CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Simpulan Gergasi Unik, Lucky Knot Bridge Jadi Tarikan Baru Di China

17-1-2017 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7565| Komen: 27|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Negara China memang terkenal dengan karya yang agung dan daya kreativiti yang sangat mengagumkan dari penghasilan barangan sehinggalah senibina bangunannya.
Foto: www.nextarchitects.com

Negara China memang terkenal dengan karya yang agung dan daya kreativiti yang sangat mengagumkan dari penghasilan barangan sehinggalah seni bina bangunannya.

Tarikan terbaru yang membuatkan para pengunjung dari seluruh dunia tidak sabar untuk datang ke negara ini adalah sebuah jambatan yang diberi nama sebagai Lucky Knot Bridge.

Foto: Lonelyplanet.com

Terletak di Changsha, wilayah Hunan, reka bentuknya hasil dari rekaan kumpulan arkitek NEXT Architects pastinya dapat membuatkan sesiapa pun terpegun.

Jambatan ini berbentuk seperti sebuah pintalan reben gergasi yang dibina merentasi Sungai Dragon King Harbour dan berada setinggi 24 meter di atas permukaan sungai untuk membolehkan perahu dan kapal lalu di bawahnya.

Foto: Lonelyplanet.com
Ia menawarkan laluan pejalan kaki sepanjang 185 meter dan menghubungkan antara dua buah taman yang membolehkan sesiapa pun yang jalan di atasnya dapat menikmati panorama yang indah.

Kawasan pejalan kaki ini dipanggil sebagai Moon Gates dan menurut perekanya, reka bentuk yang seakan simpulan itu direka mengikut kepercayaan China kuno yang melambangkan keuntungan dan kesejahteraan.

Warna merah pula dipilih untuk jambatan ini untuk melambangkan kebahagiaan dan kejayaan.

Foto: Homeworlddesign.com
Foto: Lonelyplanet.com
Firma seni bina NEXT Architects ini sememangnya terkenal dengan binaan mereka yang sangat luar biasa dan sebelum ini pernah membina sebuah jambatan di Belanda yang strukturnya boleh tenggelam di dalam air.

Wah, memang unik dan tiada yang sama seperti Lucky Knot Bridge ini di negara lain. Ayuh, rancang percutian anda ke China sekarang. -CARI
17

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_Andak 17-1-2017 01:49 PM
Wah...nampak cantik..............
Quote kentel 17-1-2017 02:05 PM
macam henderson waves....ke nak beat singapork
Quote seri_mawr 17-1-2017 02:20 PM
creative sungguh
Quote dubuk 17-1-2017 03:08 PM
cantik.....
Quote amyza 17-1-2017 03:41 PM
Kreatif betul.aritu jambatan kaca,tandas kaca
Quote Artemesiaa 17-1-2017 05:08 PM
Wah menarik boleh le gi nanti
Quote siskepoh 17-1-2017 05:50 PM
memang teringin nak pergi tp mslhnya malas nak jalan kaki. cmane tu
Quote cik-jaja 17-1-2017 06:15 PM
jenuh nak menapak..tp cm menarik je
Quote idakamaruddin 17-1-2017 06:22 PM
mmg nmpk cantik menarik tapi kang ada ummah yg x reti bahasa pegi berak ngn kencing kt situ trus jd x cantik huhu
Quote mrizumi 17-1-2017 08:02 PM
Cantik design..jenuh jgk nk bjln nnti..
Quote WhiskeyScotch 17-1-2017 11:07 PM
Seriously, menarik perhatian.
Quote merrissa 18-1-2017 03:31 AM
cantikkkk...........................................
Quote mizz_fatyn 18-1-2017 11:46 AM
ohsem sgt design cemtuh
Quote cmf_ultraviolet 18-1-2017 02:51 PM
cantik and kreatif
Quote missue 18-1-2017 04:17 PM
Interesting structure.
Quote Emperor95 18-1-2017 05:06 PM
memang menarik.
Quote zafira 19-1-2017 11:57 AM
seriau akak tengok bridge tu.... tengah2 xde foundation.... sekali jalan ramai2  mau prangggg ke bawah....
Quote comel90 26-2-2017 07:41 AM
Menarinknya
Quote mjla 26-2-2017 11:49 AM
China bolehland

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056727 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top