CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Selam India Meletup !

15-8-2013 09:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5128| Komen: 15

Description: Mumbai - Seramai 18 Kelasi Sebuah Kapal Selam Berkuasa Diesel Milik Tentera India Dikhuatiri Mati Apabila Ia Meletup Di Sebuah Limbungan Di Sini Semalam.

GAMBAR rakaman video amatur menunjukkan kebakaran yang berlaku di Limbungan Kapal Tentera Laut India di Mumbai awal semalam.- AFP

MUMBAI - Seramai 18 kelasi sebuah kapal selam berkuasa diesel milik tentera India dikhuatiri mati apabila ia meletup di sebuah limbungan di sini semalam.


Kapal selam INS Sindhurakshak yang kembali ke India kurang setahun lalu selepas diubah suai di Rusia turut tenggelam dalam kejadian itu.
Insiden berlaku beberapa hari selepas New Delhi memuji pelancaran kapal induk pertama buatan domestik dan ujian pelayaran kapal selam nuklear keluaran India.


Rakaman video amatur oleh seorang saksi menunjukkan satu letupan besar berlaku di limbungan tentera laut itu sejurus selepas tengah malam.
"Punca letupan belum diketahui," kata jurucakap tentera laut, Narendra Kumar Vispute.


Menurutnya, sekumpulan penyelam telah dikerahkan bagi mencari kru berkenaan sebaik sahaja api dipadamkan.


"Saya berasa sedih berhubung kehilangan nyawa anggota tentera semasa mereka berkhidmat untuk negara," kata Menteri Pertahanan, A.K. Antony.
Pada Februari 2010, INS Sindhurakshak pernah terbakar semasa berlabuh di bandar Visakhapatnam, selatan India. Seorang kru maut dan dua lagi cedera dalam kejadian itu.


Terdapat kebimbangan letupan itu akan merosakkan beberapa kapal lain di limbungan tersebut.


Dalam perkembangan berkaitan, pihak tentera telah mengarahkan satu siasatan dilancarkan berhubung insiden tersebut.
Dibeli dari Rusia dan beroperasi pada 1997, INS Sindhurakshak kurang kelengkapan keselamatan moden seperti yang terdapat pada beberapa model baharu.

p/s kiranya tak bole menyelam lebih baik daripada meletup !






9

Bagus
22

Marah
15

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mahmoode 15-8-2013 09:08 AM
kapal selam zaman dinosor pun masih gigih lagi digunakan.....
Quote gogo2 15-8-2013 09:11 AM
kalau kapal selam nuclear meletup, alamat byklah yg mati
Quote artcrime 15-8-2013 09:12 AM
ape lagi? ni nak bawak pi makamah mano lak?
Quote kenari2101 15-8-2013 09:15 AM
sebelum hentam sana sini terfikir tak di otak tu yg bhawanya mungkin kapal tu sengaja diletupkan?
maklumlah selama ni negara mana yg buat kapal selam2 tu?
tetiba india declare dia berjaya buat kapal selam domestik!
Quote kudajantan77 15-8-2013 09:43 AM
susah nak kenalpasti mayat tu rentung atau tidak ...
Quote AbukRokok 15-8-2013 09:54 AM
kenari2101 posted on 15-8-2013 09:15 AM
sebelum hentam sana sini terfikir tak di otak tu yg bhawanya mungkin kapal tu sengaja diletupkan?
m ...

Syiah Iran Tentera dajjal lahenatullah pun reti buat kapal selam kecil sdrik domestik lagi tu


Quote AdamBillionaire 15-8-2013 09:54 AM
aisyhwara rai selamat tak? harap selamat?
Quote zorrro_03 15-8-2013 10:19 AM
AdamBillionaire posted on 15-8-2013 09:54 AM
aisyhwara rai selamat tak? harap selamat?

ko nak buat apa?  minah tu dah gumuk gedempol dah skg ni...  
Quote don_quixote 15-8-2013 10:29 AM
banyak sangat body kapal selam tu disepuh dgn kari masala sebab tu panas dan terbakar...
Quote skymania 15-8-2013 10:44 AM
nasib baik malaysia punyer takleh menyelam jeh.. kalu terbaka.. masaklah...
Quote lipans 15-8-2013 12:00 PM
zorrro_03 posted on 15-8-2013 10:19 AM
ko nak buat apa?  minah tu dah gumuk gedempol dah skg ni...

Sebab aisywarya rai gemuk gedempol la kapal selam tu meletup.
Quote Simunggu 15-8-2013 01:34 PM
alah...mat salleh/jepun/korea/china nak buat banyak benda dah terbakar/meletup dah ber dozen dozen...tak heran lah kalau nak maju...tak cuba mana nak tahu...asyik asyik takut...
Quote bluezink 15-8-2013 02:03 PM
sapa la kasik kentot keluar banyak gas garam masala dlm submarine itu,extracfan coil tak function ka??kan da meletop masok ni dah bnyak kali da submarine india neh meletop bila time mereka charge bateri subamrine kat visakhapatnam dock.
Quote munchkin 15-8-2013 02:04 PM
takziah kepada kapal
Quote PersonaGerek 23-8-2013 02:17 PM
meletup kire ok ler tau lagi status depa....kalo tengelam x timbul2 cam plak....Kapal Selam US...dah bersepah2 tengelam x timbul2...status hidop mati pon x tau

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.168841 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top