat, seorang lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia di Jepun ...

ADVERTISEMENT



Akibat tercekik bebola nasi dalam satu peraduan makan tercepat, seorang lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia di Jepun baru-baru ini.

Lelaki yang namanya tidak didedahkan itu meninggal dunia pada 16 November di hospital tiga hari selepas menyertai peraduan tersebut, lapor syarikat koperatif petani yang menaja acara yang diadakan di bandar Hikone itu.

Daily Mail melaporkan, dalam pertandingan "onigiri" atau bebola nasi iaitu makanan tempatan Jepun yang popular, semua peserta bersaing perlu menghabiskan tiga set yang setiap satunya mengandungi lima onigiri.

Lelaki itu menyumbat bebola nasi yang kelima ke dalam mulutnya sebelum beliau rebah dan dikejarkan ke hospital di mana beliau meninggal dunia, menurut penganjur itu.

Peraduan sedemikian merupakan acara popular di pelbagai daerah dan pesta tersebut diadakan di Jepun bagi mempromosi hasil pertanian serta budaya setempat.- CARI

sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/



Prev.:Usul RUU 355 Akan Dibentangkan Sama Ada Esok Atau Lusa- TPM

Next:Pelajar Malaysia Dijumpai Maut Dalam Bilik Sewa Di Surabaya


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
ronapink 23-11-2016 10:53 AM
peraduan sampai membawa maut...
Bedah.Cun 23-11-2016 10:57 AM
Takde pic ker?
gaara_X 23-11-2016 10:59 AM
tersilap teknik...parah
grouper 23-11-2016 11:01 AM
Teringat cite jepun food fight..jdorama mmg best
rospinki 23-11-2016 11:01 AM
sedapnya onigiri.ada filling tuna/ayam/sotong.lama tk buat. agaknya makan main telan seketul gitu mmngler tecekik

kemaruk 23-11-2016 11:03 AM
teringat yang ni
[youtube]kPUQcdsO5jg[/youtube]
hanakikan 23-11-2016 11:04 AM
bodoh nya penganjur. tak kan semua kat situ tak tahu buat choking first aid treatment.
Bedah.Cun 23-11-2016 11:05 AM
Mak nak muntah nengok india tue gentell nasik, uweekk !
iniaroonz 23-11-2016 11:11 AM
Jepun tak tau la..tapi aku tgk cite Korea...depa suka masuk sebeban makanan sekaligus dalam molot...
Artemesiaa 23-11-2016 11:12 AM
Gelojoh sangat nak menang nyawa sendiri yang melayang
oppol 23-11-2016 11:32 AM
Mati tak mengenal masa...
Kau tengah makan ke
Tengah tidur ke
Tengah duduk ke
Even tengah ngesek pun boleh mati...
pearl.silver 23-11-2016 11:37 AM
Ada kuih bulat dr tepung pulut tu pun mampu mengancam nyawa...
Pnh baca org mati sbb tercekik kuih tu
rospinki 23-11-2016 11:56 AM
@pearl.silver

kuih mochi tu kan..kaler merah ijau smua ada..mcm kuih tepong gomak org kita..cuma dia takde bbedak cam tepong gomak..tu pon kalu telan mau tercokik terus kojoi.

MISZZZ 23-11-2016 11:57 AM
sumbat 5 biji onigiri sekali kot, memang cepat la goll
Daisyna 23-11-2016 11:58 AM
x pepasal RIP sudahnya
pearl.silver 23-11-2016 12:01 PM
Edited by pearl.silver at 23-11-2016 12:04 PM
Quote: rospinki replied at 23-11-2016 11:56 AM
@pearl.silver

kuih mochi tu kan..kaler merah ijau smua ada..mcm kuih tepong gomak org kita..cuma  ...


Haha yeaa..kuih yg tu...

Penah baca berita org mati tercekik mkm kuih tu..tp versi kat china punya..

Sedap mochi tu...iols suka bli klu gi aeon xpun kedai sushi kiosk nama x igt..
FARRAZOOL 23-11-2016 12:02 PM
Cari nahass
WajibulGhunah 23-11-2016 12:23 PM
Takziah kepada keluarga arwah peserta
kentel 23-11-2016 01:52 PM
Quote: MISZZZ replied at 23-11-2016 11:57 AM
sumbat 5 biji onigiri sekali kot, memang cepat la goll
Quote: Lelaki itu menyumbat bebola nasi yang kelima ke dalam mulutnya sebelum beliau rebah dan dikejarkan ke hospital di mana beliau meninggal dunia, menurut penganjur itu.

Lihat semua komen