CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hubungan Tegang Malaysia & Korea Utara, Duta Besar Malaysia Dipanggil Pulang

20-2-2017 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 22364| Komen: 246

Description: Kementerian Luar Malaysia mengesahkan Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad telah dipanggil kembali ke negara ini untuk proses perundingan.

Kementerian Luar Malaysia mengesahkan Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad telah dipanggil kembali ke negara ini untuk proses perundingan.


Wisma Putra dalam satu kenyataannya berkata, Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol turut dipangil bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala kementerian, Raja Nushirwan Zainal Abidin hari ini.

"Kang Chol hari ini dipanggil bagi memberi penjelasan terhadap tuduhan beliau ke atas Malaysia berhubung kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un."
 
Kenyataan Kementerian Luar Malaysia menambah, kerajaan turut memaklumkan kepada Kang Chol bahawa sebaik sahaja siasatan selesai, mayat akan diserahkan kepada waris mengikut undang-undang dan prosedur sedia ada di negara ini.

Pada sidang media Jumaat lalu duta Korea Utara terbabit memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan".- CARI


sumber foto: https://uf.cari.com.my/



31

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
17

Sedih
23

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 20-2-2017 11:53 AM
tutup embassy terus lagi elok
Quote huehue 20-2-2017 11:55 AM
I thought it was KJU sendiri yang nak make his brother disappear from this world? Motif menyalahkan Malaysia?
Quote dauswq 20-2-2017 11:58 AM
akusukaq replied at 20-2-2017 11:53 AM
tutup embassy terus lagi elok

banyak songeh lak korea utara ni kan?

btw aku terfikir gak org2 malaysia duduk kt pyongyang tu adakah kehidupan mereka di sane ibarat hidup segan mati tak mau?



Quote dcruins 20-2-2017 12:06 PM
satu jerrr aku terfikir faedah mereka buka embassy kat Malaysia,Singapura etc, produk2 makanan & benda2 lain yg dinikmati elite2 N.Korea boleh didapati dengan senang menggunakan 3rd party punyerrr port....tu jerrr cara mereka dapat barang2 dari negara2 yg sekat mereka. Senjata2 yg mereka order pun ada yg mereka guna cara ni....kena lalu beberapa negara.
Quote dauswq 20-2-2017 12:09 PM
dcruins replied at 20-2-2017 12:06 PM
satu jerrr aku terfikir faedah mereka buka embassy kat Malaysia,Singapura etc, produk2 makanan & ben ...

duta2 north korea kt negara2 luar ni pastinya ade kebebasan guna port tenet. tak de kah pernah berlaku history slh sorg drpd duta ni jd defector?

Quote dcruins 20-2-2017 12:11 PM
dauswq replied at 20-2-2017 12:09 PM
duta2 north korea kt negara2 luar ni pastinya ade kebebasan guna port tenet. tak de kah pernah ber ...

tak pasti pulak tentang duta2  n.korea, langsung aku tak tau citer2 aktiviti mereka di luar negara....

Quote spiderman80 20-2-2017 12:13 PM
Tutup ajer lah kedutaan Korea Utara di Malaysia.
Lelaki sana tak hensem pun.
Quote Voyagers 20-2-2017 12:15 PM
dauswq replied at 20-2-2017 12:09 PM
duta2 north korea kt negara2 luar ni pastinya ade kebebasan guna port tenet. tak de kah pernah ber ...

yang uk bukan defect ke

Quote Voyagers 20-2-2017 12:16 PM
dauswq replied at 20-2-2017 12:09 PM
duta2 north korea kt negara2 luar ni pastinya ade kebebasan guna port tenet. tak de kah pernah ber ...

North Korea’s deputy ambassador to Britain defects from London
https://www.washingtonpost.com/w ... _term=.2098e1d664cd


Quote dauswq 20-2-2017 12:16 PM
spiderman80 replied at 20-2-2017 12:13 PM
Tutup ajer lah kedutaan Korea Utara di Malaysia.
Lelaki sana tak hensem pun.

malaysia dan north korea ni ade hubungan dagangan ekonomi kah?

klu berdasarkan posting dcruins, kebanyakan import dan eksport melalui china saje..

Quote spiderman80 20-2-2017 12:19 PM
dauswq replied at 20-2-2017 12:16 PM
malaysia dan north korea ni ade hubungan dagangan ekonomi kah?

klu berdasarkan posting dcruins ...

