CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Enjin Mati Di Jalan

15-8-2013 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6486| Komen: 35

Description: Kuantan - Seorang Penunggang Bernasib Malang Apabila Enjin Motosikalnya Tiba-Tiba Mati Di Tengah Jalan Sebelum Dirempuh Sebuah Kereta Dalam Kemalangan Di Kilometer 19, Jalan

Hiasan..


KUANTAN - Seorang penunggang bernasib malang apabila enjin motosikalnya tiba-tiba mati di tengah jalan sebelum dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Simpang Kerayong- Maram dekat Bera, kelmarin.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat rempuhan itu selepas tercampak bersama motosikalnya ke tepi jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Roslan Mat Amin, 41, berasal dari Felda Tementi, Triang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bera 32.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim dalam kenyataannya berkata, mangsa yang menunggang bersendirian dalam perjalanan dari arah Mayam menghala ke Simpang Kerayong.

Menurutnya, ketika tiba berhampiran lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta Proton Iswara dipandu seorang lelaki.

“Laluan itu agak berbukit dan mangsa dipercayai cuba memotong dalam keadaan agak laju.

“Nasibnya kurang baik apabila enjin motosikalnya tiba-tiba mati di tengah jalan sebaik sampai di puncak laluan berbukit itu,” katanya.

Mohamed Fauzi berkata, pemandu kereta yang dipotong mangsa sebelum itu gagal mengelak lalu terlanggar bahagian belakang motosikal mangsa.

“Akibat pelanggaran mangsa tercampak jatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun mangsa gagal diselamatkan selepas disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.

Punca sebenar kemalangan di luar Ops Selamat itu masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


6

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AdamBillionaire 14-8-2013 06:34 PM
adam pernah alami. punca minyak hitam bocor. masuk gear 3 motor mati..
Quote roblucci 14-8-2013 06:55 PM
AdamBillionaire posted on 14-8-2013 06:34 PM
adam pernah alami. punca minyak hitam bocor. masuk gear 3 motor mati..

nanti kena lahar dgn Peyno
Quote Acong 14-8-2013 07:39 PM
AdamBillionaire posted on 14-8-2013 06:34 PM
adam pernah alami. punca minyak hitam bocor. masuk gear 3 motor mati..

takziah...........
Quote cmf_rambutan 14-8-2013 07:43 PM
kata punca sebenar masih dlam siasatan.... tp cakap sbb mati enjin... kira ini kisah sebelah pihak ajelah... yg kena langgar dah meninggal.. tak boleh nak citer apa dah...
Quote sushi232 14-8-2013 09:26 PM
mungkin kah ada unsur mistik
Quote rawahah 14-8-2013 09:26 PM
takziah.. pastikan kondisi kenderaan anda dalam keadaan tip top.. belilah preve
Quote Maideen. 14-8-2013 09:31 PM
Very the skeri kalau engine tetiba mati.  Kalau orang suka restore kereta lama inilah kerisaun mereka. Volvo kalu kena tukar dia punya fuel pump relay selalunya.
Quote lolipopmanish 14-8-2013 09:33 PM
takziah la
Quote mute 15-8-2013 09:21 AM
enjin enjin...time tu lah nak mati...
Quote myakayina 15-8-2013 09:34 AM
macam mana enjin bole tetiba mati ?
Quote supernaturalee 15-8-2013 09:40 AM
blik dr kg aritu 1st time kete berasap gara2 stuck dlm jam kt tjg karang
panik nye psl, terus matikan enjin tgh jalan!
tp. dan dan tu psg lampu kecemasan
kot igt keluar api & terbakar, kan
seb baik org belakang xhentam


big lesson, klu kete berasap, slow down, hidupkan lampu kecemasan dan berhenti di kwsn lapang atau tepi jalan
Quote haryatie 15-8-2013 09:41 AM
innalillah...
Quote prettyuglybabe 15-8-2013 09:49 AM
takziah...

Quote kelana36 15-8-2013 09:56 AM
fuel starvation boleh buat engine mati tiba tiba...  
engine mati at the wrong place and wrong time..  memang susah orang belakang nak avoid..
Quote zorrro_03 15-8-2013 09:57 AM
AdamBillionaire posted on 14-8-2013 06:34 PM
adam pernah alami. punca minyak hitam bocor. masuk gear 3 motor mati..

alfatihah utk mangsa.

takkan cbr650 pun mati tgh jalan gak...
Quote AdamBillionaire 15-8-2013 09:59 AM
zorrro_03 posted on 15-8-2013 09:57 AM
alfatihah utk mangsa.

takkan cbr650 pun mati tgh jalan gak...

cengkadak hang.

aku naik ex5 je. pg joging kt stadium.. nasib baik ada org tukang mesin rumput tahu port2 bengkel motor..mula2 pk plug dh expired. lepas tu sampai bengkel dah barai semua puncanye minyak hitam.

nasib baik tak top overhaul. aku kena betul2 masa sampai stadium.. lega.. kalau tgh jalan. habis aku.
Quote AdamBillionaire 15-8-2013 10:00 AM
Acong posted on 14-8-2013 07:39 PM
takziah...........

motor ayah aku cm minyak hitam selalu meleleh kt parking rumah. normal ek acong? sebab motor tu banyak bersemadi di parking berbanding digunakan. setahun boleh dikira dengan jari brape kali digunakan
Quote zorrro_03 15-8-2013 10:12 AM
AdamBillionaire posted on 15-8-2013 09:59 AM
cengkadak hang.

aku naik ex5 je. pg joging kt stadium.. nasib baik ada org tukang mesin  ...

hahahaha.  jika tak, tentu nya hang pun dah jadi ahlil kubur...  
Quote chaoyunjie 15-8-2013 10:25 AM
takziahhh...
minta simpang la...kalau tetiba moto mati tgh jalan...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064458 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top