CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Estranged Kena 'Kencing' Anjur Persembahan Di London

30-12-2016 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11004| Komen: 57|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: "Perkara ini amat memalukan untuk kami dedahkan kerana ia mungkin menjejaskan imej kami sebagai artis dan pemuzik."
"Perkara ini amat memalukan untuk kami dedahkan kerana ia mungkin menjejaskan imej kami sebagai artis dan pemuzik."

Demikian pengakuan kumpulan Estranged yang tertipu apabila seorang wanita mengakui dirinya sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc London dan menjemput mereka untuk mengadakan persembahan sempena Festival Apple Music di London.




"Wanita berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc London dan turut menyerahkan surat kononnya daripada seorang pengarah Apple Music untuk membuktikan dia tidak menipu.

"Bagaimanapun selepas pihak Estranged menghubungi Apple di United Kingdom, pihak mereka mengesahkan bahawa wanita berkenaan adalah seorang penipu dan festival berkenaan langsung tidak wujud," kata kumpulan itu dalam sebuah kenyataan kepada mStar Online.


Penipuan itu memberi kesan besar kepada Estranged sehingga menyebabkan kumpulan itu hampir berpecah-belah tetapi mengambil keputusan untuk terus menguatkan semangat demi peminat .


Sumber foto: IG Richael Lawrence Gimbang

Dalam masa sama, Estranged memutuskan untuk mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu penggiat seni lain terperdaya dengan individu sama yang dipercayai sedang cuba mendekati artis lain dengan cara dan niat sama.

Pada 23 Disember lalu, Estranged memfailkan saman terhadap individu berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menuntut ganti rugi sebanyak RM100,000 selain beberapa ganti rugi lain yang akan ditafsirkan oleh mahkamah.

Kumpulan itu akan mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan perkara berkenaan secara terperinci pada 4 Januari 2017.

Semoga penggiat seni tanah air sentiasa berhati-hati dengan perkara membabitkan karier mereka. - CARI

21

Bagus
17

Marah
20

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aduradura 30-12-2016 11:56 AM
Amboi dah siap nak bersaman bagai..ade kerugian di pihak theyolls jugak ke ? i mean dah beli tiket ke londonnnnn ke hapeeeee...
Quote ubiwankelubi 30-12-2016 12:10 PM
dah byr participation fee ke tu.....?

sampai nak pecah belah kumpulan. jinx la nama estranged tu.
Quote MarissaMiller88 30-12-2016 12:13 PM
Maybe la kut dah beli tiket awal2 sblm harga tiket naik..or..dorg dah bg duit deposit ke atau yg berkaitan kat ppuan tu sbg saguhati ke apa kan..kdg dorg mana nak bgtau detail cerita kna tipu slepas bg duit sbb nnnt kena cop bangang..
Kesian la..at least dorg dpt info pasal ppuan tu la kan utk saman..nasib baik x jd mcm search n yazid tu..berpecah..
Quote mrizumi 30-12-2016 12:15 PM
Xphm knp sampai kumpulan nk berpecah..sbb ada yg agak tu tipu tp yg lain xnk pcya ke?
Quote eLiaD 30-12-2016 12:31 PM
duit dah byk keluar la ni sbb tu snggup fail saman..x psal2 duit keluar lagi
Quote estrelle 30-12-2016 12:56 PM
Yg iols tau lagu dia hancur aku dgn fazura tu.gegeh plak kokesen nak jemput retiss who ayusss kat festival dorg.kalo pop shuvit tu iols caye sebab mmg dah pegi internasional mcm kt jepun.
Quote armin 30-12-2016 01:06 PM
Kalau ada festival artis yg kena bayar ke? Bukan penganjur yg bayar artis? Kalau rugi bab tiket flight etc logik jgk la. Kalau kena tipu sebab bagi duit kt org tu utk byr fee... hm
Quote WajibulGhunah 30-12-2016 01:13 PM
Motip nk jemput derg?? BAZIR duet je bkn ada sesape nk tngk derg pun
Quote batman_2007 30-12-2016 01:19 PM
Dijemput ke atau bayar penganjur utk buat persmbahan tu.. Feeling international sgt kann
Quote MarissaMiller88 30-12-2016 01:27 PM
Stuju yg kat atas..
Quote ReginaGeorge 30-12-2016 01:30 PM
Hmmm takpa la. Dah bukan rezeki..aim high sgt kottt
Quote kiah_mai_pulak 30-12-2016 01:49 PM
Kantoi lah retis2 sendu nan hado yg fefeeling dijemput buat konsert kat over the sea, last2 kena bayar gak kat penganjur. Fefeeling dikenali diperingkat intenesionall kekdahnya
Quote Nenasketum 30-12-2016 02:06 PM
Meleis ke omputih tipu diorang ni.
Quote Ferr_Remy 30-12-2016 02:12 PM
Bkn main bangga dlu diorg hebahkan.. that's why iols cam pelik time tu.. mcm da xde retis lain
Quote iszaura30 30-12-2016 02:16 PM
siannnnye..........
Quote cha-cha 30-12-2016 02:18 PM
Baik pergi tour europe sendiri macam band2 indie lain. Cuma maybe theyolls dah tak IN sangat kut sekarang.

Udah2 lah style rambut bersepah macam tu.
Quote net_level 30-12-2016 02:22 PM
kalau theyols tak keluar satu sen pun theyols layak untuk saman jugakla...

chuols ingat saman ni semua saman gantirugi am je ke? ada saman teladan, saman fitnah/malu, saman pemula (ex parte) dan sebagainya
Quote terpaku 30-12-2016 02:31 PM
alang2 jemput penyanyi2 bersuara haus yang tengah membiak dgn jayanya dekat tanah air ni
Quote putehkundor 30-12-2016 02:39 PM
estranged ni mak teh suka drummer dia jah....andy.
heshe lah penyeri band sendu ni walaupun sekadar drummer sajork
heshe dah keluar ke nokk?


Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.199617 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top