CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kualiti Graduan Malaysia Hanya Pada Tahap Pelajar Sekolah Menengah?

19-1-2017 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6042| Komen: 81

Description: Kualiti lepasan ijazah di Malaysia dan Indonesia setaraf dengan pelajar sekolah menengah di Denmark.

Kualiti lepasan ijazah di Malaysia dan Indonesia setaraf dengan pelajar sekolah menengah di Denmark.

Profesor Lant Pritchett dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat berkata demikian ketika Forum Dasar Awam Asia 2016 yang dianjurkan bersama Harvard Kennedy School dan Jeffrey Cheah Institute of Southeast Asia di Subang, Selangor kelmarin. 


“Kajian dilakukan ke atas graduan di Indonesia dari segi tahap celik, pemikiran kreatif dan aspek lain. Hasilnya sama dengan pelajar tercicir di peringkat sekolah menengah rendah di Denmark.”

“Ciri-ciri sama juga didapati di Malaysia.”

Pelajar tidak menguasai subjek dipelajari ketika di sekolah antara puncanya, jelas beliau ini kerana rata-rata graduan di Malaysia sekadar ingatan hafalan, menggunakan teori dan meluahkannya dalam peperiksaan.

Tegasnya, ukuran sebenar pendidikan ialah penguasaan mata pelajaran dengan aplikasi praktikal dan tidak terhad kepada hafalan semata-mata.


Bagi beliau, sistem sepatutnya menakrifkan semula peranan pendidikan kepada bukan sahaja persekolahan yang menumpukan kehadiran, tetapi juga idea supaya generasi muda mampu menempuh abad ke-21.- CARI

sumber foto: 


31

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
29

Sedih
17

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cancer_files 19-1-2017 09:43 AM
serumpun....

macam mana nak tahu mendalam, 13 mata pelajaran nak semua diingat, kang topik yang tak ada di dunia nyata pun dibahas...
Quote mzzenma 19-1-2017 09:44 AM
haruslah..dah duk kejar As ja
nanti mak pak nak update status fesbuk anak dapat 10 juta A dengan hashtag #alhamdulillah #syukur #rezeki
Quote krustykrab 19-1-2017 09:53 AM
rasanya dah sampai masa kut sekolah2 kat msia ni jgn hadap exam je....cer ajar dari darjah 1 budak2 ni public speaking.....kalau dr kecik dah biasa buat mesti tak menggigil bila dah besar...ini tak dari darjah 1 suruh hadap buku, hafal, exam....bosan kut ..

Quote jazaa100 19-1-2017 09:59 AM
Adoiii......

Ayat mkn dlm....bkn standard budak sek menengah di Denmark...tapi standard budak sek men yg TERCICIR....


Quote S|_BUTA 19-1-2017 10:05 AM
Edited by S|_BUTA at 19-1-2017 10:36 AM

Pelabur gergasi ultra canggih dari Jerman ,amerika, jepun, korea semua dah tau ka hal ini ?
Quote S|_BUTA 19-1-2017 10:14 AM
GhostWalking replied at 19-1-2017 09:40 AM
SUBANG JAYA: Seorang profesor dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati kualiti lepasan ij ...

Ubat nyanyok cap ayam apa Lant pritchett guna ?
Quote bulan_gerhana 19-1-2017 10:15 AM
munturi mohon buat lawatan ke denmark

pas ni tuko syllabus lagi... weh anak kami ni lab rat ke hah!
Quote S|_BUTA 19-1-2017 10:16 AM
What kind of cheap senility drug is that cuckold Lant pritchett consuming ?
Quote sofiazara 19-1-2017 10:21 AM
i think it is true utk generasi graduan yg  lahir akhir 70an membawa ke 80an sehingga awal 90an
pada masa mereka fresh grad, mereka kebanyakannya tak faham apa yg dicari dan 0 skill.

setakat pemerhatian peribadi, budak2 akhir 90an dan selepas 2000 mereka lebih pick up / pandai sbb mereka dahpun celik internet dari kecil dan pendedahan di sekolah terhadap dunia semasa adalah sama atau lebih baik dari generasi terdahulu.

