CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Vivo V5 Dengan Kamera Hadapan 20 MP Bagi Kualiti Swafoto Tiada Tandingan

27-12-2016 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7794| Komen: 12|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Kegilaan terhadap selfie atau pun kini lebih dikenali sebagai swafoto sememangnya tidak dapat dinafikan dan dibendung lagi di kalangan pengguna telefon pintar.

Kegilaan terhadap selfie atau pun kini lebih dikenali sebagai swafoto sememangnya tidak dapat dinafikan dan dibendung lagi di kalangan pengguna telefon pintar.

Disebabkan permintaan terhadap kualiti imej dalam kamera semakin tinggi, kualiti swafoto yang dimiliki sesebuah telefon pintar turut menjadi keutamaan ketika seseorang pengguna berfikir untuk membelinya.

Jika anda juga seorang yang gemar berkongsi gambar yang diambil secara swafoto, maka Vivo V5 pastinya merupakan pilihan terbaik.

Sekali pandang, 'rupa paras' Vivo V5 tidak ubah seperti V3 Max yang diperkenalkan pada awal tahun ini. Ia memiliki badan daripada besi sepenuhnya, bersama skrin berukuran 5.5-inci. Juga didatangkan dengan resolusi skrin HD 720p.


Perkara yang terhebat pada V5 adalah kamera depan 20MP, resolusi paling tinggi untuk kamera swafoto yang pernah dilihat di pasaran setakat ini. Ia menggunakan sensor Sony IMX376, berukuran 1/2.78? dengan apertur f/2.0. 


Kamera ini turut mendapat gelaran ‘Softlight Camera’ kerana memiliki LED Flash di depan, yang menghasilkan cahaya lembut untuk mencerahkan lagi hasil tangkapan gambar. Tangkapan swafoto pula kemudiannya mendapat sentuhan Face Beauty 6.0 bagi menjadikan kulit lebih 'flawless' dan gambar menawan.

Untuk kamera belakang pula, ia memiliki sensor 13MP dengan auto fokus pengesanan fasa (PDAF). Vivo V5 dibekalkan bateri berkapasiti 3,000mAh tetapi ia tiada pengecasan pantas. V5 menjalankan antaramuka Funtouch OS 2.6 berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Selain kamera yang hebat, V5 turut dilengkapi pengimbas cap jari yang pantas di hadapan, serta cip audio Hi-Fi AK4376 untuk kualiti bunyi yang menakjubkan. Bunyi ini dapat didengari melalui lubang pembesar suara yang terletak di bawah telefon.

Tenaga pemprosesannya dijana oleh cip Mediatek MT6750 8-teras, bergandingan dengan 4GB RAM serta storan dalaman seluas 32GB. Ia mampu menerima storan tambahan dalam bentuk mikroSD sehingga 128GB.


Salah satu lagi fungsi yang hebat adalah Smart Split 2.0 yang membolehkan kita ketika menonton filem, jika ingin terus membalas mesej yang diterima, semak emel dan sebagainya.

Biasanya kita perlu keluar dari skrin video dan video yang sedang ditayang itu akan berhenti secara automatik. Tetapi, anda hanya perlu 'click' sekali pada video di vivo V5, skrin akan dibahagikan kepada dua supaya anda boleh menjalankan urusan lain sambil menonton video tersebut tanpa gangguan. 



Untuk memastikan pelancaran Vivo V5 ini lebih meriah, Vivo Malaysia buat pertama kalinya telah melantik duta mereka. Penyanyi terkenal, rajin berswafoto dan memuat naik gambar ke Instagram, beliau adalah Dato’ Siti Nurhaliza.





Kini, dengan kepelbagaian jenis telefon pintar yang ada di pasaran, setiap satunya memiliki kehebatan masing-masing. Lebih hebat bila sebuah telefon pintar yang penuh dengan spesifikasi yang mantap, namun dijual dengan harga berpatutan.

Itulah dia Vivo V5 yang memiliki pelbagai fungsi yang hebat namun dengan hanya RM1299, anda kini mampu memilikinya. Apa tunggu lagi, segera dapatkannya dari mana-mana pengedar di seluruh negara.- CARI




5

Bagus
3

Marah
18

Terkejut
21

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 30-12-2016 05:48 PM
mana lg begus oppo ke vivo
Quote siskepoh 30-12-2016 05:51 PM
eee sis geram sbb sis da beli asus. rasa nak rembat pulak vivo ni
Quote cik-jaja 30-12-2016 06:07 PM
banyaknya iklan vivo ni..
Quote bangcak 30-12-2016 09:49 PM
nape fikiran designer hempon skang nih singkat sgt?
takbleh lari dari design ipong6.

depan putih, bakang gold, pastu ada line horizontal atas ngan bawah.
kalu takde line takbleh ka?
kalu nak wat line, buat arr mcm arch skit ka, line vertical ka.

kedudukan lubang earfon ngan 6 lubang speaker pon sama.



Quote himun_hino 30-12-2016 10:32 PM
seramado replied at 30-12-2016 05:48 PM
mana lg begus oppo ke vivo



cer tengok yg mana best??
Quote btown 13-2-2017 07:50 PM
kalau setanding or better then ipon, boleh dipertimbangkan
Quote asfaz 3-5-2017 10:04 PM
Vivo v5 +

Pernah guna Oppo...mirror..
5 x masuk spital...ni pun dah x hidup
Quote AceHand 8-5-2017 01:25 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Mana harganya...?


Jizzz... Klong! Klong!
Quote Heydidle 8-5-2017 02:05 PM
Mcm best je ni
Quote Heydidle 8-5-2017 02:05 PM
Nak beli ke tak eh
Quote AceHand 11-5-2017 02:18 AM

[AceHand SPECTaceLAR]

Tak best...!


Jizzz... Klong! Klong!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.107409 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top