CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ala, Si Cantik Emma Watson Dah Tak Nak Bergambar Dengan Peminat

1-3-2017 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4176| Komen: 9|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Nampaknya peminat pasti kecewa dengan kenyataan Emma Watson yang kini tidak lagi mahu bergambar bersama peminat.
Nampaknya peminat pasti kecewa dengan kenyataan Emma Watson yang kini tidak lagi mahu bergambar bersama peminat.

Menerusi majalah Vanity Fair, aktres yang mula melonjak naik dengan watak Hermione Granger dalam francais filem Harry Potter mengakui dia tidak mahu berswafoto bersama peminat kerana mahukan privasi dan keselamatannya lebih terjamin.




"Orang ramai akan mengetahui keberadaan saya hanya dalam masa dua saat selepas gambar saya diambil dan dimuat naik di laman sosial.

"Mereka akan tahu jenis pakaian yang saya kenakan dan dengan siapa saya berada," jelasnya.

Pun begitu, bintang filem adaptasi Disney, Beauty and the Beast itu tidaklah begitu kejam sehingga langsung tidak mempedulikan peminatnya.


"Saya tidak kisah duduk berbual bersama peminat dan menjawab semua pertanyaan mereka mengenai filem Harry Potter, tetapi tanpa sebarang rakaman gambar mahupun video dibenarkan," katanya.



Meskipun bertegas dengan peraturan barunya itu, Emma tidak akan menolak untuk bergambar bersama kanak-kanak untuk menggembirakan mereka.

Memetik portal news.com.au, tindakan aktres jelita itu secara tak langsung membolehkannya 'menyorok' teman lelakinya, William ‘Mack’ Knight daripada menjadi perhatian ramai.


Foto: Vanity Fair

Okeylah tu masih mahu bersembang dan menjawab persoalan daripada peminat walaupun tak dapat bergambar bersama. Ini ada segelintir artis yang terlajak sombong, langsung tak mahu layan peminat. - CARI
12

Bagus
14

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
21

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellxx 1-3-2017 07:05 PM
ape ape pun emma tetap lawa
Quote shoyuna 1-3-2017 08:40 PM
bagus gak tindakan sheols.. bukan kekwat tapi nak jaga privacy.. apapun sheols semakin cantik
Quote RatuDunia94 1-3-2017 09:54 PM
Cantiknya dia.. Muka dia ni kecik sesuai sgt dgn rambut pendek mcm tu..
Quote sssf83 1-3-2017 11:32 PM
Okaylah respect her privacy.. since dulu pun she seems like a private person kan..
Quote mieymiey 2-3-2017 11:14 AM
Kalau la sheols tau macamana retis meleis berebut-rebut nak expose anak memasing
Quote chinta89 2-3-2017 12:12 PM
mieymiey replied at 2-3-2017 11:14 AM
Kalau la sheols tau macamana retis meleis berebut-rebut nak expose anak memasing

kalau dia tahu, pitam gamaknya.
Quote IxoraP 13-3-2017 01:43 PM
suka emma dr dl..
Quote nadie90 13-3-2017 04:22 PM
Msti dia ad baca viral gmbr prmpuan mat saleh seiras beliau kat Watson Malaysia tu

Apa pun xsbr nk tgk filem Beauty & The Beast kluar mggu nie
Quote WhiskeyScotch 13-3-2017 06:11 PM
Teringat waktu dia zaman kecil-kecil dulu berlakon dalam Harry Potter. So, cuteeee.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.081018 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top