Mod Dauswq, terus-terang cakap, sebelum kes pembunuhan ini,  Spidey tidak tahu langsung kewujudan kedutaan Korea Utara di negara kita.  
Quote atira 20-2-2017 12:19 PM
dauswq replied at 20-2-2017 12:16 PM
malaysia dan north korea ni ade hubungan dagangan ekonomi kah?

klu berdasarkan posting dcruins ...

ada dengar kat radio baru2 ni... mmg ada hubungan ekonomi.

ni ambik kat wiki

North Korea imports refined oil, natural rubber and palm oil from Malaysia.[8] Malaysia imports iron and steel products from North Korea.[9] In 2017, there were 300 North Koreans working in the coal mining industry in Sarawak state of Malaysia.[4]
Quote dauswq 20-2-2017 12:20 PM
Voyagers replied at 20-2-2017 12:16 PM
North Korea’s deputy ambassador to Britain defects from London
https://www.washingtonpost.com/wo ...

okay thanks
maknanya mmg pernah berlaku

pastinya sblm north korea ni hantar keluar sbg duta
diorg dh brainwash dan ugut cukup2 psl implikasi defecting
wlpn diorg ade kebebasan utk dptkn maklumat drpd negara luar

duta yg defect ni sgt beruntung sbb dia bawa famili sekali

Quote dauswq 20-2-2017 12:21 PM
atira replied at 20-2-2017 12:19 PM
ada dengar kat radio baru2 ni... mmg ada hubungan ekonomi.

ni ambik kat wiki

ye betul
aku pernah bace somewhere yg kita pernah import buruh north korea
slh sorg drpd mereka jd mangsa tragedi lombong kena timbus kt sarawak 1-2 thn lepas..

Quote Voyagers 20-2-2017 12:22 PM
Edited by Voyagers at 20-2-2017 12:23 PM
spiderman80 replied at 20-2-2017 12:19 PM
Mod Dauswq, terus-terang cakap, sebelum kes pembunuhan ini,  Spidey tidak tahu langsung kewujudan  ...

restoran koryo tu tahu tak?





Sekilas kehidupan warga Korea Utara di Malaysia
KUALA LUMPUR: Satu-satunya restoran milik warga Korea Utara di Malaysia memberi gambaran sepintas lalu kehidupan di negara terasing itu, tetapi ia ditutup sejak pembunuhan Kim Jong Nam, dengan pengawal keselamatan mengarahkan pelanggan meninggalkan tempat itu.
Pyongyang Koryo menjadi satu simbol jelas yang menunjukkan wujudnya komuniti Korea Utara di Malaysia.
Pelayan wanita di restoran itu, iaitu satu antara berdozen perniagaan Korea Utara yang dibuka di luar negara itu, memakai pakaian tradisional dan menghiburkan pelanggan dengan nyanyian serta tarian di sebuah bangunan sederhana di kawasan perumahan biasa di Kuala Lumpur.
Tetapi penduduk sekitar berkata walaupun ketika pintu terbuka, wanita muda di restoran itu tidak banyak berhubung dengan dunia luar kerana mereka dihantar pergi dan balik ke tempat tinggal mereka.
“Saya melihat wanita di situ dihantar dan dijemput ke restoran dan mereka tidak pernah berjalan kaki atau berbual dengan sesiapa pun,” kata Jack Liew, yang membuka bengkel membaiki kereta, sederet dengan restoran itu.
“Bila saya cuba lihat kawasan belakang restoran mereka, pintu ditutup dengan kertas dan tidak ada apa yang boleh kita nampak,” katanya.
Penduduk lain berkata mereka pernah nampak pekerja Korea Utara tetapi tidak pernah berbual dengan mereka, dan menggambarkan pelayan wanita di situ “sangat cantik”.
Seorang warga Korea Utara, Alex Hwang membuka restoran mewah di ibu kota Malaysia di mana ia popular dalam kalangan ekspatriat Korea Utara, termasuk Jong Nam, yang terbunuh di klia2 dalam serangan racun pada Isnin.
Perniagaan mereka termasuk syarikat animasi komputer, pembuatan dan beberapa aktiviti pasaran gelap, katanya.

