CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Tandakan Di Kalendar Anda, Ini 8 Filem Bollywood 2017 Paling Ditunggu-tunggu!

5-1-2017 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4659| Komen: 6

Description: Filem Bollywood tidak hanya digemari masyarakat India, malah ramai dari kalangan Melayu juga turut menggemarinya. Nah! Ini adalah lapan Filem Bollywood tahun 2017 yang paling ditunggu-tunggu peminat. ...
Filem Bollywood tidak hanya digemari masyarakat India, malah ramai dari kalangan Melayu juga turut menggemarinya. Nah! Ini adalah lapan Filem Bollywood tahun 2017 yang paling ditunggu-tunggu peminat. Lapan filem ini juga akan membawa anda menikmati filem-filem berkualiti tinggi pada tahun ini!


Dengan plot ceritanya yang mantap, hinggalah barisan pelakon yang hebat-hebat, kesemua filem ini pasti mengujakan dan membuatkan peminat tak sabar menunggu ia ditayangkan. Nak tahu filem apa? Jom tengok!


1. Kaabil (27 Januari)

Sumber foto: TOP10 WALA
Pengarah: Sanjay Gupta
Pelakon: Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, dan Sonu Sood


Dalam filem ini, Hrithik dan Yami memegang watak sebagai pasangan cacat penglihatan. Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki yang mahu membalas dendam ke atas pembunuhan teman wanitanya selepas dirogol.


2. The Ghazi Attack (17 Februari)


Pengarah: Sankalp
Pelakon: Rana Daggubati, Taapsee Pannu dan Kay Kay Menon

The Ghazi Attack merupakan, filem Bollywood pertama membabitkan babak peperangan di dasar laut.


3. Rangoon (Februari 24)


Pengarah: Vishal Bhardwaj
Pelakon: Shahid Kapoor, Saif Ali Khan dan Kangana Ranaut

Salah seorang pengarah filem Bollywood terhebat kini kembali dengan filem romantik berkisarkan kisah cinta tiga segi ketika Perang Dunia Kedua.


4. Raees (26 Januari)


Pengarah: Rahul Dholakia
Pelakon: Shah Rukh Khan, Nawazuddin Siddiqui dan Mahira Khan

Berlatarbelakangkan Gujarat di India pada tahun 1980-an, ia mengisahkan seorang pengedar arak haram, Raees Khan (Shah Rukh Khan) yang licik dan kejam berhadapan dengan seorang pegawai polis yang cuba menjatuhkannya.


5. Sarkar 3 (17 Mac)

Sumber foto: IMDb
Pengarah: Ram Gopal Varma
Pelakon: Amitabh Bachchan, Manoj Bajpayee dan Jackie Shroff

Amitabh Bachchan akan membawa watak seorang ketua mafia, Subhash Nagre, dalam filem ketiga kepada siri francais 'Sarkar'.


6. Half Girlfriend (28 April)

Sumber foto: THE TIMES OF ONDIA
Pengarah: Mohit Suri
Pelakon: Arjun Kapoor dan Shraddha Kapoor

Filem ini adalah adaptasi dari novel yang ditulis Chetan Bhagat dengan judul sama. Mengisahkan seorang lelaki berusaha menambat hati wanita pujaannya.


7. The Ring (11 Ogos)

Sumber foto: msn entertainment
Pengarah: Imtiaz Ali
Pelakon: Shah Rukh Khan dan Anushka Sharma

Filem ini berkisar seorang pemandu pelancong Punjabi bertemu dengan seorang gadis Gujarati ketika gadis itu sedang bercuti di Eropah.


8. Tiger Zinda Hai (25 Disember)

Sumber foto: IMDb
Pengarah: Ali Abbas Zafar
Pelakon: Salman Khan dan Katrina Kaif

Berkisarkan kisah seorang pengintip jatuh cinta pada seorang wanita Pakistan yang juga seorang pengintip.


Bagi peminat tegar filem Bollywood, inilah antara filem Bollywood 2017 yang paling dinantikan menurut msn entertainment dan TOP10 WALA. Anda ada cadangan filem yang tidak dinyatakan di sini untuk dikongsi bersama? - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shanew3stga1z 5-1-2017 05:03 PM
siyes best2 .

antara yg tak sabar .

Rangoon . Half gf . The ring
Quote enchikfitz 5-1-2017 05:23 PM
Kaabil looks promising. Suka movie tema balas2 dendam ni
Quote DeeHanania 5-1-2017 09:34 PM
Semua filem best...
Quote RatuDunia94 6-1-2017 01:13 AM
filem bollywood skrg dh best2.. x mcm 10 tahun lepas.. cintan cintun jah..
Quote lurve82 6-1-2017 01:21 PM
wah best2 citer dia...tp download je la..dangal pun xsempat2 lg nk tgk kat wayg...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.257106 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top