CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Nyaris Tenggelam Bersama Kereta Dalam Banjir Kilat

16-3-2017 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7711| Komen: 31

Description: Keadaan cemas apabila seorang wanita mendapati keretanya tiba-tiba tenggelam dalam banjir kilat yang melanda tepi lebuh raya Sprint, kelmarin.
Keadaan cemas apabila seorang wanita mendapati keretanya tiba-tiba tenggelam dalam banjir kilat yang melanda tepi lebuh raya Sprint, kelmarin.

Malay Mail online bagaimanapun melaporkan Siti Hajar Ibrahim, 30, yang juga merupakan pakar teknologi makmal bernasib baik kerana berjaya keluar dari keretanya yang terperangkap dalam air di hadapan kelab golf Bukit Kiara.



Foto: Malay Mail

Wanita itu memutuskan untuk menggunakan laluan di bawah lebuh raya itu kerana menyangka paras air masih rendah dan selamat untuk dilalui keretanya.

“Enjin kereta saya tiba-tiba mati dan ketika saya mahu menghubungi ejen insurans, air mulai masuk,” katanya kepada Malay Mail.


Menurut Siti Hajar, sukar untuk dia membuka pintu keretanya dek kerana tekanan air yang semakin tinggi, namun berjaya selepas beberapa kali berusaha.

“Saya sempat mencapai telefon saya dan sebaik sahaja keluar kereta, air sudah mencecah paras pinggang,” katanya.

“Saya keluar dari kereta dan berteduh di bawah lebuh raya berkenaan pada jam 5.51 petang dan pada jam 6.06 petang, ia sudah tenggelam," katanya.

Laluan terbabit merupakan laluan harian Siti Hajar untuk pulang ke rumahnya di Ukay Perdana, Hulu Kelang dari tempat kerjanya di Jalan Persiaran Barat.

Kira-kira jam 7.30 malam apabila hujan sudah reda, Siti Hajar mendapati keretanya sudah hanyut beberapa meter dan rosak teruk akibat banjir kilat itu. - CARI
2

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
17

Sedih
8

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 16-3-2017 09:20 AM
PETALING JAYA, March 16 ― The downpour on Tuesday nearly left a woman’s car submerged in a flash flood with her alone in it on the Sprint Highway.

Lab technology specialist Siti Hajar Ibrahim, 30, was on her way home from work at about 7pm when she encountered the flood.

“The water level was low and I told myself let’s just get past this stretch,” she said.

“My car engine suddenly died and as I was about to call my insurance agent, water started seeping inside.”

Siti Hajar attempted to open the door but to no avail.

“I tried a few times and finally managed to open it. I grabbed my handphone and as soon as I was out of my car, the water was up to my waist,” she said.

“Safety was my only concern.”

Siti Hajar left her personal belongings — handbag and accessories — behind and headed for the nearest shelter under the Sprint Highway flyover.

In 15 minutes,  her car was under water in the blink of an eye.

“It all happened so fast. In 30 seconds, the water level went from below my knees to my waist,” she said.

“I came out of the car at 5.51pm and by 6.06pm it was nowhere to be seen.”

Siti Hajar, who works at an office in Jalan Persiaran Barat, said the route she took was the quickest way home.

“I live in Ukay Perdana and my drive back during peak hours takes about an hour. I got home yesterday at midnight,” she said.

When the rain stopped and the water level subsided at 7.30pm, she headed back to her car which was badly damaged.

“The car appeared to have some minor knocks and ended up a few metres from where it had stalled,” she said.

“I grabbed my belongings and waited for my husband to fetch me.”

The total damage to her Proton Persona has not been ascertained but Siti Hajar is glad her nightmare is over.

“If I reacted a few seconds later, it might have been worse,” she said.

Heavy rain on Tuesday evening flooded parts of Kuala Lumpur and Petaling Jaya, brining traffic to a halt.

The Spring Highway-Jalan Dato Abu Bakar intersection was one of the worst affected, besides Jalan Sultan Ismail, Jalan Pantai Baru and several stretches along the Federal Highway.

The water at most areas was less than 1m deep but the Sprint Highway-Jalan Dato Abu Bakar underpass saw the level rising to more than a metre high.

http://www.themalaymailonline.co ... reon-sprint-highway
Quote insulin 16-3-2017 09:22 AM
Kasihan. Semoga dia ada ambil insuran kenderaan meliputi banjir sebelum ini.
Quote pearl.silver 16-3-2017 09:23 AM
Kt pantai timur dah nk kemarau
Quote ell768 16-3-2017 09:25 AM
phobia tgk banjir mcm tu...pernah kene sekali..huhuhu
Quote myakayina 16-3-2017 09:41 AM
mujur sheols dapat selamatkan diri.. pintu kereta tak boleh buka kalau dah tenggelam mcm tu..minta dijauhkan kita semua dgn kejadian mcm ni..
Quote aikee04 16-3-2017 09:47 AM
Hujan sana.....sini panas
Banjir sana.....sini kering....walaupun tinggal dalam satu daerah
Quote kaspar0v 16-3-2017 09:54 AM
hujan? tempat aku kemain panas, baru basuh kereta dah berdebu balik. tanah kering
Quote prettyuglybabe 16-3-2017 09:57 AM
kasihan.. lepas ni klu nampak air bergenang no way nak main lalu je..
Quote rosasa 16-3-2017 09:57 AM
saja nak tanya, kenapa dia call insurans agent dulu?  
Quote chinta89 16-3-2017 10:00 AM
sebbaik kan..
Quote idakamaruddin 16-3-2017 10:16 AM
rosasa replied at 16-3-2017 09:57 AM
saja nak tanya, kenapa dia call insurans agent dulu?

perempuan..mgkn tu je dia pikir dulu kot


Quote kenarikelabu 16-3-2017 10:21 AM
Lembah Kelang skg boleh dikatakan kerap pulak hujan. BIla lebat tu, mmg risau la....takut banjir kereta tersangkut.
Quote kecimpret 16-3-2017 10:26 AM
salah wan azizah la ni sprint hway banjir



Quote Mary_jane 16-3-2017 01:31 PM
Hari ni lembah klang hujan disesetengah kawasan. Jem mak oi. I pun seram lah banjir kilat ni.
Quote Modngengade 16-3-2017 01:36 PM
smart tunnel tak berfungsi ker sis? atau rainfall intensity haritu very unusual?
Quote ~boolean 16-3-2017 01:45 PM
Dia ambil handphone berbanding purse yang ada IC, lesen memandu dan lain-lain...

Warga kita dan handphone berpisah tiada

Quote airfilterkotor 16-3-2017 02:55 PM
Tapi Tok Nan cakap mengambil contoh kebanjiran ini (lembah klang) berpunca dari longkang jenis lama yang tidak dihupgred dan tidak lagi mampu untuk menampung jumlah isipadu air apabil hujan turun dengan lebat.

Dia katalah....

Quote catalina 16-3-2017 03:24 PM
hujan sampai banjir kat sana yer

sini punya ler panas mengeleding
Quote mummy75 16-3-2017 03:28 PM
Modngengade replied at 16-3-2017 01:36 PM
smart tunnel tak berfungsi ker sis? atau rainfall intensity haritu very unusual?

hari kejadian tu mg hujan terlalu lebat...mcm ribut pun ada gak..hujan dgn angin kuat

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.360985 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top