CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Statement Berani Mati' Mantan Guru Cemerlang Undang Amarah Netizen

23-11-2016 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8620| Komen: 27|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Kasihan pada guru-guru tanah air yang berhempas pulas dan banyak bersabar ketika mengajar anak murid. Alangkah sedih dan kecewanya mereka apabila jasa mereka tidak dihargai, malah dituduh tidak pandai ...
Kasihan pada guru-guru tanah air yang berhempas pulas dan banyak bersabar ketika mengajar anak murid. Alangkah sedih dan kecewanya mereka apabila jasa mereka tidak dihargai, malah dituduh tidak pandai mengajar pula.


Baru-baru ini, seorang mantan Guru Cemerlang yang kini ahli politik, Mohamad S Osman dengan beraninya mengeluarkan kenyataan mencemuh guru di akaun Facebooknya.



Perkongsian status itu mengundang amarah netizen yang tidak berpuas hati dengan 'statement berani mati' itu. Malah, ada yang mengaitkannya dengan penglibatannya dalam bidang politik menyebabkan dia berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.



Tidak lama selepas memuat naik kenyataan itu, mantan guru berkenaan menyatakan dirinya terhibur membaca komen-komen daripada netizen sebelum memohon maaf kepada sahabat guru jika ada menyinggung perasaan mereka. Walau bagaimanapun, netizen masih tidak berpuas hati kerana hati sudah terguris.


Sumber foto: FB Mohamad S Osman

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Orang mungkin boleh memaafkan, tetapi hati yang luka tidak akan melupakan. - CARI

22

Bagus
23

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
22

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hijrah8 23-11-2016 01:16 PM
Ko pun bodoh gak.. kalo pandai jd doktor pakar ke pakar it ke.. ini jadi cikgu.. jaman dulu nak jadi cikgu result paling bodo pun boleh jadi cikgu tambah tambah lagi kalo ekau janta.. dah jadi cikgu masuk politik jd bodoh gak dengo je ckp muntri lain.. idea tadak.. sebab ko mmg original bodo lainla tun mahathir dia tuu dokto.. ekau setakat cikgu cabuk baik diam diam..
Quote hijrah8 23-11-2016 01:18 PM
Kesian aku dgn cikgu skrg.. semua salah cikgu.. muntri muntri nya bodo.
Quote Skuau 23-11-2016 01:24 PM
'Guru kencing berdiri,murid kencing berlari'-sapalah pandai2 wat peribahasa/bidalan ni.
Quote krustykrab 23-11-2016 01:25 PM
Dh kalau budak tu yg lembab pun salah cikgu jugak
Quote chinta89 23-11-2016 01:33 PM
hoiii bikin amarah netizen aje ko ni!
Quote lompatikam 23-11-2016 01:48 PM
kalau ikutkan tak boleh salahkan guru...berdasarkan diskusi dgn guru anak saya

1. sistem ini diperkenalkan pada Jan - dgn kekangan masa guru juga mengambil masa utk memahami dan mahir konsep KBAT ini. apatah lagi murid2 berumur 12 tahun. kita yg pi company training pun ambik masa nak godek2 utk faham sistem selepas belajar 1-2 hari. ini kan  pula nak mengajar terus...jadi menyalahkan guru adalah tak tepat.

2. buku aliran KBAT, buku ini masih sgt terhad. nak pakai buku luar tak ikut sukatan kementerian. malahan pusat tuisyen anak2 pun masih mencari latihan berkaitan KBAT.

kalau kita lihat soalan2 KBAT ni mmg anak2 kena byk terdedah pada cara berfikir yg sgt kritikal.

contoh: bola itu bulat, kenapa bulat?
ada yang akan jawap sebab senang utk ditendang ( kanak2 refer bola sepak), jawapan yg tepat adalah memudahkan utk bergolek kesemua arah.

kenapa perlu berhenti di lampu isyarat?
ada yg jawap sebab lampu merah, lampu jalan masih hijau.
jawapan betul adalah utk berhati2 mengelakkan kemalangan.

tiada jawapan yg salah. cuma permarkahan adalah pada jawapan yg tepat sahaja.

harap tahun hadapan sistem ini sudah matang sepenuhnya utk para guru memahami dan mengajar. ibubapa juga perlu main peranan utk membentuk anak2 dlm pemikiran kritikal. sebab sistem pengajaran kali ini sebenarnya memerlukan ibubapa memainkan peranan yg sgt besar.

dan konsep mak ayah utk kejar A atau nombor 1 utk anak2 dlm kelas dah tak boleh pakai. tuisyen sampai 7 hari seminggu pagi, petang siang malam dah tak boleh pakai. jawapan permarkahan anak2 dlm setiap ujian perlu diteliti kenapa anak2 dapat markah begitu.

