Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Putar, Jilat, Dan Goreng! Deep-Fried Oreo, Memang Umph

17-3-2017 01:23 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1040| Komen: 16

Anda suka biskut Oreo? Sejak mula diperkenalkan biskut 'putar, jilat dan celup' ini sememangnya mendapat perhatian ramai dari semua peringkat umur. Pelbagai variasi resipi diolah berasaskan biskut ini ...

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Anda suka biskut Oreo? Sejak mula diperkenalkan biskut 'putar, jilat dan celup' ini sememangnya mendapat perhatian ramai dari semua peringkat umur. Pelbagai variasi resipi diolah berasaskan biskut ini. Dari Oreo Milkshake, Oreo McFlurry sehinggalah kek Oreo, coklat Oreo dan macam-macam lagi lah!



Tapi kali ini agak luar biasa kerana kita akan menggoreng biskut Oreo atau nak nama gah lagi sedap berair mulut, 'Deep-Fried Oreos'!


Bahan-bahan:
1 cawan campuran penkek
2/3 cawan susu
1 biji telur
1 1/2 sudu teh minyak sayuran
18 keping biskut Oreo
Gula aising
Minyak masak


Cara membuatnya:
1. Campurkan campuran penkek, susu, telur dan minyak sayuran sehingga sebati menjadi adunan.



2. Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk untuk 'deep-fried' biskut kita.

3. Celup setiap biskut Oreo ke dalam adunan dan masukkan ke dalam minyak panas selama 2-3 minit atau sehingga warnanya bertukar perang keemasan.



Foto: Popsugar

4. Angkat dan toskan atau letak di atas 'kitchen towel' untuk serap minyak berlebihan.

5. Siap dihidang bersama taburam gula aising.


Tertanya-tanya bagaimana rasanya? Cubalah sendiri hujung minggu ini! - CARI


Kredit resipi: Popsugar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 16
Komen

Previous : Sangkaya Ala Boat Noodle, Resipi Homemade Boleh Cicah Banyak Kali

Next       : Sedap Dimakan Panas-Panas, Bebola Keledek Manis Ala Thai Lembut Dan Kenyal

Komen Terbaru

Quote yayangmama 20-3-2017 03:12 PM
betul lah.....sy kurang gemar oreo nak bagi anak makan sy bagi cream o

tapi kalau buat biskut ke kek...oreo la

Lain-lain Komen

Quote vanillaninja 17-3-2017 01:53 PM
I tak berapa suka Oreo. Macam manis sangat.
Quote Andyscenes 17-3-2017 02:15 PM
vanillaninja replied at 17-3-2017 01:53 PM
I tak berapa suka Oreo. Macam manis sangat.

Samalah kita haha
Quote hanisbunny 17-3-2017 02:30 PM
vanillaninja replied at 17-3-2017 01:53 PM
I tak berapa suka Oreo. Macam manis sangat.

owhh..klu xsuke oreo chuols mst jarang dpt buat putar, jilat dan celop btw cube try yg yg cream o plak..I makan sedap gak la..manis gitew2 je..tp klu blend dgn fresh milk mmg sdp ooo buat smoothies nikmat berganda-ganda..
Quote CiliPadiSedap 17-3-2017 02:49 PM
urm.. i suka takoyaki
Quote RatuDunia94 17-3-2017 03:06 PM
X sihatnya..
Quote vanillaninja 17-3-2017 03:10 PM
hanisbunny replied at 17-3-2017 06:30 AM
owhh..klu xsuke oreo chuols mst jarang dpt buat putar, jilat dan celop  btw cube try yg yg cr ...

Cream O yang Jack n Jill tu kan uols? Tu pun I tak suka. Motif semua pun I tak suka?
Quote hanisbunny 17-3-2017 03:24 PM
vanillaninja replied at 17-3-2017 03:10 PM
Cream O yang Jack n Jill tu kan uols? Tu pun I tak suka. Motif semua pun I tak suka?

aah yg tu la..klu xsuke gak maybe chuols trauma dgn bnd2 bulat kowt   
Quote Mary_jane 17-3-2017 04:33 PM
Manis, oily. Tak minat.
Quote Mary_jane 17-3-2017 04:34 PM
Sedap lagik tart nenas bulat tu. Yummy.
Quote cik-jaja 17-3-2017 05:54 PM
hisy, semua benda nak digorengnya..xserap minyak ke biskut kat dalam tu
Quote siskepoh 17-3-2017 05:56 PM
cucur oreo. nyumss
Quote WhiskeyScotch 18-3-2017 02:12 AM
Macam dorayaki pula bentuk dia.
Quote fikri 19-3-2017 06:15 PM
sedapnyaaaaaaa
Quote dubuk 19-3-2017 08:10 PM
oreo sedap berlemak tapi manis sangat
Quote syue86 20-3-2017 09:37 AM
hanisbunny replied at 17-3-2017 02:30 PM
owhh..klu xsuke oreo chuols mst jarang dpt buat putar, jilat dan celop  btw cube try yg yg cr ...

betul tu..aku pun x suke oreo
tp bley terima cream o sbb x manis sgt
Quote yayangmama 20-3-2017 03:12 PM
betul lah.....sy kurang gemar oreo nak bagi anak makan sy bagi cream o

tapi kalau buat biskut ke kek...oreo la

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059133s Gzip On
To Top