CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Hasilkan Lagu Baharu, Inspirasi Percintaan Dengan Jejaka Misteri?

14-3-2017 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28685| Komen: 339|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Pengalaman dan kisah cinta yang dilaluinya menjadi inspirasi kepada Siti Nordiana,32 untuk menghasilkan sebuah single baharu.
Pengalaman dan kisah cinta yang dilaluinya menjadi inspirasi kepada Siti Nordiana,32 untuk menghasilkan sebuah single baharu.

Menurut penyanyi yang lebih mesra disapa sebagai Nana ini, lagu yang berjudul Terus Mencintai tersebut adalah hasil ciptaannya yang ketiga selepas Seribu Janji dan Serikan Wajahmu.


Foto: IG Siti Nordiana
"Ia diinspirasikan daripada kisah cinta saya suatu masa lalu. Dengan siapa saya bercinta, tidak perlulah didedahkan," katanya kepada BH Online.

Lagu berentak pop balada itu nampaknya mendapat reaksi positif dari peminat yang rata-rata mengatakan liriknya penuh dengan makna yang tersirat.

Walau bagaimanapun, Nana tetap enggan berkongsi lanjut mengenai kisah percintaan tersebut, sebaliknya hanya mengatakan ia lebih bersifat rawak.


Foto: IG Siti Nordiana
Lagu tersebut sebenarnya sudah tertangguh selama setahun berikutan kesibukannya dengan pelbagai aktiviti seni.

"Dek kesibukan kerja seni saya, rakaman lagu terbabit asyik tertangguh saja. Kalau ada idea, saya akan terus merakamkannya dalam telefon bimbit. Alhamdulillah, lagu itu menjadi juga akhirnya."

Foto: IG Siti Nordiana
Apa-apa pun syabas kepada Nana kerana berjaya menghasilkan lagu yang cukup sedap dan mendapat tempat di hati peminat.

Semoga dapat menghasilkan karya-karya yang lebih baik di masa akan datang. -CARI

24

Bagus
19

Marah
25

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 12-3-2017 09:35 PM
sheols bukankah sedang hangat bercinta dgn zoey abdul rahman?

boya teragung kau zoey...datin kau nak, siti nana pun kau nakk
Quote kiah_mai_pulak 12-3-2017 09:37 PM
putehkundor replied at 12-3-2017 09:35 PM
sheols bukankah sedang hangat bercinta dgn zoey abdul rahman?

boya teragung kau zoey...datin ka ...

#terusmencintai konsepnyaaaaaa      
Quote masdiana-ana 12-3-2017 09:43 PM
Lagu nie bolehlah...kekalkan lagu stail lagu lama nana
Quote beta_carotene 12-3-2017 09:45 PM
apa cer single leman pasca GV hari tu tajuk Bukti Cinta?? Tak pop pun??

cc: @sepitsiput
Quote hyie 12-3-2017 09:47 PM
bebiasa je, lebih kepada bosan...x silap lagu ni ciptaan sepenuhnya oleh nana sendiri katanya, pasal kisah cinta sheols yang lepas2 gitew
Quote hanisbunny 12-3-2017 09:49 PM
I rase lg ni mcm lagu duet yg sesuai dgn arwah je..jns mmg lagu makanan genre theyols berdua
Quote mamakoya 12-3-2017 09:51 PM
nana ni sayang betoila..bakat ada tp xde killer song..semua biasa2 je
Quote Aizuzu 12-3-2017 09:54 PM
Sedap la lagu baru Dia tu
Quote kiah_mai_pulak 12-3-2017 09:58 PM
masdiana-ana replied at 12-3-2017 09:43 PM
Lagu nie bolehlah...kekalkan lagu stail lagu lama nana

Utk dgr2 ok lah., tp utk award material susah la sikit.,
Quote kiah_mai_pulak 12-3-2017 09:59 PM
Aizuzu replied at 12-3-2017 09:54 PM
Sedap la lagu baru Dia tu

Ok lah kan., ct nana n leman berpisah tiada.. Jgn nk fefeeling urban lah,, takpe, leman pun digilai pemenat jugak
Quote kiah_mai_pulak 12-3-2017 10:00 PM
mamakoya replied at 12-3-2017 09:51 PM
nana ni sayang betoila..bakat ada tp xde killer song..semua biasa2 je

Memori Berkasih tu kira killer song la tu., walaupun, tp tetap evergreen dan pilihan Utama di pusat2 karoke
Quote cipoot 12-3-2017 10:01 PM
Best giler lagu baru nana. Go go Nana. Abaikan je yg mengutuk tu
Quote kiah_mai_pulak 12-3-2017 10:02 PM
hyie replied at 12-3-2017 09:47 PM
bebiasa je, lebih kepada bosan...x silap lagu ni ciptaan sepenuhnya oleh nana sendiri katanya, pasal ...

Bolehlah nok,, mmg biasa tp Sedap didengar., Ohhh patutlah ada part tarik2 ala acik zena gitu.. Harap2 tercalon lah Anugerah Vokal Terbaik AIM nanti
Quote sepitsiput 12-3-2017 10:03 PM
beta_carotene replied at 12-3-2017 09:45 PM
apa cer single leman pasca GV hari tu tajuk Bukti Cinta?? Tak pop pun??

cc: @sepitsiput

meols masih belum kering merembes dgn lagu leman Shidi Hans Isaac Data berjodol Sayangku  
Quote makgetah 12-3-2017 10:04 PM
kiah_mai_pulak replied at 12-3-2017 09:59 PM
Ok lah kan., ct nana n leman berpisah tiada.. Jgn nk fefeeling urban lah,, takpe, leman pun digila ...

Kenape dgn leman cik kiah? Hakak tak paham  
Quote mimi77 12-3-2017 10:07 PM
putehkundor replied at 12-3-2017 09:35 PM
sheols bukankah sedang hangat bercinta dgn zoey abdul rahman?

boya teragung kau zoey...datin ka ...

biaq betoi
Quote kiah_mai_pulak 12-3-2017 10:09 PM
makgetah replied at 12-3-2017 10:04 PM
Kenape dgn leman cik kiah? Hakak tak paham

Ko ni nokkk jauh tertinggal sgt ni,. Ko muncul dari era zaman batu ke apa??  

Leman tu TokRam yg femes kan masa GV2.. Dia ckp kat ct nana ni sesuai lagu2 leman tp x sangka boleh nyanyi semua lagu.. Bagi je apa lagu, ct nana boleh je bawak.. Kosserrlahhh gigih la akak sexplain kat ko    
Quote DrReid 12-3-2017 10:10 PM
Sekarang kan musim lagu ala2 90 an. So aku rasa lagu Nana ni boleh jual. Go Nana leman
Quote kiah_mai_pulak 12-3-2017 10:10 PM
cipoot replied at 12-3-2017 10:01 PM
Best giler lagu baru nana. Go go Nana. Abaikan je yg mengutuk tu

Khuennnnn...  

Lihat semua komen(339)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.065180 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top