Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 10-2-2017 02:37 PM 8527 Views
DescriptionKerajaan negeri Terengganu di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) kini membuka semula panggung wayang selepas 22 ta ...

ADVERTISEMENT



Kerajaan negeri Terengganu di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) kini membuka semula panggung wayang selepas 22 tahun ia ditutup.


Dilaporkan, ibu negeri itu akan mempunyai pawagam ultra-moden pertama dijangka pada penghujung bulan ini yang beroperasi di kompleks Paya Bunga Sentral.

Difahamkan usaha itu dilakukan bersempena ‘Visit Terengganu Beautiful 2017’ dan merupakan sebahagian inisiatif Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Sejak 1995, kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS mengarahkan pawagam di negeri itu ditutup selepas memenangi pilihan raya umum.

Memetik laporan portal New Straits Times, pawagam yang dilengkapi dengan sistem Dolby Surround Sound itu dikendalikan oleh syarikat Lotus Cinemas Five-Star (M) Sdn Bhd, yang mempunyai lebih 25 buah cawangan di seluruh negara.

Sumber sebagai berkata, Pawagam LFS di Paya Bunga Sentral itu akan ditempatkan di lima aras bangunan berkenaan dan boleh menampung hampir 1,700 pengunjung.- CARI

sumber foto: http://www.cinema.com.my/


Prev.:Enggan Jalani Pembedahan Bayi Kaki Empat, Ibu Anggap 'Pemberian Tuhan'

Next:Menggemparkan! Ratusan Paus Ditemui Mati Terdampar Di Pantai New Zealand


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
kentel 10-2-2017 03:04 PM
tahniah @melinda_kerr pasni x bosan da balik kg...
harkktuih 10-2-2017 03:08 PM
so asing laki pompuan kah?
AbukRokok 10-2-2017 03:19 PM
Elhemdoleellaaaahhhhh
syukur atas rahmat nekmat dan karunia yang tuhan izinkan uutk warga Ganu


jangan plak nti kalu Pas menang ganu semula kne tutup balik..sudah.
melinda_kerr 10-2-2017 03:24 PM
Quote: kentel replied at 10-2-2017 03:04 PM
tahniah @melinda_kerr  pasni x bosan da balik kg...

etika pemakaian nk tgk wayang? tudung?   
kentel 10-2-2017 03:26 PM
Quote: melinda_kerr replied at 10-2-2017 03:24 PM
etika pemakaian nk tgk wayang? tudung?

etika pemakaian:



fungsi: senang nak seludup makanan luar
supernaturalee 10-2-2017 03:30 PM
lotus ni bkn pengedar filem2 tamil ke

papepun enjoy movies at cinema org ganu





sabbath_shalom 10-2-2017 03:37 PM
Quote: kentel replied at 10-2-2017 03:26 PM
etika pemakaian:



Teringat kisah kawan meols....budak tudung labuh sorok buku dlm tudung sheols semasa masuk dewan exam....Elohim maha bijaksan...buku2 tebal sheols terjatuh depan orang ramai.
ciksom 10-2-2017 03:37 PM
Nak  tengok cited rajni Khan
WhiskeyScotch 10-2-2017 03:38 PM
Akhirnya setelah 22 tahun, merasa juga warga Terengganu menonton wayang di negeri sendiri.
dinopower 10-2-2017 03:44 PM
oh,....... nak ajak sis @Changa la lepak.... kat kelate blum ade lg
R2D2 10-2-2017 03:51 PM
penonton tgk atas kerusi or atas tilam?
kentel 10-2-2017 03:53 PM
Quote: sabbath_shalom replied at 10-2-2017 03:37 PM
Teringat kisah kawan meols....budak tudung labuh sorok buku dlm tudung sheols semasa masuk dewan e ...

elohim memang bijak sis...yang bodoh itu manusia jah...sampai meniru pun haramjadah kantoi
kaspar0v 10-2-2017 04:49 PM
masuk wayang bawak popcorn ke kopok lekor?
indenial 10-2-2017 04:53 PM
Quote: kaspar0v replied at 10-2-2017 04:49 PM
masuk wayang bawak popcorn ke kopok lekor?

Kepok leko cicoh sos     
kaspar0v 10-2-2017 04:54 PM
Quote: indenial replied at 10-2-2017 04:53 PM
Kepok leko cicoh sos

huk alohhh
sayang_mulut 10-2-2017 04:58 PM
motif? tuan guru penasihat takkan tak komen apa2??
nazraku 10-2-2017 05:04 PM
Tgv mesra mall kemaman dah berzaman beroperasi sis
Muntz 10-2-2017 05:12 PM
LFS kat Kuching ni ramai org India pegi coz selalu main cerita tamil.
muraicomey 10-2-2017 05:18 PM
Dah lama ada wayang kat ganu TGV Mesra Mall
Lihat semua komen