CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suasana Klasik, Makan Dalam Bas Sebenar Di Restoran N.16 Kuala Selangor

23-1-2017 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10906| Komen: 20|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Sudah jemu rasanya menjamu selera dalam kedai atau restoran yang mempunyai suasanya yang biasa, dan selalu tertanya-tanya di mana agaknya untuk mendapatkan tempat makan yang luar biasa bukan?
Foto: FB N.16

Sudah jemu rasanya menjamu selera dalam kedai atau restoran yang mempunyai suasanya yang biasa, dan selalu tertanya-tanya di mana agaknya untuk mendapatkan tempat makan yang luar biasa bukan?

Tunggu sekejap, kerana jawapannya ada di sini. Kuala Selangor adalah tempat yang tepat untuk dikunjungi kerana di sini terletaknya sebuah restoran baru yang sangat unik dan mampu menambat hati anda.

Foto: FB N.16
Terletak lebih kurang satu jam setengah dari ibu kota Kuala Lumpur, N.16 adalah sebuah restoran yang mempunyai rekaan unik kerana ianya diperbuat daripada sebuah bas. 


Bukan sahaja deria rasa anda akan 'berpesta' kerana menu makanan Barat yang ditawarkan, bahkan anda juga dapat menjamu mata melihat kehijauan sawah padi di sekelilingnya.

Foto: FB N.16
Hidangan yang popular di sini adalah 'Spicy Crab Aglio Olio' dan 'Prawn Bisque' atau pun jika anda pencinta kopi, cuba keenakan rasanya di sini bersama sepotong kek.

Foto: FB N.16
Di dalam bas pula anda akan menikmati suasana berada di dalam sebuah bas tradisional lengkap dengan tempat duduk kayu dan lampu 'chandelier'.

Sangat sesuai bagi mereka yang sangat suka bergambar kerana restoran ini terdapat banyak sudut yang menarik.


Namun disebabkan ruangannya yang terhad, pelanggan boleh membuat tempahan awal dahulu dan jangan risau tentang harga kerana ianya sangat berbaloi dan berpatutan.

Foto: FB N.16
Alamat: Jalan Tali Air 4, Tanjung Karang, Kuala Selangor
Waktu Operasi:  Khamis hingga Ahad, 11 pagi- 9 malam
Nombor Telefon:010-254 6268
-CARI
14

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 23-1-2017 12:47 PM
sangat tidak sedap nampak menunya...

jangan marah ya...
Quote iznanaziz 23-1-2017 12:47 PM
sangat tidak sedap nampak menunya...

jangan marah ya...
Quote tayam 23-1-2017 01:44 PM
ok la tu kafe hipstur
Quote matseh 23-1-2017 02:14 PM
kafe hipster di tenghah2 bendang. Selling the uniqueness not the food?
Seriesly nak travell all the way to KS nak makan pasta n westerfood. Great Idea tapi...
Anyway sapa2 yg ter pergi, buleh update the internet FB. Atau rekemen JJCM, buleh tgk kat TV.
Quote mystica 23-1-2017 03:32 PM
nampak best!! kalau dekat aku dah pegi dah
Quote WhiskeyScotch 23-1-2017 04:47 PM
Konsep okeyhlah. Tapi tak rasa nak pergi.
Quote eizarz 23-1-2017 04:55 PM
nampak x sedap dan takut bas tu menjunam ke bawah bila dah ramai2,nampak tidak stabilndi situ
Quote siskepoh 23-1-2017 05:34 PM
boleh la kalau nk cuba. tp tmpat mcmni best tgkp pic je. makanan tu xtau la boleh harap ke tidek
Quote -electrifying- 23-1-2017 05:49 PM
boring, pegi2 kang xsedap...
Quote cik-jaja 23-1-2017 05:53 PM
positif2...tgk pemandangan cantik, mknn xsdp pon leh rasa sedap..
Quote idakamaruddin 23-1-2017 06:46 PM
eizarz replied at 23-1-2017 04:55 PM
nampak x sedap dan takut bas tu menjunam ke bawah bila dah ramai2,nampak tidak stabilndi situ:l ...

hahaha iols plak bygkan bau bas tu mcm bau bas yg kepam n bau getah

Quote zuri154 23-1-2017 08:30 PM
konsep tu nmpk best tp menu mcm biasa2 je
Quote MissVixen 23-1-2017 11:31 PM
Pemandangan best. Tapi menu tak menarik. Gambo makanan pun sendu. Apa nama makanan yang ada udang 2 ketul, kuah oren tu?  Oglio letak cili seketul. kerat la siket, kasi bunga ke apa.
Dia dapat idea kafe hipster shah alam ke. Kafe hipster banyak dekat shah alam, tapi makanan semua tak sodap. Cheese pun takat pakai serbuk cheese bancuh air panas.
Quote vanillaninja 24-1-2017 11:27 AM
Hipster alert. Memang berpusu2 adik adik hipster datang ni nanti. Maklumlah nak upload pics yang instagrammable
Quote EncikRhoma 24-1-2017 02:43 PM
hype betul k.selangor sekarang ni. Banyak tempat2 melancong yg menarik. tido kat hotel container the cabin pun macam best je
Quote lnakass 24-1-2017 03:44 PM
Konsep nmpk menarik, tp menu tngk biasa2 jeh.
Quote bubblegummy 3-2-2017 08:13 AM
Makin byk id2 unique kafe hipster ni
Quote fromheaven 3-2-2017 09:08 AM
Menu kena selari dgn pemqndangan
Quote Qnqn 3-2-2017 01:32 PM
fromheaven replied at 3-2-2017 09:08 AM
Menu kena selari dgn pemqndangan

Ye betul tu! Mungkin selera kampung boleh majukan lagi bisnes depa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.359264 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top