CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelik! Minyak Masak Subsidi Malaysia Dijual Berleluasa Di Pasar Thailand

24-2-2017 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4275| Komen: 18

Description: Lambakan minyak masak paket satu kilogram (kg) yang mendapat subsidi kerajaan Malaysia dilaporkan dijual secara berleluasa di Thailand.
Lambakan minyak masak paket satu kilogram (kg) yang mendapat subsidi kerajaan Malaysia dilaporkan dijual secara berleluasa di Thailand.

Minyak masak itu dijual di Pasar Tak Bai pada harga antara RM4 hingga RM5.50 sepaket.


Memetik laporan Berita harian, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIM), Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani memaklumkan, berdasarkan tinjauan selama dua jam di pasar berkenaan, pihaknya mendapati lebih 10 kedai runcit menjual minyak masak paket bersubsidi serta minyak jenama tempatan dijual secara terbuka.

“Timbul persoalan bagaimana minyak ini dijual di negara jiran, adakah melalui jalan yang sah atau penyeludupan.”

Sehubungan itu beliau berkata, PPIM memandang serius perkara berkenaan kerana bekalan minyak masak terutama yang paket satu kg di negeri ini sering berlaku kehabisan stok di pasar raya.

Tambahnya, alasan peniaga ialah pintu sempadan Imigresen ditutup awal pada jam 6 petang menyebabkan ada di antara mereka cuba membawa masuk pelbagai barangan termasuk minyak masak melalui pangkalan haram.


Justeru itu,  PPIM mencadangkan pihak berkuasa perlu menilai kembali waktu operasi pintu sempadan kerana difahamkan aktiviti penyeludupan berlaku bermula sekitar jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.- CARI

sumber foto: Utusan Malaysia





16

Bagus
13

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
12

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NAT_11 24-2-2017 04:48 PM
Bukan ke takda subsidi lagi sekarang.
Harga minyak masak 1kg di Pasar raya antara rm21-22 ringgi.
Quote noell 24-2-2017 04:56 PM
NAT_11 replied at 24-2-2017 04:48 PM
Bukan ke takda subsidi lagi sekarang.
Harga minyak masak 1kg di Pasar raya antara rm21-22 ringgi.

bukan la nat...hak peket plastik 1kg still subsidi...kt tesco bole beli 5peket jer sehari

yg botol 5kg tak dak subsidi

apa2 pun apa nak heran zaman najib neh? habaq sat
Quote liyanur 24-2-2017 04:59 PM
sejak minyak masak naik harga ni..cuma berpeluang bli beberapa packet je..
pastu pi kedai x penah nampak dah...so beli je la terus yg botol 5 kg tu..
x yah nk susah hati cari stok lg dah..yg tu sentiasa je ada
Quote AbukRokok 24-2-2017 05:07 PM
1. penguatkuasa xbuat kerja... malas/takut gangster/takut hantu

2. menyeludup bukan haram disisi agama jadi org johor xrasa terikat utk menyeludup

3. naik kan lagi harga minyak melebihi subsidi utk mengatasi
Quote jiwakacau06 24-2-2017 05:11 PM
AbukRokok replied at 24-2-2017 05:07 PM
1. penguatkuasa xbuat kerja... malas/takut gangster/takut hantu

2. menyeludup bukan haram disisi  ...

no 3 tu jgn la.myak petrol pn dh ckup membeban kn..
Quote NAT_11 24-2-2017 05:15 PM
noell replied at 24-2-2017 04:56 PM
bukan la nat...hak peket plastik 1kg still subsidi...kt tesco bole beli 5peket jer sehari

yg bo ...

Setahu aku, minyak pakt 1kg tu, jenis yang direkon balik
minyak yang dah diguna. Tak pernah beli minyak tu, geli,
takut datang dari restoran Cina, goreng babi........
Quote harkktuih 24-2-2017 05:24 PM
motip pelik? mmg gitu dr dlu kot..
Quote Pajeri_Nenas 24-2-2017 05:36 PM
binalah wall mcm Trump.meroyan org kelantan
Quote noell 24-2-2017 10:26 PM
NAT_11 replied at 24-2-2017 05:15 PM
Setahu aku, minyak pakt 1kg tu, jenis yang direkon balik
minyak yang dah diguna. Tak pernah beli  ...

hamboi nat mana ada recon tuh mmg dia bagi murah sebab jimat packaging & mungkin tak buat proses 3 penapisan mcm brand sri murni

hak recon tuh byk kt kedai alatan cina sembahyang la nat...buat bakaq api boh depan tokong depa yg kegelapan

neh dok kata recon2 neh tak takut ka makan kat warong2 restoran2? depa mmg pakai hak murah neh sebab jimat byk

Quote NAT_11 25-2-2017 09:02 AM
noell replied at 24-2-2017 10:26 PM
hamboi nat mana ada recon tuh mmg dia bagi murah sebab jimat packaging & mungkin tak buat proses 3 ...

0ooo...ye ke, noell. Terima kasih, lepas ni aku beli 10 pkt,
terus masuk dlm botol 5kg tanpa ragu-ragu.........


Quote mirandanicky1 25-2-2017 11:55 AM
Pemantauan mana pemantauan...something fishy la ni..
Quote lkick2113 25-2-2017 12:00 PM
NAT_11 replied at 24-2-2017 04:48 PM
Bukan ke takda subsidi lagi sekarang.
Harga minyak masak 1kg di Pasar raya antara rm21-22 ringgi.

Paket yg 1kg la ngok ada subsidi...  Tu lah banyak sangat makan ayam kena ragut kat pasar  
Quote rina0602 25-2-2017 04:29 PM
AbukRokok replied at 24-2-2017 05:07 PM
1. penguatkuasa xbuat kerja... malas/takut gangster/takut hantu

2. menyeludup bukan haram disisi  ...

kenapa orang johor? sempadan thai kan.org2 negeri belah2 timur la kot
Quote AbukRokok 25-2-2017 05:26 PM
rina0602 replied at 25-2-2017 04:29 PM
kenapa orang johor? sempadan thai kan.org2 negeri belah2 timur la kot

kang sebut org kelantan kang marah
set set pantang gedebe  
Quote jazaa100 25-2-2017 05:32 PM
AbukRokok replied at 24-2-2017 05:07 PM
1. penguatkuasa xbuat kerja... malas/takut gangster/takut hantu

2. menyeludup bukan haram disisi  ...

Kenapa johor pulak?....

Quote jazaa100 25-2-2017 05:34 PM
NAT_11 replied at 24-2-2017 04:48 PM
Bukan ke takda subsidi lagi sekarang.
Harga minyak masak 1kg di Pasar raya antara rm21-22 ringgi.

Minyak paket masih ada subsidi lg dik....

Sbb tu dijual dgn harga rm2.50 - 1kg

Yg tak de subsidi tu minyak botol...

Dulu 1kg- rm3, skrg 1kg- rm5....


Quote mjla 26-2-2017 11:53 AM
Tak de yg pelik kat Msia ni.
Segala apa pun blh sludup
Quote ReginaGeorge 26-2-2017 12:20 PM
Malaysia negara makmur!

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054452 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top