CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Ini Kongsi Kisah Menarik Menjadi Isteri Orang Utara, Kasar Tapi Kelakar Katanya

21-12-2016 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12932| Komen: 52|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Budaya, cara percakapan, makanan dan macam-macam lagi sudah....


Budaya, cara percakapan, makanan dan macam-macam lagi sudah tentunya berbeza mengikut tempat.

Mungkin bagi sesetengah orang akan merasa amat janggal dan sukar untuk menerima budaya baru di tempat lain. Tetapi jika kita tidak cuba mengenal budaya ditempat orang, pasti pelbagai andaian negatif yang akan mula "bersarang" di fikiran kita. 

Sebagai contoh seperti kisah pasangan suami isteri ini, si isteri berasal dari Kelantan manakala si suami pula merupakan orang utara Malaysia. 

Wanita dari pantai timur ini berkongsi kisah menarik tentang bagaimana dia mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan cara percakapan suaminya yang dianggap kasar. Mari kita baca perkongsian ini.



“Bekeng, Muka Cengey”

Lelaki utara.
Lelaki utara atau orang utara. Aku tak tahu nak describe apa tentang depa. Depa cakap menengking-nengking. Bekeng pun ya. Muka cengey. Cakap main lepas selalunya. Kasar Tapi Kelakar!

Masa mula-mula aku kahwin dengan lelaki utara, setiap malam aku lari menangis belakang tong gas.
“Kenapa marah saya?”
“Laa. Mana ada maghah. Kami memang cakap lagu ni dari kecik lagi”
“Tipu! Tak percaya! Bye” – lari merajuk belakang tong gas.

Kadang makan hati tau dengan volume suara depa. Eh dia marah aku ke ni? Pastu tunduk muka merajuk.
“Awat diam?”
“Entah. Saya rasa seperti dimarahi”
“Laaaa. Mana duk ada. Oghang dak maghah, habaq maghah. Takyah duk buat bebai la. Pi makan nasi nu. Makan perabih buang. Tak abih makan jangan harap boleh tengok tv”
Kadang terfikir jugak, yeke ni style depa bercakap?

Bila dia panggil aku macam ni – “Aten mai sini sat”. Aku terus ketakutan seolah-olah aku ada buat kesalahan paling-paling-paling besaqqqqqq!

Aku cuba lepak dengan member-member dia yang kebanyakan budak utara. Tudiaaa buat ramai sungguh noh. Sora depa je duk bunyi satu kedai. Dejei, pelaq, anak haram takyah cakap la memang akan terkeluar tiap kali melawak. Haha. Tapi sumpah lawak. Aku selalu gelak sambil kesat airmata bercucuran. Entah la.

Depa punya melawak aku rasa nak bangun berdiri atas kerusi sambil tepuk tangan dan cakap Ya Allah hampa ni lawak sungguh noh. Haha.
Bila dah bertahun-tahun tinggal sebumbung dengan orang utara ni, aku jadi mudah sunyi bila dia takde kat rumah. Suara-suara dialah yang selalu memenuhi segenap inci ruang rumah.
“Kami Tak Marah, Kami Sedang Bercakap”

Dia pernah cakap;
“Aten, perbezaan dialek kadangkala boleh buat orang jadi gaduh. Kami jenis cakap kasaq, awak orang Kelantan saya akui cara percakapan awak berlenggok gelemai macam orang siam kat Pattani. Tapi awak kena fahamlah budaya kami. Kami tak marah. Kami sedang bercakap”

Dan sekarang, aku pun dah terer cakap utara ok!
Aku akui, orang utara ni nampak ja kasar tapi depa sangat baik hati, peramah, lawak giler dan yang paling aku perasan; yang perempuan rajin mengemas & memasak, yang lelaki rajin bekerja.

Tapi percayalah, segarang mana pun depa, aku sayang depa lagi-lagi Amer. Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa lelaki yang bermuka cengey, bersuara deqaih. Hidup aku jadi sunyi.

Ps: Adik aku pernah tanya “Abang Amer memang jenis suka tengok tv pasang volume kuat-kuat ke?” – Hmm bukan sora tv ja kuat, sora dia pun deqaihhh.
Peace ✌️

Bahagia Kahwin Lelaki Utara…

Kita cerita pasal lelaki utara atau orang utara sebab ramai yang salah faham. Orang duk kata kesian aten selalu kena marah. Mesti tak bahagia. Adududu. Mana ada laki kita marah kita dah memang pesen dia lagu tu. Lani kita pun dah paham pesen dia.

Dia marah pun kita duk gelak-gelak pasai lawak. Takyah tengok la tang dia muka cengey tu, try tengok tang dia melawak. Uiihhh sakit perut tak sangga duk gelak sakan. Laki kita ni memang tak romantik macam laki orang lain, tapi dia hari-hari buat kita gelak sampai hilang stress.


Menariknya kisah mereka ini, "sweet" sangat. Jadi kita janganlah terlalu cepat melabelkan seseorang itu kasar hanya kerana cara percakapannya. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. 

