CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hanya Di Jepun, Kolam Air Panas Digelar 'Neraka'

6-3-2017 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11848| Komen: 44|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: 150 darjah Celsius! Boleh masak telur rebus ni. Itulah suhu air di kolam air panas di Beppu, Kyushu, Jepun.
150 darjah Celsius! Boleh masak telur rebus ni. Itulah suhu air di kolam air panas di Beppu, Kyushu, Jepun.

Apa yang unik mengenai kolam air panas di Beppu ini adalah namanya yang 'menyeramkan'. Mereka tidak dipanggil kolam air panas, sebaliknya dipanggil Neraka di Kota Beppu.


Beppu terletak di kepulauan Kyushu terkenal dengan sumber air panasnya yang unik dan menakjubkan. Kolam air panas di sini dikatakan terlalu panas untuk dijadikan kolam air panas (onsen). Menurut portal CNN, bacaan suhu di kolam air panas berkenaan boleh mencecah 150 darjah Celsius. 

Disebabkan kepanasan melampau itulah, Beppu terkenal dengan julukan 'Neraka Beppu'. Ini antaranya.


1. Umi Jigoku (Neraka Lautan)


Jangan tertipu dengan keindahan kolam ini kerana ia memiliki kedalaman sehingga 200 meter dan bacaan suhunya mencecah 98 darjah Celsius!


2. Oniishibozu Jigoku (Neraka Kepala Botak)


Bacaan suhu di kolam ini lebih panas dari Umi Jigoku, dan ia dinamakan sedemikian kerana gelembung-gelembung lumpur di permukaannya menyerupai kepala sami Buddha yang botak.


3. Yama Jigoku (Gunung Neraka)



Di Yama Jigoku, pengunjung boleh melawat ke zoo mini di mana terdapat pelbagai jenis haiwan boleh dilihat.


4. Oniyama Jigoku (Neraka Gunung Iblis)


Juga dinamakan sebagai Neraka Buaya kerana menjadi habitat kepada beratus ekor buaya.


5. Shiraike Jigoku (Neraka Kolam Putih)

Foto: Izanau

Dinamakan begitu kerana airnya berwarna putih seperti kapur.


6. Chinoike Jigoku (Neraka Kolam Berdarah)

Foto: CNN


Selain airnya, wapnya juga berwarna merah darah. Bacaan suhu terendah kolam ini adalah 78 darjah Celsius.


7. Tatsumaki Jigoku (Semburan Neraka)

Foto: Izanau

Kolam ini sebenarnya merupakan geiser yang menyemburkan air panas pada ketinggian 50 meter setiap 10 minit. Tatsumaki Jigoku merupakan kolam air panas dengan bacaan suhu tertinggi sehingga mencecah 150 darjah Celsius.


Masak kita kalau terjatuh dalam salah satu neraka kolam air panas ini. Apapun, keindahan ciptaan tuhan memang menakjubkan! - CARI
8

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 6-3-2017 06:43 PM
hahaha takutnya nak ke neraka
Quote mrizumi 6-3-2017 06:48 PM
Fuhh...panass..
Quote mirebus 6-3-2017 07:21 PM
semua cantik2.. tapi kalau terjatuh dalam tu.. masaklahh
Quote zeed 6-3-2017 07:28 PM
Tmpt daku belajar dulu
Quote obical 6-3-2017 08:03 PM
Wooo...neraka..
Quote hdon 6-3-2017 11:50 PM
Cantik kolam gamba 1st tu..
Quote aya1992 7-3-2017 01:25 AM
melecur habeh badann
Quote drivethru 7-3-2017 04:52 AM
Aritu bawak anak 6 tahun ke hot spring sg klah. Selamba jer dia berendam dlm tu. Siap berendam kat tempat air panas masuk yg suhu paling panas. Aku nak rendam kaki pun dah x tahan.

Quote seramado 7-3-2017 06:18 AM
Ingt lg dulu mandi kolam.pns...rasa cam sesak.napas
Quote devilito2 7-3-2017 07:54 AM
subhanallah
Quote Ayu61279 7-3-2017 08:45 AM
klu bwk budak kecik area ni mmg kena hati2 la.
Quote DeeHanania 7-3-2017 10:45 AM
Wahh!!air terjun panas tu cantik yer
Quote chinta89 7-3-2017 11:31 AM
masak beb!
Quote liyamariska 7-3-2017 11:39 AM
bila baca tajuk thread nih, teringat anime jigoku shouju...
Quote supernaturalee 7-3-2017 11:46 AM
drivethru replied at 7-3-2017 04:52 AM
Aritu bawak anak 6 tahun ke hot spring sg klah. Selamba jer dia berendam dlm tu. Siap berendam kat t ...

anak drive montel kot

kalis suhu kekdahnya
Quote tucenmeow 7-3-2017 03:01 PM
cantik btul gambar2 kat kaw ni...
Quote WhiskeyScotch 7-3-2017 04:43 PM
Uishhh tak dapat bayangkan kalau terjatuh dalam tu.
Quote afie_m 7-3-2017 04:48 PM
panasnya....tapi kolam dia cantik2...
Quote Artemesiaa 7-3-2017 05:36 PM
Kena lebih hati2 kalau bawak kanak2 jika pergi tempat2 cam ni silap langkah boleh mengundang bahaya

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.321399 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top