CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hotel Ramai Orang Mampu !

15-8-2013 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6755| Komen: 49

Description: Haikou - Sebuah Hotel Kapsul Terbaharu Yang Menawarkan Harga Penginapan Serendah As$10 (Rm32) Dibuka Di Sini, Dalam Wilayah Hainan, Selatan China Kelmarin.

Seorang pelanggan turun dari tingkat atas bilik kapsul di sebuah hotel yang baharu dibuka dekat wilayah Hainan pada 13 Ogos lalu.- AFP

HAIKOU - Sebuah hotel kapsul terbaharu yang menawarkan harga penginapan serendah AS$10 (RM32) dibuka di sini, dalam wilayah Hainan, selatan China kelmarin.


Hotel itu menawarkan bilik kecil menyerupai kapsul yang dilengkapi kemudahan asas seperti katil dan lampu tidur kepada pelanggan.


Memiliki luas keseluruhan 200 meter persegi, hotel berkenaan menyediakan 26 kapsul yang disusun dalam dua barisan.


Hotel kapsul itu dilengkapi kipas ventilasi, televisyen paparan cecair kristal, perkhidmatan WiFi dan sebuah meja boleh lipat selain almari dan katil yang selesa.


Setiap kapsul itu mempunyai lebar antara 1 hingga 2 meter lebar dengan tinggi 1.2 meter.


Pelanggan yang menginap di hotel tersebut terpaksa berkongsi bilik air tetapi mereka boleh berehat di bar atau kafe yang disediakan oleh pengurusan hotel.


Hotel itu diharap dapat menarik pekerja-pekerja pejabat untuk berehat pada waktu makan tengah hari pada harga AS$1.47 (RM 4.81) sejam atau AS$10 semalam. - Agensi

1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsLucky 15-8-2013 09:43 AM
Nampak okay dari hong kong yang tinggal umpama dog cage tu...tapi i rasa kalu terdesak maybe i boleh kots
Quote little_sis 15-8-2013 09:49 AM
utk tido je boleh la.. kecik sgt.. rasa lemas lak aku tgk..
aku lbh suka kapsul yg kat airport mana tah yg agak luas siap ada meja nk letak laptop/ buat keje..
Quote AdamBillionaire 15-8-2013 09:53 AM
takkan lemas sebab dia dah wat sistem udara . cuma rasa xselesa sebab sempit itu sahaja.
Quote straycat 15-8-2013 09:58 AM
Kat Malaysia tak doable kot. Nak tido time office hour, tido je kat surau/masjid. Lapang uols. Selesa beraircond. Nak golek berguling pun boleh.
Quote AHMADVW 15-8-2013 10:06 AM
sbg backpackers tegar, aku rasa ok lah idea cm ni, sbb just nk rest dan berteduh shj
Quote tongkatwaran75 15-8-2013 10:44 AM
straycat posted on 15-8-2013 09:58 AM
Kat Malaysia tak doable kot. Nak tido time office hour, tido je kat surau/masjid. Lapang uols. Seles ...

surau masjid bukan tempat tido la...

Quote alepmama 15-8-2013 10:55 AM
aku tengok gambar je rasa macam pening kepala dah
Quote dealova04 15-8-2013 10:58 AM
mcm drawer tempat simpan mayat jer...
Quote kegimaru 15-8-2013 11:03 AM
bg aku ok ja..nice
Quote nurfariezza 15-8-2013 11:13 AM
mcm xslamat je...esp for girl....ade security guard x?
ekeke
Quote cikatilia 15-8-2013 11:19 AM
kalau dah letih tidur je
tp lenguh gila kot kalau nak lepak aje sana
xleh nak renggang2 kaki lelebih
angkat tangan semaksima yg mungkin also xleh


Quote menjad 15-8-2013 11:24 AM
cam tempat simpan mayat jeq...
Quote totokreturn 15-8-2013 11:30 AM
AHMADVW posted on 15-8-2013 10:06 AM
sbg backpackers tegar, aku rasa ok lah idea cm ni, sbb just nk rest dan berteduh shj

Ok lah dari tidor tepi jalan bawah pokok pine...ekekekeke
Quote feiruz_pei 15-8-2013 03:06 PM
xde pintu ke?? klu tdoq terbongkang, org bleh nampak ke??
Quote missyqaldina 15-8-2013 03:08 PM
kt malaysia rm32 dah dpt bilik best..bsr sket..hahaha..
Quote namirulmukminin 15-8-2013 03:11 PM
Kat Malaysia kalu buat ni memang jadi sarang maksiat la jawabnye...
Quote shamsadis 15-8-2013 03:12 PM
kat Jepun kan banyak
Quote JohnDeSouza 15-8-2013 03:17 PM
straycat posted on 15-8-2013 09:58 AM
Kat Malaysia tak doable kot. Nak tido time office hour, tido je kat surau/masjid. Lapang uols. Seles ...

hati2 wang hang kena curik kannnng... aku dah kene hang bila lagi?
Quote mehmet 15-8-2013 03:18 PM
"Hotel itu diharap dapat menarik pekerja-pekerja pejabat untuk berehat pada waktu makan tengah hari pada harga AS$1.47 (RM 4.81) sejam atau AS$10 semalam. - Agensi"


Harap korang tahu.... memang dekat China, diorg suka tido sekejap masa lunch hour

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.056357 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top