CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Restoran Running Man Go Kini Dibuka Di Setiawan, Perak

16-1-2017 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9902| Komen: 20|Original author: Oleh : Dean BZ

Description: Rancangan realiti TV Korea, Running Man, bukan sahaja popular di Korea malah turut mempunyai..

Rancangan realiti TV Korea, Running Man, bukan sahaja popular di Korea malah turut mempunyai ramai peminat di seluruh dunia terutamanya di Asia.

Kehebatan rancangan Running Man bukan sahaja diminati penggemar muzik K-Pop, sebaliknya anti K-Pop pun tidak melepaskan peluang mengikuti program ini setiap episod. 

Menyedari kehebatan jenama Running Man sebagai sebuah rancangan realiti TV yang popular, sebuah restoran yang dinamakan Running Man Go telah dibuka di Setiawan Perak. 

Kredit foto - Facebook Restoran RunningMan Go


Memetik dari portal VitDaily, restoran ini telah memulakan operasi pada 1 Januari baru-baru ini. Restoran Running Go mempunyai enam bilik makanan yang boleh menempatkan kira-kira 50 orang pelanggan dalam satu-satu masa menyajikan makanan yang berunsurkan Korea.


Pelanggan yang datang ke restoran ini boleh membuat pilihan untuk makan secara set ataupun ala carte. Disamping itu restoran ini turut menyediakan steamboat ala korea yang terdiri daripada pilihan seafood, daging atau kedua-duanya sekali. 

Selain itu, Restoran RunningMan Go ini turut menyediakan makanan seperti Dolsot bibimbap, Rapokki, Heamul Pajeon dan pelbagai lagi makanan bercirikan Korea bagi memenuhi selera peminat masakan korea di Malaysia. 

Restoran ini juga menyajikan hidangan ayam goreng Korea seperti Yangnyeom Chicken yang mempunyai rasa pedas-pedas manis ataupun Ppuringcle Cheese Chicken.

Berkenaan status halal restoran ini, pihak pengurusan restoran telah memaklumkan di Facebook rasmi mereka bahawa mereka kini dalam proses permohonan sijil pengesahan halal daripada JAKIM dan restoran mereka tidak menyajikan arak dan juga babi dalam menu mereka.

Kepada penggemar makanan Korea yang berada di Perak dan kawasan yang berdekatan bolehlah datang ke Restoran RunningMan Go ini. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi 05-693 0888. Don't walk, run!  - CARI


Kredit foto - Facebook Restoran RunningMan Go

Kredit foto - Facebook Restoran RunningMan Go

Kredit foto - Facebook Restoran RunningMan Go

18

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
19

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cknoriz 16-1-2017 01:50 PM
relevan lg erk..mcm terlambat jek hihi
Quote CiliPadiSedap 16-1-2017 01:57 PM
cknoriz replied at 16-1-2017 01:50 PM
relevan lg erk..mcm terlambat jek hihi

bisnes bermodelkan trend akan mati kalau trend itu mati.. positioning begini sangat bahaya untuk jangka hayat bisnes..
Quote idril 16-1-2017 02:37 PM
Aku prefer 2days 1 night
Running man x minat
Quote jiwarasa 16-1-2017 02:49 PM
CiliPadiSedap replied at 16-1-2017 01:57 PM
bisnes bermodelkan trend akan mati kalau trend itu mati.. positioning begini sangat bahaya untuk j ...


betul. tengok kedai vape sudah

Quote mrizumi 16-1-2017 02:52 PM
Terlambat sudah..
Quote makneng 16-1-2017 02:53 PM
Lol.. Tak pe lah.. All the best
Quote siskepoh 16-1-2017 05:27 PM
nampak sedap. tp mkanan korea ni tawar
Quote merrissa 17-1-2017 12:04 AM
all the best yaaa....
Quote sofiazara 17-1-2017 09:42 AM
baru je try menonton running man yg dah lama2 punya. dulu2 langsung tak hingin.
oklah. saja2 takde apa buat bolehlah tengok. yg sedih boleh tergelak tengok running man
Quote idakamaruddin 17-1-2017 01:32 PM
dpt sijil halal nnt bole la pegi.

mmg suka mknan korea
Quote evlinne 17-1-2017 01:38 PM
siskepoh replied at 16-1-2017 05:27 PM
nampak sedap. tp mkanan korea ni tawar

Sebab tu orang korea kurus2 even muka plastik   tapi sumpah makanan dorang tak sedap. Ramen je sedap
Quote Cik_Andak 17-1-2017 01:40 PM
Emmmm...boleh try ni...
Quote rina0602 17-1-2017 02:08 PM
evlinne replied at 17-1-2017 01:38 PM
Sebab tu orang korea kurus2 even muka plastik   tapi sumpah makanan dorang tak sedap. Ramen j ...

ingatkan ku sorang je yang x kena dengan tekak.. selalu tengok running man diaorang makan sedap je katanya..sekali try jajangmyeon (ntah mcm tu la kot ejaannya) x kena langsung tekak aku. bgtau kat laki aku katanya memang la tekak korea lain
Quote lnakass 24-1-2017 03:56 PM
Lama tak mkn korean food. Craving pulak.
Quote aleesyasofia 25-1-2017 08:18 PM
harganya pon boleh tahan mahal jugak..
Quote blinkazwa 26-1-2017 11:46 AM
ini memang running man nya restoran ke. ke pakcik ni pandai2 amik nama running man dgn logo then buka kedai..
dr segi copyright nama tu cemaner eh.
Quote Qnqn 3-2-2017 01:30 PM
Alaaa nampak comel tapi running man dah habis show jadi oang nak pergi ke? Unless kalau ada Gary and Ji Hyo situ hikhik
Quote Aizuzu 18-3-2017 01:26 PM
Halal ke dak nie
Quote Sayaaa 18-3-2017 07:07 PM
makanan korea biasa2 je kot. overrated

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.210161 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top