aku tak sabar tunggu murid kssr / kssm menjadi pelajar universiti. sbb dalam kssr / kssm mereka belajar berfikir lain dari biasa, kbat dan banyak keperluan merujuk ke dunia luar dari hanya berkisar dalam kelas or dalam buku teks. nak tengok bagaimana generasi kssr/kssm ni mengaplikasikan kssr/kssm dalam pembelajaran dan pengalaman di universiti dan seterusnya di alam pekerjaan.

dan tak sabar juga tunggu samada sistem pembelajaran abad ke-21 berkesan @ tidak
Quote harimau76 19-1-2017 10:23 AM
kalau yg grad level pemikiran setakat sekolah menengah... cuba bayangkan pemikiran org2 yg tak grad... antara hasilnya dpt dilihat dgn cara penggunaan sosial media..
Quote Defcon2 19-1-2017 11:09 AM
Memang betul pun cakap professor ni. Bukti memang ada termasuk dalam CI ni. Contoh forumer  @deezeck yang tak faham peranan pembangkang, tapi sibuk nak bercakap hal politik.

Begitu juga @Simunggu yang  tak dapat membezakan fungsi pembangkang dalam kerajaan.

Tapi semestinya yang paling lagenda adalah @kemaruk yang masih percaya bahawa MO1 itu adalah Agong. Bangkem dan MP Umno Langkawi love each other!   
Quote nikola.tesla 19-1-2017 12:48 PM
mentang2 prof omputeh terus korang sokong.ntah macam mana dia survey.tapi mungkin ada betul tapi tak semua macam tu.
Quote jejaka00 19-1-2017 12:55 PM
statistik? percent? wow hebatnya cara dia buat kajian
Quote sebu 19-1-2017 12:58 PM
Kiranya Tun mahathir. Najib x setaraf pm mereka la ye:zz..eh tun dan Najib graduasi mana eh
Quote FOTHER-MUCKER 19-1-2017 01:02 PM


“Ketika mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, mereka sudah ketinggalan jauh. Tiada pemahaman mendalam tentang subjek. Sebaliknya, ia sekadar ingatan hafalan, menggunakan teori dan meluahkannya dalam peperiksaan,” kata Pritchett.


Saya setuju je dengan yang saya merahkan tu. Sebab dah biasa dari kecil seperti mengajar baca Quran dan smayam dalam bahasa arab. Tapi apa maksud pun tak tau.


Tapi tak semua lah. Ummah ci semuanya cerdik dan pandai!
Quote lkick2113 19-1-2017 02:39 PM
“Ketika mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, mereka sudah ketinggalan jauh. Tiada pemahaman mendalam tentang subjek. Sebaliknya, ia sekadar ingatan hafalan, menggunakan teori dan meluahkannya dalam peperiksaan,” kata Pritchett.

Menurutnya, ukuran sebenar pendidikan ialah penguasaan mata pelajaran dengan aplikasi praktikal dan tidak terhad kepada hafalan semata-mata.




dah lama aku cakap, hapuskan exam oriented punya style pendidikan...........memang tak menjadi lah....tu sebab time kerja ramai yg 0 macam apa yg dibelajar tak bawak banyak manfaat
Quote ustazahLASER 19-1-2017 03:04 PM
Syukur akak sekolah darjah 6 je .....
Quote phonon 19-1-2017 03:10 PM
krustykrab replied at 19-1-2017 09:53 AM
rasanya dah sampai masa kut sekolah2 kat msia ni jgn hadap exam je....cer ajar dari darjah 1 budak2  ...

exam tuh takde masalah... mmg sebahagian dari pendidikan...

jumlah subjek tuh yg mengarut... mmg la bebudak menghafal jer... mana ada masa nak paham semua
Quote phonon 19-1-2017 03:15 PM
sofiazara replied at 19-1-2017 10:21 AM
i think it is true utk generasi graduan yg  lahir akhir 70an membawa ke 80an sehingga awal 90an
pad ...

Setuju sebab aku pon graduan 2000-an.. .

tp ramai juga majikan yg komplen graduan2 sekarang tak reti buat kerja... mcm mana tuh... ??

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.162063 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top