Jom kongsi pengalaman anda pula jika pasangan suami atau isteri anda berasal dari negeri yang berbeza dengan tempat kelahiran anda. - CARI




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
22

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
26

Sedih
19

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 21-12-2016 03:35 PM
muka cengey tu cane?
Quote cknoriz 21-12-2016 03:46 PM
bini hang gediksss sungguh noo
Quote Nenasketum 21-12-2016 04:07 PM
Awat la loqlaq ampo nib
Quote Inezkhalidi 21-12-2016 04:14 PM
Macam makcik aku jer, bezanya dia kahwin orang Melaka. Memang bercucuran airmata masa mula2 kahwin sebab suara pakcik aku jenis memetir. Berbual pun gaya macam nak marah orang.
Quote mzzenma 21-12-2016 04:15 PM
gedik lahai nak sembunyi belakang tong gas bagai
and tak dak lah kami ni cakap kasaq pun..biasa ja
bunyi macam sempoi2 ja..mana ada bunyi kasaq

eleh nak bagitau sebenarnya laki dia sweet
#tilljannah #relationshipgoals

Quote taji2906 21-12-2016 04:25 PM
dengan orang melaka macamne? lahabau punya lahanat... tak marah la, aku tengah sembang...
Quote boyagombak 21-12-2016 04:41 PM

Ni nak habaq mai. Muka cengey tu kira muka garangla ala ala mcm muka singa nk teghekam mangsa. Kadang2 x payah keluaq sogha buat muka ceghey pun oghang dh naik cuak. Kalau muka crghey srkali dgn sogha petir halilintar mau terkeluaq usus no wpun badan kughus cekedin tolak pun boleh jatuh. Tp awas ada orang muka jambu, cakap lemah lembut, dlm hati ada taman tp sekali dia pelepok teghus koma
Quote sabar_sabariah 21-12-2016 04:52 PM
aku pernah ikut kawan balik kampung kat baling, kedah
time tu adik beradik dia (4 orang) ngan mak bapak sume ada kat umah
time makan dorang ni berborak, gelak, borak, gelak
aku ni tak tercakap apa
dok gelak sampai keluar air mata
orang lain tambah nasi
aku tak suap2 pun nasi, penuh lagi dalam pinggan
sebab asyik gelak je
dorang sefamili ni keluarga pelawak la..
Quote -electrifying- 21-12-2016 05:07 PM
pdhl sebelah2 je,tp dia punya kuat berckp tu mcm jauh 3batu nun
Quote boyagombak 21-12-2016 05:08 PM
Hampa jgnla x tau. Bukan semua oghang utagha cakap bahasa kasaq no. Yang cakap bahasa kasaq ni bnyk belah2 Kedah dgn Peghelis. Tu pun bkn semualah. Ghamai kawan bam boya belah Kedah & utagha trtmasuklah sekali dgn bam boya cakap lemah lembut lemah gemalai. Ni kut hat ddk ceghuk kg depa kadang2 hat x sekolah tinggi x beghapa ada pelajaran jd makpak kadang2 cakap haghi2 bahasa agak kasaq x beghapa nk halus wpun bkn nk maghah ka bekeng ka. Oghang kata bahasa pasar la.
Tp xpala lg cakap bahasa kasaq dgn nada tinggi asai jgn dok balun bahasa kesat,maki hamun dgn sindiran2 yg tajam yg menikam lubok hati.
Ada jg yang kata kami ni mulut shj jahat tp hati baik. Dlm Islam percakapan adalah melambangkan keperibadian. Biar kurang makan jgn kurang ajar.
Tp kalau dh boleh terima somi & family berbahasa kasaq, no hal la. Mgkin sesama family fan kawan2 boleh bekomunikasi bergurau senda dgn kasar. Ttp org luar mgkin x boleh terima dan anggap itu sebagai keterlaluan.
Quote krustykrab 21-12-2016 05:24 PM
boyagombak replied at 21-12-2016 05:08 PM
Hampa jgnla x tau. Bukan semua oghang utagha cakap bahasa kasaq no. Yang cakap bahasa kasaq ni bnyk  ...

w/pun aku org utagha...tapi bila baca komen boya ni agak pening sikit
Quote mamapea 21-12-2016 05:25 PM
-electrifying- replied at 21-12-2016 05:07 PM
pdhl sebelah2 je,tp dia punya kuat berckp tu mcm jauh 3batu nun

hahaha...ckp x pyh pakai speaker...family aku semua ckp mcm ketapi...punya la laju...
makcik aku ckp semua jenis ckp dgn anak2 mcm guruh...
kalau 2 org pun dh mcm 10 org punya dok ada...
Quote -electrifying- 21-12-2016 05:33 PM
mamapea replied at 21-12-2016 05:25 PM
hahaha...ckp x pyh pakai speaker...family aku semua ckp mcm ketapi...punya la laju...
makcik aku  ...

hahahaha haaa selain kuat, laju.... dh betul la tu... adek me blaja pondok kt utara nun pon dh terikot2 ckp mcm dorg... tp setelah 3-4 thun dok kl cme slang je xhilang
Quote minahmanja 21-12-2016 05:34 PM
ex aku pun org utara, mmg kasar...buat lawak pun kasar... memula kwn tu mmg rase nk jerit je kat muka dia...
Quote Jajabeans 21-12-2016 05:48 PM
baru kawen ke minah ni
Quote exclusive_vvip 21-12-2016 06:01 PM
Edited by exclusive_vvip at 21-12-2016 06:02 PM

napa tak rasa sweet sgt pun.... OT, kalu kawen org selatan plak,keje nak sentap je plak..,org selatan cpt sentap kot
Quote b!natang 21-12-2016 06:54 PM
Haaram tak lawa pun








Hehe. Melàwak saja. Cantik gak
Quote gigahertz 21-12-2016 07:32 PM
Jajabeans replied at 21-12-2016 09:48 AM
baru kawen ke minah ni

orang kelantan kena dengan orang kedah boleh puas ka
Quote mujer_in_espejo 21-12-2016 07:53 PM
Euwwww tu pun nk crita.. bbnu sgt smbunyi tong gas.... uwekkkkk..muntah hijau.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-2-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.322045 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top