CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MTUC Cadang Beri Sebulan Cuti Bersalin Kepada Bapa

25-3-2017 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5409| Komen: 29

Description: Berikutan kes meroyan dihadapi ibu selepas bersalin yang semakin meningkat sehingga ada yang menyebabkan kematian bayi mereka, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengusulkan agar cuti bersalin u ...
Berikutan kes meroyan dihadapi ibu-ibu selepas bersalin baru-baru ini sehingga ada yang menyebabkan kematian bayi, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengusulkan agar cuti bersalin untuk bapa diberikan selama sebulan kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh.


“Kita tidak mahu kejadian seperti yang menimpa golongan ibu selepas bersalin baru-baru ini yang bertindak membunuh bayinya kerana dipercayai akibat Pospartum Psikosis atau meroyan. Janganlah kita biarkan lebih ramai yang meninggal baharu kita hendak bertindak sesuatu,” ujar Setiausaha Agungnya, J. Solomon yang menyifatkan cuti tujuh hari diperuntukkan untuk kakitangan kerajaan adalah tidak mencukupi, sementara cuti ihsan bagi kakitangan swasta bergantung kepada majikan masing-masing.


Foto: Pa&Ma


“Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita teliti paternity leave kerana apa yang kita lihat masa sekarang untuk perkhidmatan awam mereka dapat tujuh hari, kadang-kadang ada negeri dua minggu dan di swasta kalau keutamaan dia bagi lima hari atau kurang, dan ada kebanyakan syarikat swasta tidak beri peluang bapa berada di sisi semasa anak dilahirkan.

"Ketika ini, tiada peruntukan dalam mana-mana akta yang memasukkan cuti bersalin bergaji untuk bapa. Malah, Akta Kerja 1955 juga tidak menyentuh mengenai paternity leave itu. Jadi kerajaan perlu mewujudkan undang-undang berkaitan demi pembangunan institusi sesebuah keluarga," katanya kepada Astro Awani.

Tambah Solomon, kerajaan harus memberi perhatian kepada perkara-perkara asas seperti memberi sebulan cuti bersalin dengan gaji demi menjamin kebaikan dan dapat melahirkan generasi muda yang lebih sihat serta hubungan keluarga yang sihat demi masa depan Malaysia.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) merekodkan Norway sebagai negara paling banyak memberikan cuti bersalin bergaji untuk bapa iaitu selama 112 hari. - CARI
21

Bagus
15

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
25

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 25-3-2017 02:56 PM
Akak setujuh.
Quote white_musk 25-3-2017 02:58 PM
Untung yg Bernini ramai, tiap2 tahun bini Bini beranak
Quote shamsadis 25-3-2017 03:00 PM
Setuju


.
Quote caprut 25-3-2017 03:00 PM
Rugi la gay
Quote white_musk 25-3-2017 03:01 PM
Cakap pasal akta ni, akak ada cadangan juga supaya waktu bekerja dalam seminggu dikurangkan Dari 48 jam ke 40 jam. Kesian tau adik2 yg kerja kilang pasaraya Dan lain lain tu cuti sehari seminggu jah. Majikan perah keringat mereka bersungguh2.
Quote aldilla_zahraa 25-3-2017 03:13 PM
Kalau mmg jaga bini takpelah. Tp dr pemerhatian aku ramai gak yg hantar bini balik kpg lepas tu merambu sana sini mcm org bujang. Bagi 7 hari pun dh cukup
Quote aHoi83 25-3-2017 03:18 PM
Edited by aHoi83 at 25-3-2017 03:21 PM
aldilla_zahraa replied at 25-3-2017 03:13 PM
Kalau mmg jaga bini takpelah. Tp dr pemerhatian aku ramai gak yg hantar bini balik kpg lepas tu mera ...


I rase sbb satu dua org perangai gitu nk pukul rata utk semua jejanz pun tk bole. Sbb ade kawan2 akak yg mmg dlm hari suami yg jaga masak segala sbb org tua dh uzur atau sbb2 lain.

