CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Evolusi Kuih Tradisional - Aneka Warna Dan Perisa 'Donat Hipster'

29-12-2016 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11701| Komen: 25|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Anda peminat donat? Mungkin tidak berapa digemari oleh golongan yang sedang berusaha untuk berdiet kerana kuantiti gula kastornya yang banyak.
Anda peminat donat? Mungkin tidak berapa digemari oleh golongan yang sedang berusaha untuk berdiet kerana kuantiti gula kastornya yang banyak. 

Namun, anda pasti terliur dan tergoda melihat longgokan donat berwarna-warni yang diberi nama 'donat hipster' itu!


Sumber foto: http://www.azhafizah.com

Donat yang pelbagai warna itu kelihatan sangat ceria dan menarik perhatian, malah terdapat aneka perisa untuk anda pilih seperti strawberi, durian, pandan, coklat dan beri biru. Pasti rambang mata!

Jika anda penduduk di sekitar kawasan Kuala Kangsar, anda boleh dapatkan kuih itu di sebuah gerai di Taman Chandan Puteri.


Pasangan suami isteri, Mohd Izwan Mohamad Nazir, 36, dan Nor Nafishah Ab Hamid, 35, menjual donat itu dengan harga RM0.50 sebiji, sahaja.



Di gerai pasangan itu bukan sahaja dijual donat hipster, malah anda boleh dapatkan pelbagai jenis kuih termasuk burger Malaysia, cucur badak, karipap dan pisang keju.


Sumber foto: Bernama

Gerai itu dibuka setiap hari pada jam 3.30 petang kecuali hari Jumaat.

Jika anda ingin menganjurkan sesebuah majlis, pengusaha gerai ini juga mengambil tempahan untuk katering pada Sabtu dan Ahad sebagai punca pendapatan sampingan.

Betulkah rasanya lazat seperti yang ditularkan di laman sosial? Kalau anda mahukan kepastian, kenalah cuba! - CARI
17

Bagus
5

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Star_el 29-12-2016 03:44 PM
kaler tu sbb flavor ke sbb colouring?
Quote mrizumi 29-12-2016 04:04 PM
Xterliur plak tgok wrna pandan n blueberry tu..anyway suka kuih burger malaysia..
Quote paz 29-12-2016 04:04 PM
Takutnya tengok color and especially gula tu
Quote ms.mango 29-12-2016 04:07 PM
suka donut yg original   budak2 suka kot warna warni ni
Quote siputsedut 29-12-2016 04:15 PM
mrizumi replied at 29-12-2016 04:04 PM
Xterliur plak tgok wrna pandan n blueberry tu..anyway suka kuih burger malaysia..

Sama..aku pon suka burger malaysia yang ikhlas yakni sambal byk..much better kalau ada ikan bilis..
Quote kukukatablog 29-12-2016 04:27 PM
blakang umah aku jer,
tapi fav aku tetap donut biasa n gula tuh....
yang lain tu ok lah inovatifnya, tapi ak x suka....
Quote otomatic_prince 29-12-2016 04:58 PM
suka yg pepel dan ijau tu
Quote DayangKirana 29-12-2016 05:08 PM
ikut taste masing2.. aku lebih suka yang conventional.
yang kaler2 ni tak lalu kat tekak..
Quote RatuDunia94 29-12-2016 05:16 PM
Iols pon x lalu warna warni.. Bg kt ank buah umur 5 tahun pon dia pelik nk mkn..
Quote CardiGans85 29-12-2016 06:06 PM
Penah rs donut kaler2 ni,something rs pahit kt hujung2..mgkn sbb pewarna..suka yg original
Quote cekelatkopi 29-12-2016 06:20 PM
kukukatablog replied at 29-12-2016 04:27 PM
blakang umah aku jer,
tapi fav aku tetap donut biasa n gula tuh....
yang lain tu ok lah inovatifny ...

Gebu gebas x? ada donut yg sejuk dah x sedap
Quote kukukatablog 29-12-2016 06:50 PM
cekelatkopi replied at 29-12-2016 06:20 PM
Gebu gebas x? ada donut yg sejuk dah x sedap

slalu beli still panas lagi...
kuih dia semua besar2....
skarang ramai bebeno malas nak g beli......
Quote cekelatkopi 29-12-2016 07:59 PM
kukukatablog replied at 29-12-2016 06:50 PM
slalu beli still panas lagi...
kuih dia semua besar2....
skarang ramai bebeno malas nak g beli.. ...

X puas nak tgk gbr lain..snap plsss letak insta ke sini ke..dia tulis 4 - rm2 tu sbb ada org yg mintak murah ke kalau beli 4?sebijik 5posen kan
Quote kukukatablog 29-12-2016 08:57 PM
cekelatkopi replied at 29-12-2016 07:59 PM
X puas nak tgk gbr lain..snap plsss letak insta ke sini ke..dia tulis 4 - rm2 tu sbb ada org yg mi ...

x sure ada insta ke idok,tapi kuih dia mmg besar2 berbanding orang jual pagi2 tuh had 3 seringgit....
dia jual time tengahari sampai petang,
so mmg x dpt la nak cari kueh2 time2 camtuh kat tempat lain....



Quote pearl.silver 29-12-2016 09:30 PM
Kat kuantan pun penah viral donut kaler2 ni
Tp iols xpnh cari lg
Quote fishcracker 29-12-2016 10:12 PM
banyak naw makanan buh coloring,rainbow cookies,rainbow cake,rainbow prata,roti rainbow sampai ke donut...rasa same aje,dalam banyak2 inovasi rainbow ni iol paling suke rainbow cake mccafe
Quote Atifan 29-12-2016 10:29 PM
Aku selalu nmpk kt pasar malam..selalu tulis 1=Rm0.50 , 4=Rm2.00...diorang igt customer xreti mengira ke apa? Aku feel offended weyh sbg customer.. unless kalau dia nk tulis jgk dua dua harga tu kalau harga mcm ni 1=Rm0.50, 4=rm1.50 ke..
Quote jerukkedondong 30-12-2016 07:58 AM
kukukatablog replied at 29-12-2016 08:57 PM
x sure ada insta ke idok,tapi kuih dia mmg besar2 berbanding orang jual pagi2 tuh had 3 seringgit. ...

Donat perasa durian ada tak kat situ...kalau ada saya gigh nk gi cari ni...lokasi donat ni kat CP  area masjid tu ke...

Hee   
Quote kukukatablog 30-12-2016 10:49 AM
jerukkedondong replied at 30-12-2016 07:58 AM
Donat perasa durian ada tak kat situ...kalau ada saya gigh nk gi cari ni...lokasi donat ni kat CP  ...

x tau ler kome,
bukan CP area Sri Kawan tuh....

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059559 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top