CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaum Hawa Sering Pokai Lepas Raya !

15-8-2013 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7941| Komen: 87

Description: Mereka Yang Berkemampuan Tiada Masalah. Namun Bagaimana Pula Golongan Yang Tak Berhemah Dan Terlalu Ghairah Untuk Memiliki Barangan Keperluan Raya?
Peruntukan kewangan antara bajet penting yang harus diutamakan ketika Syawal menjelma. Segala persiapan dari segi pakaian, peruntukan duit raya, kos perjalanan untuk pulang ke kampung, kos selenggara kenderaan hingga ke juadah makanan perlu diawasi dan dirancang dengan bijak.

Mereka yang berkemampuan tiada masalah. Namun bagaimana pula golongan yang tak berhemah dan terlalu ghairah untuk memiliki barangan keperluan raya?

Isu ini tidak timbul jika individu itu melakukan perancangan awal. Sebelum beli keperluan raya, perlu ‘beringat’ kesan buruk yang bakal berlaku jika boros dalam berbelanja.

Tak salah jika sakan membeli kerana raya hanya disambut setahun sekali, namun tak perlulah hingga memudaratkan diri selepas raya dengan hutang keliling pinggang. Bayang-kan kalau makan masa bertahun untuk dilunaskan?

Bahkan bukan saja keperluan penting yang dibeli malah perabot kabinet dan aksesori rumah turut ditukar yang harganya bukan ratusan ringgit tapi ribuan ringgit! Semua ini perlu guna duit ba-nyak, namun ia hak individu itu untuk berbelanja asalkan tak susahkan orang sekeliling. Orang kata, ukur baju di badan sendiri.


Kad kredit

Pernah tak terfikir beban dalam penggunaan kad kredit?  Benar kad kredit membantu masalah kita dengan sekelip mata tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli-belah tetapi ada kesan buruk bakal wujud, malah mengambil masa untuk selesaikan hutangnya.

Apabila sudah guna kad kredit hingga ‘tak ingat dunia’ maka hidup dalam bebanan apabila tak dapat langsaikan hutang. Justeru, pengguna disarankan tidak sesekali membawa kad kredit semasa keluar berbelanja agar dapat berbelanja dengan penuh hemah. Bayangkan penggunaan kad kredit berjumlah RM5,000 dan harus dilangsaikan hutang selama tujuh tahun. Beban yang belum tentu anda mampu menggalasnya.

Tak salah jika ada individu yang masih guna kad kredit asalkan segera bayar agar tidak ada caj tambahan yang dikenakan kerana lewat bayar.

Alternatif lain yang boleh dilakukan untuk elak pokai, arahkan pihak bank untuk letak had dalam perbelanjaan anda supaya -penggunaan kad kredit seterusnya tidak membebankan anda untuk membayarnya.


Elak sengkek

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada pokai selepas raya. Antaranya dapatkan Perancangan Kewangan Berdaftar (RFP) yang boleh bantu diri untuk laksanakan rancangan kewangan yang komprehensif.

Tidak semua orang tahu cara terbaik untuk simpan duit dan cara guna duit. Ada dua jenis individu apabila sebut berkaitan  duit iaitu orang yang boros berbelanja atau jenis jimat berbelanja.

Ada ketikanya mereka tak tahu cara penggunaan duit yang mampu jamin masa depan, jadi lantik perancang kewangan terutama apabila ada perniagaan besar.

Asingkan wang perbelanjaan yang penting ke dalam sampul berbeza dan nyatakan butiran tertentu di hadapan sampul agar lebih mudah untuk berbelanja. Kaedah ini antara yang terbaik boleh dilakukan agar diri tidak ‘terbabas’ berbelanja lebih.

Had perbelanjaan seperti tidak makan di luar, elak diri daripada beli makanan ringan yang membazir dan kurangkan langganan TV berbayar antara yang mampu anda lakukan. Bukan?


Pengaruh barang -promosi

“Seseorang itu jadi pokai lepas raya kerana tak rancang betul-betul barang apa yang nak dibeli dan barang promosi juga mampu beri pe-ngaruh kuat, daripada tak nak beli, terus beli.

“Akibat sikap itu, duit keperluan diri habis dan tak mampu nak tampung hidup selepas raya selain beban hutang terpaksa dilangsaikan segera.

“Sebelum buat keputusan untuk beli barang raya, asingkan duit untuk komitmen lain seperti kereta, bil, duit belanja mak ayah dan keperluan lain. Selepas itu, baki yang lebih baru bahagikan untuk beli barang keperluan raya dan selepas raya.

“Pokai sering terjadi kepada kaum hawa sebab wanita biasanya cenderung membeli-belah untuk sambut raya berbanding lelaki yang selalu pakai saja baju Melayu raya tahun lepas.

“Bayangkan perempuan tak sah kalau tidak ada tiga hingga empat pasang baju raya, tak termasuk aksesori lain seperti beg tangan dan kasut. Bagi yang sudah berkahwin semestinya inginkan keperluan untuk buat biskut raya dan perhiasan rumah yang lain,” kata Wan Nur Farah Najwa Wan Ahmad, 24,dari Kuala Lumpur.

Senaraikan perbelanjaan

Nur Yati Abdullah, 24 dari Perak berkata “Kalau tak bijak dalam berbelanja, akan mudah pokai dan bila tak beringat, akan beri kesan buruk untuk jangka masa panjang. Sebelum berbelanja, senaraikan barang yang ingin dibeli dan utamakan yang penting saja agar tidak boros.

