CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cool! 14 Fakta Menarik Tentang Pelancongan Dunia, Buat Anda Melopong

23-11-2016 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6697| Komen: 15|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Perkara paling terbaik tentang mengembara ialah bila anda menemukan banyak sangat informasi yang menarik tentang sesuatu benda atau tempat itu sendiri.
Perkara paling terbaik tentang mengembara ialah bila anda menemukan banyak sangat informasi yang menarik tentang sesuatu benda atau tempat itu sendiri.

Sesuatu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata bila mengetahui benda yang lansung tidak terfikir atau terbayang dalam minda sebelum ini.

Dipetik dari Indiatimes.com, jom kita tengok beberapa fakta paling 'cool,  yang boleh membuat anda sendiri melopong bila mengetahuinya!
Sumber Foto: Luxury Accomodations
1. Tentera Switzerland menyimpan meriam yang berisi peluru penuh dan menjadikan kubu tersebut  seolah-olah seperti sebuah rumah normal di tengah-tengah kawasan kediaman yang padat dengan penduduk.

2. Tetaumatawhakatangihangakoauaotamateaurehaeaturipukapihimaungahoronukupokaiwhe yang bertempat di New Zealand adalah nama tempat terpanjang di dunia. Ia mengandungi 92 huruf.

3. Tiada daratan di Kutub Utara. Hanya ada ais yang terapung yang boleh mengembang atau sebaliknya mengikut musim.

Sumber Foto: Twitter
4. Peti mel yang paling dalam di dunia terletak 10m di bawah permukaan Susami Bay, Jepun.

5. Australia mempunyai 10,000 pantai lebih dari semua negara lain di dunia.

6. Lebih kurang 96% penduduk di Bumi hanya menggunakan 4% bahasa yang wujud di dunia ini.

7. Warga Austria menerima minimum 22 hari cuti dengan gaji saban tahun.

Sumber Foto: www.hellomagazine.com
8. Hanya 1% orang sahaja di dunia ini  yang pernah menjelajah ke Antartica. Mungkin anda salah satu darinya?

9. Sekiranya anda seorang pramugari/pramugara pada tahun 1930, berat anda tidak dibenarkan lebih dari 52 kg.

10.Negara Arab Saudi langsung tak ada sungai!

Sumber Foto:  Miriadna.com
11. 99% Libya adalah gurun dan padang pasir.

12. The Statue of Liberty pada asalnya mahu digunakan sebagai rumah api.

13. Big Ben di London bukan merujuk kepada jam itu, tetapi loceng yang terletak di dalam menara tersebut.

Sumber Foto: kevinandamanda
14. Menara Eiffel di Paris adalah tempat kerja bagi 600 orang penduduk di sana.

Wow, menarik gila fakta-fakta ni semua. Bak kata pepatah, "Jauh Berjalan, Luas Pandangan." Jom melancong? -CARI 

31

Bagus
20

Marah
32

Terkejut
30

Sedih
27

Lawak
53

Bosan

Friends Rank (193 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antidote 23-11-2016 03:33 PM
sapa lah yg tergolong dlm 1% yg penah smpai antartica tu...
Quote cik-jaja 23-11-2016 05:23 PM
no2 tu nak sebut cmne..cam xckup napeh je nk nyebutnya
Quote kuzaime 23-11-2016 05:41 PM
:zz naik mengantuk mata dr td nk try sebut nama tmpat yg trpanjang tu..
Quote Artemesiaa 23-11-2016 10:20 PM
Menarik infonya
Quote WhiskeyScotch 24-11-2016 12:39 AM
Info yang best.
Quote DeeHanania 24-11-2016 07:50 AM
Info menarik
Quote -electrifying- 25-11-2016 09:52 AM
GOOD INFO!
Quote kelanci 25-11-2016 11:13 AM
antidote replied at 23-11-2016 03:33 PM
sapa lah yg tergolong dlm 1% yg penah smpai antartica tu...

Sultan Mizan penah buat ekspedisi kat sana kan? Ada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan lagi

Quote nora_balqis 25-11-2016 12:16 PM
banyak fakta yg baru tau...
Quote olafhul 26-11-2016 11:02 AM
good info. baru sedar arab saudi takdak sungai.
Quote tripleid 27-11-2016 07:22 PM
kutub utara ialah ais yg dikelilingi daratan..kutub selatan pulak ais yg dikelilingi lautan
Quote supernaturalee 2-12-2016 11:54 AM
kelanci replied at 25-11-2016 11:13 AM
Sultan Mizan penah buat ekspedisi kat sana kan? Ada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan la ...

motif??




Quote rifaa 2-12-2016 03:04 PM
good info
Quote kelanci 7-12-2016 09:55 AM

kakak tak pasti la dik.. memyumbang kepada peradaban dunia mungkin
Quote ShiningStars 7-12-2016 07:46 PM
Bebelit lidah nak menyebut nma tmpt yg panjang tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054684 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top