CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menggelikan, Makan Hiasan Kuku Jadi Trend - Berani Cuba?

16-12-2016 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6025| Komen: 16|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Anda suka bermain dengan pewarna kuku dan menghias kuku anda dengan warna dan corak menarik? Macam mana kalau anda guna kreativiti anda untuk menghias kuku menggunakan coklat yang boleh dimakan?
Anda suka bermain dengan pewarna kuku dan menghias kuku anda dengan warna dan corak menarik? Macam mana kalau anda guna kreativiti anda untuk menghias kuku menggunakan coklat yang boleh dimakan?


Bagi anda yang gemar menggigit kuku pula, trend kecantikan tebaru ini akan membuat tabiat menggigit kuku anda menjadi semakin parah. 

Pelukis kuku dari New Zealand, Jessie Mills telah mencipta kuku palsu diperbuat dari coklat yang boleh dimakan. Namun begitu, Jessie sendiri akui bahawa hiasan itu kelihatan 'menggelikan'.



Walaupun ramai netizen mempertikaikan kreativiti wanita itu, tontonan videonya yang dikongsi di akaun Instagramnya mencecah hampir 60 ribu pada masa artikel ditulis.


Jessie mendapat idea untuk menghasilkan hiasan kuku yang boleh dimakan it selepas mengambil bahagian dalam cabaran perhiasan kuku, 'The Polish Mountain Challenge'.



Apabila ditanya mengapa dia sanggup masukkan kukunya ke dalam mulut selepas dihias sehingga ia kelihatan sangat kotor, Jessie menjelaskan bahawa dia terfikir situasi bila mana kita menjilat jari selepas makan di KFC atau mengorek sisa makanan di celah gigi.


Sumber foto: IG Jessie Mills/NailedItNz

Jessie akui dia sudah lali dengan komen negatif netizen, malah kebiasaannya dia akan membaca komen tersebut bersama suaminya dan mereka hanya tertawa dengan komen yang dianggapnya lucu itu.

Hasil tutorial menghias kukunya, Jessie memiliki hampir 27 ribu pengikut di akaun Instagramnya, lebih 50 ribu pengikut di Youtube dan lebih 40 ribu pengikut di laman Facebook.



Bagaimana? Jika anda berminat, bolehlah tonton video tutorial Jessie. - CARI
29

Bagus
28

Marah
29

Terkejut
17

Sedih
26

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 16-12-2016 01:32 PM
Quote mrizumi 16-12-2016 01:52 PM
Walaupon boleh makan..tp tetap nmpk geli..lg2 corak bulat2 tu..
Quote siti_kus 16-12-2016 02:07 PM
penggotor
Quote jiji85 16-12-2016 02:23 PM
kenapa nak susah2??beli jela coklat betul kalau nak makan coklat..ni susah payah berjam2 buat kuku ending up ko juz nak makan??bahalol
Quote Lolalala 16-12-2016 02:38 PM
dapat ilham lepas jilat jari dan korek gigi pakai jari. ceh pengotor sgt korek gigi pastu makan. hahahaha
Quote siskepoh 16-12-2016 05:51 PM
hahahah... makin teruk trend skrg ni.aiyooo
Quote LautBiru52 16-12-2016 06:59 PM
Dah takde benda lain ke nak buat
Quote Renabeery 16-12-2016 08:41 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!


Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Quote missinpiece 17-12-2016 12:14 AM
Rainbow kaler tu cantik tapi still ewwww
Quote RatuDunia94 17-12-2016 08:48 AM
Meremang bulu roma muka aku tgok..
Quote KyraKnightley 18-12-2016 01:06 PM
Kembang tekak tengok
Quote KyraKnightley 18-12-2016 01:06 PM
Kembang tekak tengok
Quote fefeeling 1-1-2017 10:05 PM
Org gigit2 kuku pun aku dah geli apatah lg nk makan bendalah bubuh kat kuku yikssss
Quote Hatida 7-1-2017 04:47 PM
ewww!! geli wehh..
Quote Qnqn 4-2-2017 06:52 AM
Eiiiii pelik pelik lah!
Quote me1eis 19-2-2017 01:47 AM

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.233301 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top