100% - anak2 faham dan mahir apa yg dipelajari
80% - anak2 mungkin tak mahir apa yg dipelajarai
50% - anak2 mungkin masih separa faham dan mahir apa yg dipelajari
30% - anak2 tidak memahami langsung apa yg dipelajari.

konsep menghafal tidak terguna pakai secara total lagi. dgn kata lain...pelajaran kali ini lebih berkonsep street smart.

dua sen saya.
Quote -electrifying- 23-11-2016 02:34 PM
lompatikam replied at 23-11-2016 01:48 PM
kalau ikutkan tak boleh salahkan guru...berdasarkan diskusi dgn guru anak saya

1. sistem ini dipe ...

agk sukar jgak la mcm tu...
tp dgr nk mansuhkan upsr tp ganti lain kan, sme konsep dgn kbat skrg ke?
Quote Star_el 23-11-2016 02:42 PM
teringat pt3, aku tlg adik buat latihan. Sekali salah, padahal fakta tu betul. Sebab tak ada dlm panduan jwpn. WTF sgt. Ni fakta tau, bukan pendpt ke hape. Payah gk bila cikgu tak berfikiran terbuka, terikat skima.
Quote ladyflower 23-11-2016 02:44 PM
cikgu cemerlang pon sibuk dgn A...
pada aku KBAT lg bagus dari budak2 sibuk dok menghapal sbb nak dpt straight A tp x tau pon apa yg dihapal
Quote missinpiece 23-11-2016 02:48 PM
lompatikam replied at 23-11-2016 01:48 PM
kalau ikutkan tak boleh salahkan guru...berdasarkan diskusi dgn guru anak saya

1. sistem ini dipe ...

Agreed. Masa murid ngan cikgu di sekolah banyak mana sgtla. Dalam kelas ada smpai 30-40 org murid pulak tu. Tuisyen kalau hantar yg murah tu lebih kurang sama jela. Budak2 yg sedari kecil x diperkenalkan ngan kemahiran berfikir camtu, xkan nk trus pandai dalam masa x sampai setahun.
Quote RatuDunia94 23-11-2016 03:10 PM
Knp kementerian x buat exam pra UPSR masa bebudak ni darjah 5?
Quote chacon 23-11-2016 04:10 PM

hak ah.contohnya macam mat maslan murid cemerlang cgpa 3.85. semua soalan dia jwab dengan tenang dan confident

Quote jiji85 23-11-2016 04:26 PM
boleh x nak marahkan menteri/politik yg bodo?sbb sapa2 yg pegang kementerian pendidikan mst msing2 nak sejarah dpt membijakkan anak muda walhal silibus sentiasa btukar stiap kali tkar menteri..bebudak baru nak adapt dgn silibus baru dah tkar lagi..cikgu pun naik gila nak ajar..please jgn kondem dah kalau kau rasa ckgu bodo x dpt ajar anak ko home school kan anak kau please..sbb tu kwn2 aku lebih suka mengajar d skolah d pendalaman..pemikiran ibu bapa d pendalaman msh mcm ibu bapa zmn 90 dlu..buatla (didik) apa asal jgn sampai mendera..skrg srh sapu kelas mendera bkn org gaji..so please sediakan 1 kelas 1 cleaner..
Quote tompie 23-11-2016 05:08 PM
Aku rasa niat dan objektif dia baik, cume kat malaysia ni almost semua benda, implementation ke laut..

Yang jadik mangsa eksperimen dia budak2 upsr taun ni ahh..
aku rasa lepas ni akan improve sikit2..

Memang tak dinafikan soklan2 peperiksaan sekarang makin mencabar.. budak2 makin advance.
so memang itu challenge yang paling besar org kementerian pendidikan ah..

Harap2 dengan apa yang berlaku sekarang ni akan membuka mata ramai pihak ahh..
Quote ciksom 23-11-2016 06:13 PM
kalau kita rasa cikgu tu bodoh bole buat home school.
Quote Skuau 23-11-2016 08:00 PM
Istilah bodoh hanya boleh digunakn bila ko ada rasa nk cuba 'try' ko mati ke idak kalo minum racun.... Dalam kes tertentu kita mgkin x cukup ilmu atau jahil sahaja...bkn bodoh...
Quote mommymonster82 23-11-2016 10:01 PM
Bestkan boleh buat org punching bag...?

Cikgu2 ni pelaksana shaj..yg buat kajian yg buat dasar bukan cikgu....

So????
Quote gigahertz 24-11-2016 06:31 AM
Star_el replied at 23-11-2016 06:42 AM
teringat pt3, aku tlg adik buat latihan. Sekali salah, padahal fakta tu betul. Sebab tak ada dlm pan ...

aku mmg bengang la dengan pendidikkan malaysia. ada ke dulu 20tahun lepas soalan berbunyik: adakah kucing haiwan herbivor? aku amik la jawapan b (ya)

di katanya salah   

Quote ninnakarinna 24-11-2016 06:41 AM
gigahertz replied at 24-11-2016 06:31 AM
aku mmg bengang la dengan pendidikkan malaysia. ada ke dulu 20tahun lepas soalan berbunyik: adakah ...

Memangla salah

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.121844 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top