CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Kredit Telefon Bimbit Dipotong, Lelaki Mengganas Di Premis DIGI

14-3-2017 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11398| Komen: 107

Description: Berikut bengang jumlah kredit telefon bimbitnya dipotong oleh syarikat telekomunikasi DIGI, seorang lelaki berusia 30 tahun mengamuk di dua pusat khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi petan ...

Berikutan bengang jumlah kredit telefon bimbitnya dipotong oleh syarikat telekomunikasi DIGI, seorang lelaki berusia 30 tahun mengamuk di dua pusat khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi petang kelmarin.


Kejadian berlaku di Sibu, Sarawak kira-kira 1.45 petang, suspek yang menggunakan kayu golf bertindak memecahkan pintu kaca pusat khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Wong King Huo, sebelum merosakkan beberapa telefon bimbit dipamerkan.

Lelaki itu kemudian memecut kenderaannya ke sebuah lagi pusat khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi sama di Jalan Keranji dan memecahkan pintu hadapan premis berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas kejadian tersebut berlaku, pihak DIGI memaklumkan hasil tindakan mengganas lelaki tersebut telah mengakibatkan seorang pengawal keselamatan cedera dan jumlah kerugian yang dialami dianggarkan lebih RM30,000. 

Polis berjaya menjejaki suspek yang bekerja di sebuah pusat hiburan dan menahannya di sebuah lokasi di Jalan Belian pada jam 5 petang semalam. Kayu golf yang digunakan untuk merosakkan premis itu juga turut dirampas.

Suspek direman mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan melakukan ugutan jenayah serta perbuatan khianat. 

Jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.





Loading FB Video...
5

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 13-3-2017 11:29 PM
Digi pun sial ye perangai. I asyik kena dgn celcom. Call komplen pun kna caj jugak. Skrg mls nk reload. Syg nombor cantik tp asyik kna rompak. Meluat btul. Bru fikir nk tukar ke digi. Cancel la cmni.
Quote Decaffeinated 13-3-2017 11:31 PM
terima kasih kepada yang mengamuk itu.....

semoga anda dicucuri rahmat.....

Quote WhiskeyScotch 13-3-2017 11:34 PM
Sekali hayun bersepai terus. Marah sangat tu!!!
Quote pearl.silver 13-3-2017 11:39 PM
Aik
Dulu penah ada cerita customer ngamuk ni
Kat digi juga kan
Ke cerita sama ulang tayang?
Quote edee_91 13-3-2017 11:43 PM
ni aku nak tanya. telco lain selain digi dia bagi tak line 4G untuk pengguna prepaid? sebab digi tak bagi. sial punya digi.
Quote CiliPadiSedap 13-3-2017 11:53 PM
nasib baik p1 wimax tiada cermin akak kena ctos sampai xboleh flight luar negara..  7 keturunan akak boikot p1wimax dan webe
Quote chazey 14-3-2017 12:03 AM
Ngamuk je. Akak sokong sangat.
Quote mjla 14-3-2017 12:06 AM
Tu makan dia.
Tu baru sorang yg tunjuk gila.
Untung billion dgn tipui org.

Quote TuntungReturn 14-3-2017 12:18 AM
aku dh kena ngn digi, dia antar sms ckp aku langgan apa ntah, rm5 seminggu kene potong. trus aku antar email ke kt call centre,dia bleh ckp pa" encik kena tamatkan langganan tersebut, kami xleh nk batal." wtf? terang2 msg tu dri digi. :::.. sepatotnya dia la batal sebab benda tu dri dia. ade ke suruh customet batal:
Quote Skuau 14-3-2017 01:02 AM
edee_91 replied at 13-3-2017 11:43 PM
ni aku nak tanya. telco lain selain digi dia bagi tak line 4G untuk pengguna prepaid? sebab digi tak ...

Celcom ada....
Quote PongKang 14-3-2017 01:07 AM
company aku baru tuka digi dr maxis.. mmg choi!! aku rindukan maxis..
susah betul guna digi kalo keje kat luar.. maxis the best! roaming xde hal..
Quote idakamaruddin 14-3-2017 01:08 AM
CiliPadiSedap replied at 13-3-2017 11:53 PM
nasib baik p1 wimax tiada cermin akak kena ctos sampai xboleh flight luar negara..  7 keturunan ...

aik kaka sampai mcmtu sekali ke? knp smpi blacklist xleh keluar negara? pelik nye

Quote Andyscenes 14-3-2017 01:34 AM
CiliPadiSedap replied at 13-3-2017 11:53 PM
nasib baik p1 wimax tiada cermin akak kena ctos sampai xboleh flight luar negara..  7 keturunan ...

Sy kene criss je p1 sbb x byr.
Quote Andyscenes 14-3-2017 01:35 AM
idakamaruddin replied at 14-3-2017 01:08 AM
aik kaka sampai mcmtu sekali ke? knp smpi blacklist xleh keluar negara? pelik nye

Tu yg pelik...
Quote all-dajal 14-3-2017 01:59 AM
bongok....... buat aduan kat SKMM laa   
Quote zwaty 14-3-2017 09:32 AM
aq pun kena ngn celcom dulu betulla tu,,,Rm4 stiap sms...sms apantah beratus aq kena...konghajo
Quote highcastle 14-3-2017 09:36 AM
Padan muka............Aku baru 2 bulan lepas kena.......... setiap kali topup mesti ilang RM4........ Last2 aku call Digi baru ok............
Quote kecimpret 14-3-2017 09:38 AM
edee_91 replied at 13-3-2017 11:43 PM
ni aku nak tanya. telco lain selain digi dia bagi tak line 4G untuk pengguna prepaid? sebab digi tak ...

celcom ada jerrr
Quote sebu 14-3-2017 09:49 AM
Rm4 sehari. Gile. Senang crite semue boikot digi.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054852 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top