“Kebanyakan mereka ada jam Rolex, pandu kereta mewah, anak mereka pergi ke sekolah biasa dan ada gajet terkini. Mereka sama seperti ahli perniagaan lain,” kata Hwang.
Tetapi mereka berfikir banyak kali sebelum berkongsi berita pembunuhan itu dengan rakan atau keluarga apabila pulang ke rumah.
Setiap keluarga Korea Utara yang tinggal di luar negara melaporkan diri ke kedutaan setiap bulan untuk sesi soal siasat untuk mendapatkan maklum balas dan apabila pulang ke negara asal, mereka perlu menjalani “pendidikan semula” sebelum dibenarkan kembali ke dalam masyarakat ramai, katanya.
Pada Sabtu, kira-kira 40 warga Korea Utara pergi ke kedutaan mereka di Kuala Lumpur, lapor Chosun TV milik Korea Selatan ketika wartawan mereka menemu bual kumpulan itu mengenai pembunuhan abang ketua Korea Utara, Kim Jong Un itu.
Penganalisis percaya Jong Nam mungkin dilihat sebagai pesaing kepada adiknya, dalam rejim dinasti yang tidak pernah melepaskan kuasanya selama 3 generasi.
Ketika ditanya sama ada Pyongyang mungkin bertanggungjawab dalam pembunuhan itu, seorang warga Korea Utara berkata, itu mengarut sebelum dia berlalu pergi dan meminta wartawan terbabit tidak mengganggunya.
Kira-kira 100,000 warga Korea Utara bekerja di luar negara dan kiriman wang mereka menjadi sumber berharga dalam bentuk mata wang asing kepada rejim terasing itu.
Pengulas Korea Utara, Park Sokeel berkata nampaknya pelayan wanita di Pyongyang Koryo tidak tahu menahu mengenai pembunuhan itu kerana pekerja tinggal di luar negara tidak mudah mendapat akses kepada media dan terhad kepada bahan yang diluluskan.
“Mereka dikawal ketat syarikat Korea Utara di mana mereka hanya berinteraksi dengan satu sama lain dan tidak boleh meninggalkan premis itu,” katanya.
Park yang juga pengarah penyelidikan dan strategi dalam kumpulan Liberty for North Korea yang memperjuangkan hak asasi manusia, berkata pelombong dan buruh di bahagian pedalaman Malaysia juga mustahil untuk terbabit dalam rancangan pembunuhan itu.
Dan jika pekerja terbabit dalam melihat akhbar antarabangsa sekali pun, mereka mungkin sukar memahami berita itu kerana kebanyakan tidak tahu ketua mereka ada abang sebapa.
“Tidak timbul persoalan sama ada orang tahu yang dia (Jong Nam) mati kerana kebanyakan orang tidak tahu pun yang kewujudannya,” katanya.


Quote dauswq 20-2-2017 12:23 PM
spiderman80 replied at 20-2-2017 12:19 PM
Mod Dauswq, terus-terang cakap, sebelum kes pembunuhan ini,  Spidey tidak tahu langsung kewujudan  ...

yup tak sangka kita mmg ade hbgn ekonomi
maybe sbb beneficiary drpd hubungan baik dgn China



Quote Voyagers 20-2-2017 12:23 PM
dauswq replied at 20-2-2017 12:16 PM
malaysia dan north korea ni ade hubungan dagangan ekonomi kah?

klu berdasarkan posting dcruins ...

dulu siap ada direct flight pyongyang ke kuala lumpur (air koryo) .....

lepas tu united nation ban flight ni, terpaksa dihentikan

Quote spiderman80 20-2-2017 12:24 PM
Voyagers replied at 20-2-2017 12:22 PM
restoran koryo tu tahu tak?



Tak tahu pulak  
Tapi biasanya lepak di area Mont Kiara banyak restoran Korea Selatan.
Quote Voyagers 20-2-2017 12:25 PM
masa air koryo sampai kl

Air Koryo makes debuts at KLIA                  
                                                                  
NEW AIRLINE: Air Koryo will fly twice weekly to KL from the capital city of Pyongyang, on Mondays and Thursdays, utilising a TU-204 Next Generation Tupolev type of aircraft, with 142 seating capacity.


KUCHING: Kuala Lumpur International Airport (KLIA) announced the arrival of another new airline as Air Koryo, the national carrier of the Democratic People’s  Republic (DPR) of Korea recently made its maiden landing at KLIA.
The inclusion of Air Koryo took the total number of airlines operating at KLIA to 58. Air Koryo became the first airline to introduce direct schedule flights to Pyongyang from Kuala Lumpur.
Air Koryo will fly twice weekly to KL from the capital city of Pyongyang, on Mondays and Thursdays, utilising a TU-204 Next Generation Tupolev type of aircraft, with 142 seating capacity.
“Malaysia Airports welcomes Air Koryo’s schedule operations to KLIA and wishes them all the best for this service. Its presence will not only increase the connectivity at KLIA but also establish a new direct service between DPR Korea and Malaysia,” said Malaysia Airports managing director Tan Sri Bashir Ahmad in a press statement.



Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075020 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top