CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Tak Percaya, Nenek Ini Bergelar Supermodel Dunia Pada Usia 88 Tahun.

9-12-2016 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8339| Komen: 34|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Fuh, sekali pandang, wanita ini memang sudah layak benar dipanggil nenek atau moyang.
Foto: IG Daphne Selfe

Fuh, sekali pandang, wanita ini memang sudah layak benar dipanggil nenek atau moyang.

Tapi jangan terkejut, sebenarnya wanita yang dikenali sebagai Daphne Selfe ini adalah seorang supermodel yang masih aktif lagi di pentas peragaan.

Digelar supermodel model paling tua iaitu berusia 88 tahun, Daphne masih lagi ligat memperagakan fesyen dan berjalan di atas pentas terkemuka dunia.


Dia kelihatan sangat 'vogue' dengan potongan badan yang masih mantap dan menarik, setanding dengan model-model muda yang lain di luar sana.

Foto: heraldscotland.com
Daphne sudah berkecimpung dalam arena peragaan sejak tahun 1949. Perjalanannya menjadi seorang peragawati bermula apabila dia menyertai sebuah pertandingan untuk menjadi wajah hadapan sebuah majalah tempatan di London pada umur 20 tahun.

Paling hebat, wanita ini telah dinobatkan sebagai supermodel tertua dunia yang masih aktif oleh Guinness World Record pada tahun 2015.

Ditanya tentang rahsia kecantikan, Daphne menyatakan dia amat berterima kasih kepada kedua ibu bapanya kerana kejelitaan yang diwarisinya adalah daripada mereka.

Dia juga tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan kosmetik dan amat gemar melakukan yoga, berkebun dan bersiar-siar.

Foto: IG Daphne Selfe
Walaupun dikatakan sudah lanjut usia, ia tidak menghalang diri wanita ini untuk sentiasa tampil menarik dan bergaya.

Wah, memang terbaik! Wanita di luar sana bolehlah ikut jejak langkah nenek ini dalam mengekalkan kecantikan diri dan kecergasan tubuh badan, ya? -CARI


26

Bagus
32

Marah
33

Terkejut
31

Sedih
20

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (170 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 9-12-2016 01:38 PM
Stunning !
Quote kuzaime 9-12-2016 01:46 PM
Cantiknya nenek ni masa muda2 dulu.. Dh tua skrg pun masih cantik, nmpk natural ikut umo sbb dia x ubah apa2..
Quote MyNameIsIris 9-12-2016 01:50 PM
Cantik sangat!!!
Quote mrizumi 9-12-2016 01:54 PM
Cantik..time muda n tua..baguslah dia xobses pun nk ubah dri dia..
Quote matchstick 9-12-2016 02:03 PM
Daphne menyatakan dia amat berterima kasih kepada kedua ibu bapanya kerana kejelitaan yang diwarisinya


bagos statement ni. jujur je.  memang asal lahir dh cantik x pyh nk ckp sy amalkan itu ini, pakai produk sekian2..
Quote Farini 9-12-2016 02:34 PM
mata dia tu masih cantik... nampak fresh
Quote Inezkhalidi 9-12-2016 02:48 PM
Cantiknya nenek... Aging gracefully gitu
Quote harrypoter 9-12-2016 02:51 PM
cantik gelang ular dia
Quote seri_mawr 9-12-2016 03:01 PM
body nenek ni cantik....

mata nenek ni pun cantik..
Quote melinda_kerr 9-12-2016 03:02 PM
she got the graceful looks.
Quote AmandaRollins 9-12-2016 03:39 PM
She still got it..mmg cantik nenek ni..n ada gaya supermodel..
Quote dekmieDandy 9-12-2016 04:00 PM
lawanya dia time muda, suka sangat tengok shape muka orang camni
Quote -electrifying- 9-12-2016 04:18 PM
still gojes
Quote Artemesiaa 9-12-2016 05:08 PM
Masih cantik dah masih pandai bergaya nampak bertenaga walaupun dah berusia
Quote cik-jaja 9-12-2016 06:02 PM
wow! mantap nenek nii
Quote DeeHanania 9-12-2016 08:26 PM
Kecantikan Nenek Daphne masih terserlah walaupun dah berusia...senyuman yer tetap cantik dari muda smpai ke tua...
Quote panadolsoluble 9-12-2016 09:29 PM
tapi nenek ni kahwin ke tak ye..
Quote Lolalala 10-12-2016 05:32 PM
nenek ni memang masih cantik & wow lagi. natural beauty. mesti dia jaga makan dari muda
Quote mak.esah 11-12-2016 12:31 AM
cantiknya masa muda n xmakan dek tua..tp gmba yg last tu i seram sikit tgk mlm2

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057861 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top