“Islam melarang umatnya buat pembaziran sedangkan ada insan lain yang tak mampu dan hidup dalam kemiskinan.

“Berbelanjalah ketika perut tidak lapar agar diri tidak berbelanja lebih kerana bila dah keluar membeli-belah, pasti kita ingin makan di tempat yang mahal. Jadi elakkanlah,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/15



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 15-8-2013 09:27 AM
biar papa asal bergaya...
Quote mahmoode 15-8-2013 09:28 AM
lelaki pun ramai gak yang pokai lepas raya.....member aku punya la melaram masa shopping raya.....bajet utk beli mercun pun beratus2 gak...lepas raya mula la....bro tolong aku bro......puuuiiiiiihhh.....
Quote zehra2 15-8-2013 09:31 AM
org pompuan byk berbelanja masa nak raya, masa raya, masa lps raya sebabnya org lelaki mmg tak nak keluar duit belanja langsung..
tgk sepupu sepapat, bertungkus lumus menyediakan persiapan hari raya utk familynya..
suaminya buat tak tau.
Quote Herlina 15-8-2013 09:33 AM
Belanja kenala berhemat. Kalau rasa nak pakai baju baru berpasang2.. beli awal2..sikit demi sikit.
Bg saya semuanya sy sediakan awal esp tuk anak2. Tak payah nk tunggu last minute, tunggu kot2 majikan bagi bonus bagai.

Kuih muih.. beli ala kadar je.. lagipun bukannya tamu dtg nk makan biskut tu semua. Yang penting ada menu berat cam ketupat, rendang lemang bagai.

Kesimpulannya.. Alhamdulillah.. saya masih mampu tersenyum selepas raya. Belum lagi sengkek.
Quote pakwetizzaqyah 15-8-2013 09:37 AM
takpe DS Najib akan settlekan masalah ini pada bajet 2014..rilek je
Quote Innrukia 15-8-2013 09:39 AM
Artikel ni lebih tepat pada golongan wanita bergelar isteri
banyak tanggungan tu.... ai ok jer after raya
Quote saladin780 15-8-2013 09:39 AM
ye la tudung je dah berapa pasang, kalu boleh semua tona warna ada sehelai setiap satu..tu belum lagi masuk baju skirt baju kurung mekap kasut tinggi semua..blum lagi termasuk pakaian dalam termasuk coli n panties yg kalu bleh semuanya fresh dan baru untuk raya
Quote baby_pingu 15-8-2013 09:40 AM
aku tak pokai pun...still ada lagik balance lagik cos dah asing2 kan budget raya ngan budget harian biasa..
tapi budget utk duit raya dah abes licin
previous year selalunya ada la lebihan beberapa puluh hengget
maybe cos thn nih budget duit raya tak sebyk yg lepas2..

harini dpt gaji, so duit lebihan leh la masuk saving
Quote rospinki 15-8-2013 09:43 AM
buat apa la nk beraya sakan..mana yg patut udah ler

aku lepas raya senyum simpol je..walo raya taun ni xde bonus watsoever...
Quote asudau 15-8-2013 09:53 AM
tu dia...
semua tudung2 fareeda yang dibeli boleh dijual preloved..haha
Quote cmf_rambutan 15-8-2013 09:55 AM
bukan selalu raya.. apa salahnya pokai setahun sekali..... bergumbira
Quote lurve82 15-8-2013 09:56 AM
Xde la pokai...tp belanja lebih la dr biasa...utk anak2 je yg lebih...mak sepsg je dh cukup...sunat kan pki bj baru pg raya...sepasg cukup la...hr lain pki bj lama je...
Quote seeriesagain 15-8-2013 09:58 AM
Bukan semua pompuan camtu. Kalu dah mmg sjak azali suka boros, bukan time raya pun xda duit memanjang...
Quote lizaliza 15-8-2013 10:08 AM
kaum hawa pokai pun sebab kome jugak...
camana tak pokai...beli baju murah, kome khabar tak lawo,
pakai leptik seringit dua kupang yang juai kat kedai maiden, dah bibior merekah..
dah tengok dah rhupa cam mulut pokka..
so terpaksa ler keluar duit banyak nak melawakan diri, jaga penampilan
untuk sape...kome ler jugak
supaya laki tak cari lain, tak pandang ke orang lain...
untuk sapa semua ni....khabor mari untuk siapa????
Quote alladeen 15-8-2013 10:10 AM
aku ok je...duit raye tahun neh x brape laku sgt

thun2 lepas aku yg sediakan duit raye nk bg kt bebudak yg dtng

thun neh abah pulak bermurah ati nk bgi

so duit lebihan tu bleh menambahkan bajet aku yg dh sedia ada
Quote biggirlduncry 15-8-2013 10:11 AM
alhamdulillah, gaji bulan lepas pun asih ada lagi...
Quote alepmama 15-8-2013 10:19 AM
org pmpuan lebih konsen ok
lelagi yang bergelar mak mak ni
kalau kami x bantu kom adam
sapa lagi mau bantu
Quote duyong95 15-8-2013 10:23 AM
aku x penah beli baju raya...aku pakai baju kurung pegi opis ja
Quote merak7118 15-8-2013 10:23 AM
Bergantung pada cara kita berbelanja...bg aku & hsbnd, persiapan raya mcm bj raya kami & anak2 beli awal sikit2...lg pn bj anak2 kan selalu beli baru so time raya pakai je xder masalah....pas raya ni xder lah masalah kewangan, bunus aku pn x sentuh lagi dan duit gaji masih berbaki...

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.128070 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top