CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kegagalan Brek, Bas Terpaksa Rempuh Laluan Kereta Di Plaza Tol

17-3-2017 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4727| Komen: 29

Description: Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad menjelaskan bas yang bergerak laju bersebelahan kereta yang sedang melakukan transaksi tol semalam, tidak mempunyai pilihan berikutan kegagala ...

Susulan Rabu lalu terdapat satu rakaman video tular di YouTube menunjukkan sebuah bas bergerak laju melalui lorong yang sama dengan sebuah kereta yang sedang menjelaskan bayaran tol di sebuah plaza tol.


Dalam video berdurasi 10 saat itu, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan berlaku.



Sehubungan itu, memetik laporan Bernama kelmarin Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad tampil menjelaskan bas yang bergerak laju bersebelahan kereta yang sedang melakukan transaksi tol itu, tidak mempunyai pilihan berikutan kegagalan brek.

Jurucakap Anih Berhad berkata kejadian di Plaza Tol Temerloh, pada pukul 3.15 petang Rabu lalu adalah insiden yang tidak dapat dielakkan.


"Kejadian dipercayai berlaku kerana bas itu mengalami kegagalan brek menyebabkan pemandunya tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan ruang bersebelahan  kereta itu."

Sehubungan itu, Anih Berhad turut menasihatkan semua pemandu khususnya kenderaan berat untuk sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.- CARI




1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 17-3-2017 10:46 AM
Baguslah. Si pemandu bas tidak membiarkan bas dipandunya menghentam kereta merah itu.
Quote kaktomdua 17-3-2017 10:54 AM
insulin replied at 17-3-2017 10:46 AM
Baguslah. Si pemandu bas tidak membiarkan bas dipandunya menghentam kereta merah itu.

kan....


Quote krustykrab 17-3-2017 10:54 AM
Susulan Rabu lalu terdapat satu rakaman video tular di YouTube menunjukkan sebuah bas bergerak laju melalui lorong yang sama dengan sebuah kereta yang sedang menjelaskan bayaran tol di sebuah plaza tol.


semoga wartawan cari berusaha lebih lagi di masa depan agar perkataan dan ayat tu betul ....

**cintailah bahasa kita
Quote prettyuglybabe 17-3-2017 10:55 AM
buat kenduri kesyukuran la kereta merah tu..
Quote kaktomdua 17-3-2017 10:56 AM
prettyuglybabe replied at 17-3-2017 10:55 AM
buat kenduri kesyukuran la kereta merah tu..

kan....


Quote gujiwa 17-3-2017 10:57 AM
sikit je lagi nak kena..
huhuhuhu
Quote kaktomdua 17-3-2017 11:00 AM
gujiwa replied at 17-3-2017 10:57 AM
sikit je lagi nak kena..
huhuhuhu

kan...miss satu inci saja.


Quote cocorex 17-3-2017 11:13 AM
Itu la pentingnya utk ada tol booth yg besar kt belah kiri supaya senang driver2 yg ada masalah brake mengelak dari kejadian buruk..syabas buat pemandu bas
Quote jofizo 17-3-2017 11:15 AM
tahniah pemandu bas tu sbb berusaha mengelak drpd berlaku kejadian yg lebih buruk kalau melanggar kete merah tuh

kalau final destination, drebar kete merah tu still masih blm selamat..... huhuhu
Quote crossfire 17-3-2017 11:16 AM
habis tu masalah brek, BAS tu bhenti di MANA,
Dalam sungai PAHANG ker.....
Quote pearl.silver 17-3-2017 11:20 AM
Sooo apa nama syarikat bas itu?
Iols nk bli tiket bas balik KL ni
Quote jengkoil 17-3-2017 11:26 AM
Brp nomor plat bas tersebut?

Quote jengkoil 17-3-2017 11:27 AM
Bila wartawan cari LTS nk letak gambar profile cam wartawan cari ADIB?
Quote amyza 17-3-2017 11:38 AM
Laju betul bas tu
Quote kasibiman 17-3-2017 11:43 AM
Bas dah tentu transnational ikut kaler numbing tu. Apahal pon pokcit bas tu terror Gila siottttt tak hentam Kete tu
Quote kasibiman 17-3-2017 11:43 AM
Kaler bumbung. Godem otokorek
Quote mawarika 17-3-2017 11:47 AM
Takde brek camne tu... mati la nak... kalau jalan turun bukit..
Quote Mary_jane 17-3-2017 01:44 PM
Pantang maut sebelum ajal betul driver kereta merah.
Quote mejaputih 17-3-2017 01:54 PM
crossfire replied at 17-3-2017 11:16 AM
habis tu masalah brek, BAS tu bhenti di MANA,
Dalam sungai PAHANG ker.....

saya pun tertanya-tanya..kegagalan brek ni boleh berlaku secara tiba2 ke? cth semasa awal2 perjalanan kita memandu ok je brek tapi tiba2 sampai kat satu tempat ni kita tekan brek tak makan...mmg mcm tu ke? kalau mcm tu takut juga ye...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062628 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top