CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demi Menambahbaikkan Kemudahan Awam KL, DBKL Sediakan Zon Khas Motosikal

17-3-2017 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5053| Komen: 32

Description: Dalam usaha untuk menambah baik kemudahan awam di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewujudkan sebanyak tiga kawasan Zon Khas Motosikal di Lampu Isyarat.
Dalam usaha untuk menambah baik kemudahan awam di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewujudkan sebanyak tiga kawasan Zon Khas Motosikal di Lampu Isyarat.


Memetik laporan Bernama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, kemudahan itu bagi memberi keselesaan kepada warga kota khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki ketika berada di laluan lampu isyarat.

Menurutnya, sebagai permulaan, tiga jalan telah dipraktikkan iaitu di persimpangan Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

“Kemudahan ini dibuat khas bagi menjamin keselamatan penunggang motosikal dan pejalan kaki di samping mengelakkan motosikal berada di lorong antara kenderaan lain seperti kereta, lori dan bas."

“Zon khas ini juga mampu menempatkan lebih 20 buah motosikal dalam satu-satu masa dan ia dilihat lebih kondusif serta selamat.”

 
Dalam pada itu, Mhd. Amin Nordin berkata, DBKL akan mengenal pasti beberapa lokasi lain untuk diwujudkan zon khas tersebut.

Menurutnya, mengikut pe-rancangan zon ini mahu diwujudkan untuk satu jalan dalam tempoh sebulan tetapi beberapa perkara perlu dipertimbangkan.- CARI

sumber foto: http://malaysiaaktif.my



2

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
29

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cancer_files 16-3-2017 09:54 AM
Makin mirip Indonesia dah...




Quote chinta89 16-3-2017 09:58 AM
gmbr last ak terpikir kenapa mcm tu. owh ye, motor.
Quote boogeese 16-3-2017 10:35 AM
owh jadi konsepnya motosikal yang masih jauh di belakang mesti menyelit2 antara kereta, bas dan lori untuk ke petak ni sementara tunggu lampu hijau?
Quote Emperor95 16-3-2017 10:37 AM
Sesuatu pembaharuan yang sedang dilaksanakan.
Quote lalala22389 16-3-2017 10:39 AM
boogeese replied at 16-3-2017 10:35 AM
owh jadi konsepnya motosikal yang masih jauh di belakang mesti menyelit2 antara kereta, bas dan lori ...

habis ko ingat motor tu yg kecik nak kena beratur belakang kereta buat bertambah jem lagi jalan sementara nak tunggu lampu hijau??abes selama ni motor tak menyelit nak elak jem??ke motor yg punca jem kat malaysia ni??susah la camni kalau semua benda ko nak condemn
Quote Andyscenes 16-3-2017 10:49 AM
boogeese replied at 16-3-2017 10:35 AM
owh jadi konsepnya motosikal yang masih jauh di belakang mesti menyelit2 antara kereta, bas dan lori ...

Kau nak sepuluh buah moto tggu trafic light depan kete kau ke? Bia jalan makin jem ??
Quote ra5101 16-3-2017 10:50 AM
kalau lampu hijau yang sekejap jer, rasanya 1-2 buah kereta jer yang boleh lepas. Silap-silap sebuah kereta pun xlepas.
Quote gujiwa 16-3-2017 11:05 AM
aku rasa good job utk buat area KL.
Quote kentel 16-3-2017 11:09 AM
ra5101 replied at 16-3-2017 10:50 AM
kalau lampu hijau yang sekejap jer, rasanya 1-2 buah kereta jer yang boleh lepas. Silap-silap sebuah ...

takde masalah pun kalau mentaliti org msia ni standby utk green light..masalah orang2 kita ni, sampai traffic light pun boleh letak gear parking..lepas tu hijau baru nak tukar gear lah, baru nak masuk gear jalan la..time tu ada jugak yang dok balas whatsapp lah..

cuba kalau depa standby utk jalan by the time it's green light...takda masalah flow pun sbenarnya...
Quote minahmanja 16-3-2017 11:26 AM
kentel replied at 16-3-2017 11:09 AM
takde masalah pun kalau mentaliti org msia ni standby utk green light..masalah orang2 kita ni, sam ...

siggy kauuu  
Quote zamzam 16-3-2017 11:27 AM
baguss...aku setuju. sila  buat di seluruh malaysia
Quote kentel 16-3-2017 11:35 AM

nape mcm kenal eh???
Quote namirulmukminin 16-3-2017 11:53 AM
cancer_files replied at 16-3-2017 09:54 AM
Makin mirip Indonesia dah...

Yaaahhh.. indon mesti bangga kita tiru dia...
Quote palmolive 16-3-2017 12:04 PM
boogeese replied at 16-3-2017 10:35 AM
owh jadi konsepnya motosikal yang masih jauh di belakang mesti menyelit2 antara kereta, bas dan lori ...

memang tak nah bawak motor kt jalan raya ni...

kalo naik motor nak beratur belakang kete, bas...jawabnya makan asap bas la..

baik takyah
Quote palmolive 16-3-2017 12:06 PM
lalala22389 replied at 16-3-2017 10:39 AM
habis ko ingat motor tu yg kecik nak kena beratur belakang kereta buat bertambah jem lagi jalan se ...

bawak kereta gajah masuk bandar even drive sorang pun takder org bising...

tak tau naper org berbulu sgt dgn org bwk motor nie
Quote surwanis 16-3-2017 12:08 PM
elok klu kete masuk dlm ruang motor tu adela alarm ke hape kan
mcm aku ritu masuk lam petak kunin...haha
siap ade sore pompuan bg amaran...
huhu
Quote minahmanja 16-3-2017 12:51 PM

biasa bab andartu ni ipan je yg suke.. hahahaha...
Quote boogeese 16-3-2017 12:55 PM
lalala22389 replied at 16-3-2017 10:39 AM
habis ko ingat motor tu yg kecik nak kena beratur belakang kereta buat bertambah jem lagi jalan se ...

Nak cepat pun keselamatan kena jaga bro...
Aku cukup seriau tengok motosikal menyelit celah lori. Belum sempat habis potong lori dah jalan...
Quote zorrro_03 16-3-2017 01:10 PM
so sensor kena re align semula lah ye.  kos lagi situ.  tapi bagus juga utk kebaikan penunggang motor.  

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.095267 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top