CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Juara! Harith Iskander Kini Manusia Paling Lawak Di Dunia

10-12-2016 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3049| Komen: 9|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu pun tiba. Pelawak, pelakon dan pengacara, Harith Iskander kini ialah manusia paling kelakar di dunia apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Funniest Pers ...
Akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu pun tiba. Pelawak, pelakon dan pengacara, Harith Iskander kini ialah manusia paling kelakar di dunia apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Funniest Person In The World yang berlangsung di Levi, Finland, hari ini. 



Sumber foto: IG Harith Iskander

Menurut Berita Harian, Harith berjaya meraih sebanyak 3.8 juta undian menerusi persembahan terakhirnya, sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM440,000 selain berpeluang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat (AS).

Keputusan pemenang peringkat akhir pertandingan itu ditentukan sepenuhnya menerusi undian peminat di atas talian yang dibuka selama 24 jam selepas persembahan terakhir peserta pada 8 Disember lalu. Undian tersebut ditutup pada jam 3 petang tadi.


Berita kejayaan selebriti tanah air itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi penganjur pertandingan berkenaan iaitu Laugh Factory yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

"Congratulations @HarithIskander- #LaughFactory's Funniest Person in the World for 2016," tulisnya.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Harith Iskander kerana berjaya meraih posisi juara sekali gus mengharumkan nama negara di pentas lawak dunia. - CARI 

32

Bagus
26

Marah
21

Terkejut
20

Sedih
14

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote billionman78 11-12-2016 05:23 PM
tahniah!!!
Quote nurul_akmar 11-12-2016 05:13 PM
Tahniah!!
Quote merrissa 11-12-2016 10:10 AM
wpon lawak dia just recycle lawak lama dia.......tp dia tetap lwk...hrp dia bole kuarkn lwk baru....hurmmm
Quote DeeHanania 11-12-2016 12:10 AM
Tahniah buat Abam Harith Iskander
Quote nut.legacy 10-12-2016 10:39 PM
Well done!!
Quote RatuDunia94 10-12-2016 10:20 PM
Wow.. 3.8 juta undian tu.. Boleh tahan gak org msia bab2 undian ni yer.. Tgok la faiz subri tu..
Org asia tenggara ni kalo bab2 undian online mmg hebat.. Even kat beauty pageant biasanya people choice top 5, indon, pilipin, thailand, myanmar, vietnam..
Quote ShiningStars 10-12-2016 09:58 PM
Congrats harith
Quote mikey.zid 10-12-2016 08:23 PM
Wuhuuu....congrats Harith....
Quote CiliPadiSedap 10-12-2016 06:41 PM
akak wish pertama ( first comment)

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.029781 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top