CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Malaysia Dijemput Hadir Ke Majlis Pengisytiharan Presiden Donald Trump

19-1-2017 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4166| Komen: 14

Description: Asher Paul Ang hanya berusia 18 tahun tetapi mahasiswa dari Rawang, Selangor, ini mungkin bakal menjadi rakyat Malaysia paling muda yang dijemput menghadiri majlis pengisytiharan Presiden dipilih Amer ...

"Saya sangat berbesar hati mendapat peluang seumur hidup untuk mewakili Kelab Republikan Kolej bagi universiti saya, di mana saya baru sahaja dilantik sebagai presiden."


Demikian luahan kegembiraan seorang pelajar Malaysia yang sebelum ini pernah menjadi sukarelawan kempen Donald Trump, dijemput menghadiri majlis rasmi sambutan presiden baru Amerika Syarikat yang berlangsung esok.

Memetik laporan The Star hari ini, Asher Paul Ang yang merupakan presiden kelab Republikan di Universiti Baptis Dallas di Texas berasa dirinya amat bertuah dan ingin merakam kenangan manis dengan hartawan tersebut.

“Mungkin sukar untuk bertemu Presiden Trump tetapi jika saya dapat peluang, saya akan mengambil gambar 'wefie' dengannya.” 

“Saya juga berharap untuk bertanya kepadanya tentang perspektif beliau berkaitan pengukuhan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan negara-negara Asean lain.”


Asher yang berasal dari Rawang, Selangor akan berada di belakang barisan orang kenamaan (VIP). Tiket eksklusif itu dilaporkan berharga kira-kira US$600 (RM2,666).

“Lebih satu juta orang dijangka menghadiri majlis tersebut. Tetapi, tiket ini membolehkan saya duduk di salah satu tempat duduk di Union Square, betul-betul di belakang tempat duduk VIP,” katanya.- CARI

sumber foto: http://www.charlotteobserver.com/

34

Bagus
24

Marah
17

Terkejut
18

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 20-1-2017 02:50 AM
kenapa xde sapa komen nihh???

mesti thread ni sgt x penting
Quote red_cattleya 20-1-2017 03:27 AM
bdk neh sokong trump lah ea..
Quote Dwdrum 20-1-2017 03:40 AM
Beliau bayar kah $600 ? Or i tidak faham bahasa berita?
Davies symphony, orchestra centre seating  juga hampir $550, murah lah $600 untuk watching trump itu
Quote babyleo68 20-1-2017 04:45 AM
At least ade jugak remaja Malaysia di jemput hadir pengisytiharan Donald trump, bangga gitu
Quote Voyagers 20-1-2017 05:08 AM
sejuta orang datang tengok

tapi budak ni bayar 600 dollars untuk duduk atas kerusi belakang vip
Quote lavilavi 20-1-2017 05:27 AM
So pas ni bolehlah dpt taitel Dato'
Quote CrowneGlory 20-1-2017 06:45 AM
Nerd nye rupa penyokong trump msia ni...dgn rambut ketak2 berminyak.. Trump x sedar ko ada bau2 immigran kot dek
Quote sukacactus 20-1-2017 06:57 AM
CrowneGlory replied at 20-1-2017 06:45 AM
Nerd nye rupa penyokong trump msia ni...dgn rambut ketak2 berminyak.. Trump x sedar ko ada bau2 immi ...

Hahaha...rambut ketak2 berminyak
Tu la mula2 tgk pic, budak ni cam org dulu2 aku tgk
Quote Simunggu 20-1-2017 07:58 AM
remaja malaysia itu siapa? kapir mana?
Quote rosasa 20-1-2017 08:05 AM
untunglah dik..belajar jauh2 jadi kakikipasmati
Quote bobo_beck 20-1-2017 09:03 AM
PKR..DAP...UMNO...BERSATU...AMANAH...PAS......BEBAS...... cepat amik bdk ni jd ahli heheheheheh
Quote fredza 20-1-2017 09:06 AM
berbayar?. mcm astro pulak
Quote kucen_miang 20-1-2017 09:29 AM
dah dijemput tu dpt tiket free la gamaknya. kalu ko islam mungkin ko tak dijemput dek.
Quote BebeQ 20-1-2017 10:02 AM
sendhu juga nama universiti beliau membuatkan ahkak kena google kejap lagi ni.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.052259 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top