CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kesihatan Semakin Stabil, Wan Maimunah Dibenarkan Pulang

1-12-2016 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6246| Komen: 22|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: "Dah nak mati ke aku ni Ya Allah."
"Dah nak mati ke  aku ni Ya Allah."

Sejak dimasukkan ke hospital Jasin Khamis lepas kerana mengalami bengkak jantung dan jangkitan paru-paru, pelakon veteran, Wan Maimunah, 62, dibenarkan pulang pada petang Rabu, selepas disahkan berada dalam keadaan stabil.


Menurut Bernama, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk Irwanshah Abdullah atau DJ Dave berkata, keadaan kesihatan pelakon veteran itu sudah semakin stabil. Bagaimanapun, doktor menasihatinya supaya kurangkan aktiviti dan banyakkan berehat.



"Keadaan Wan Maimunah semakin sihat dan sudah mampu senyum dan ketawa apabila dikunjungi rakan-rakan serta saudara mara. Kami akan sentiasa mendoakan agar dia sembuh secepat mungkin," katanya kepada Bernama.


Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu turut dikunjungi Anggota Pemegang Amanah YA1M Datuk A. Rahman Hassan, isterinya yang juga pelakon Datin Fadillah Mansor dan Pengurus Besar YA1M Lisza Abd Kadir, selain diberi sedikit sumbangan bagi meringankan bebannya.


Sumber foto: Bernama

"Terima kasih tidak terhingga ibu ucapkan kepada semua. Ibu juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan dan saudara mara kerana tidak memaklumkan kepada mereka tentang keadaan kesihatan ibu.

"Ada juga yang marah. Bukan ibu tidak mahu beritahu, tetapi ibu merasakan sakit ibu tidak begitu teruk," katanya.

Menurut Wan Maimunah, dia sering berasa sakit di bahagian dada sehinggalah dia ditahan di hospital itu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Ketika itu, ibu hendak menarik nafas pun tidak boleh. Rasa sempit. Semakin  ibu panik, semakin itulah ibu rasa sempit. Hinggakan ibu rasa dah nak mati ke  aku ni Ya Allah. Sekarang Alhamdulillah, ibu syukur keadaan kesihatan semakin stabil," katanya.

Ingat pesan doktor tau, ibu. Banyakkan berehat di rumah. Semoga keadaan ibu semakin baik. - CARI
35

Bagus
28

Marah
29

Terkejut
37

Sedih
23

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (181 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeeHanania 1-12-2016 02:32 PM
Semoga ibu Wan cepat sembuh...
Quote nononcrux 1-12-2016 02:47 PM
suka tgok wan belakon, character menjadi je. Get well soon mak wan
Quote minahsleepy 1-12-2016 02:51 PM
aku x ley tgk muke mak wan ni kalo kt tv ke ape.aku teringat kt nenek aku.lagi2 kalo dia belakon nanges  
Quote xyhxxy 1-12-2016 03:32 PM
semoga cpt sembuh. amin
Quote -electrifying- 1-12-2016 05:18 PM
yg pki spec berjambang tu pelakon jgak kan dlu... kenapa mke nmpk busuk skrg
Quote Manjahati 1-12-2016 05:56 PM
-electrifying- replied at 1-12-2016 05:18 PM
yg pki spec berjambang tu pelakon jgak kan dlu... kenapa mke nmpk busuk skrg

Ha a lah... Sapa org tu?nmpk serabai sgt ...Dj dave muka nmpk bersih n kemas je
Quote innocentsangat 1-12-2016 05:58 PM
Alhamdulillah. Syukur.
Quote tanakkampung1x 1-12-2016 06:17 PM
Oh, rupanya memek mukanya semulajadi begitu, sangat ketara wajah sedihnya


Ingatkan ketika berlakon sahaja
Quote siskepoh 1-12-2016 06:48 PM
Kesian tgk dia. belakon ke tak belakon asik muka menangis je
Quote True-X 2-12-2016 03:52 AM
Dia xde anak ek?
Quote -electrifying- 2-12-2016 08:54 AM
Manjahati replied at 1-12-2016 05:56 PM
Ha a lah... Sapa org tu?nmpk serabai sgt ...Dj dave muka nmpk bersih n kemas je

Khennn.... hahaha dj dave dr dlu mmg smart, pndai jge penampilan...
Quote budaktua 2-12-2016 10:17 AM
nape dia asyik nanges je...?
Quote faiz-za 2-12-2016 10:20 AM
-electrifying- replied at 1-12-2016 05:18 PM
yg pki spec berjambang tu pelakon jgak kan dlu... kenapa mke nmpk busuk skrg

Zack kumpulan kool dulu
Lepas kool senyap, dia berlakon
Sekarang pun macam dah senyap jugak
Quote famri7 2-12-2016 10:40 AM
get well soon..tapi artis in general kalau nangis irl boleh purcaya ke sis? was2 saya
Quote cucuq 2-12-2016 11:25 AM
moga cepat sembuh.
Quote damian_lee 2-12-2016 11:27 AM
semoga dipermudahkan ibu ......
Quote Adeakukesah11 2-12-2016 11:46 AM
Sedih tgk dia. Moga cpt sembuh
Quote -electrifying- 2-12-2016 02:32 PM
faiz-za replied at 2-12-2016 10:20 AM
Zack kumpulan kool dulu
Lepas kool senyap, dia berlakon
Sekarang pun macam dah senyap jugak

Oh... tk pernah taw nama dia, tp familiar dia pelakon je
tq sis
Quote fadbulous 3-12-2016 11:27 PM
Manjahati replied at 1-12-2016 05:56 PM
Ha a lah... Sapa org tu?nmpk serabai sgt ...Dj dave muka nmpk bersih n kemas je

Dia nih ahli kumpulan kool...lupa nama..zul kot. Ahli kumpulan kool yg paling good looking zmn mudo2...btol..now nmpk serabai ..huhuhuhu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 1.430870 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top