7 hr pun tk mencukupi sbb mostly baby kene kuning nak kene ulang alik klinik. Tu belom lagi yg baby problem. Ade kawan akak anak tk cukup bulan, berulang laki bini hampir sebulan ke hospital. So ni pendapat akak utk lelaki yg bernama suami la. Kalo yg lepas tgn tu i tak pgl suami tp semak  
Quote CiliPadiSedap 25-3-2017 04:24 PM
andartu dah berbunyi ..bila golongan bapa dapat cuti  agak cemburu
Quote FanTasyCreaTioN 25-3-2017 04:28 PM
aHoi83 replied at 25-3-2017 03:18 PM
I rase sbb satu dua org perangai gitu nk pukul rata utk semua jejanz pun tk bole. Sbb ade kawan2 ...
Setuju bila baca sebab sebab yang d beri ..



Quote caprut 25-3-2017 04:34 PM
white_musk replied at 25-3-2017 03:01 PM
Cakap pasal akta ni, akak ada cadangan juga supaya waktu bekerja dalam seminggu dikurangkan Dari 48  ...

Ni setuju. Ksian wey yg kjer mall atau pasar raya. Include gak kjer kilang. Gaji ksi rm1000 je kjer 6 hri smggu tk pikir msa nk siap, nk tggu trnsport lg kjer sabtu ahad naik ktm lg penat nk tggu. Nk bwak kndraan sndri parkinf dlm tu mahal. Ksian anak muda, nti dicop malas kalo tk kjer
Quote xy_daen 25-3-2017 04:48 PM
Cuti memanjang....baik tak yah keje la setan...pi bukak company sendiri....kimakkkk...:zz
Quote missinpiece 25-3-2017 04:51 PM
aldilla_zahraa replied at 25-3-2017 03:13 PM
Kalau mmg jaga bini takpelah. Tp dr pemerhatian aku ramai gak yg hantar bini balik kpg lepas tu mera ...

Setuju sgt. Ramaila yg ambik kesempatan nnt. Pling lama 14 hari pon dah ckup. Kalau husband yg betul2 komited dia akan cari masa utk bersama isteri yg bersusah payah lahirkan anak tu
Quote QIsmail 25-3-2017 06:09 PM
Edited by QIsmail at 25-3-2017 07:04 PM

I understand where they're coming from.

Tp masakla jugak. For gov the wife dh dpt 3 months, the husband dpt 1 month. Kesian kat officer yg receive the passover.
Quote insulin 25-3-2017 06:24 PM
QIsmail replied at 25-3-2017 06:09 PM
I understand where they're coming from.

Tp masakla jugak. For gov the wife dh dpt 3 months, the h ...

X perlu tunggu bini beranak. Cuba perhatikan yang bini kerja cikgu. Seminggu ni bini bercuti, laki dia pun ikut pergi bercuti selama seminggu. Masaklah rakan sekerja laki cikgu ni...
Quote idakamaruddin 25-3-2017 06:30 PM
aldilla_zahraa replied at 25-3-2017 03:13 PM
Kalau mmg jaga bini takpelah. Tp dr pemerhatian aku ramai gak yg hantar bini balik kpg lepas tu mera ...

7 hari la dia kt kg pastu hbs cuti blk rumah mcm org bujang la...blk keje ngeteh dulu..kalau tidak dh kene smpai umah sblm maghrib lg

ni kalau sebulan cuti xde alasan nk ngeteh bagai..bole duk kg ngn bini berjaga malam jg baby plak...
Quote idakamaruddin 25-3-2017 06:34 PM
aHoi83 replied at 25-3-2017 03:18 PM
I rase sbb satu dua org perangai gitu nk pukul rata utk semua jejanz pun tk bole. Sbb ade kawan2 ...

setuju kaka ramai yg dh berpantang sendiri bila ank ke 3 ke atas..so sllu berharap suami la menolong..lg2 kalau anak plak kuning manjang pastu ada prob lain nk kene ulang alik ke hosp
Quote QIsmail 25-3-2017 07:09 PM
insulin replied at 25-3-2017 06:24 PM
X perlu tunggu bini beranak. Cuba perhatikan yang bini kerja cikgu. Seminggu ni bini bercuti, laki ...

True. Kadang2 lebih drp mengambil kesempatan dlm kesempitan

Tak baikla pertikaikan rezeki org nk menambah ahli keluarga tp I serius pening nk arrange all the passovers when three female colleagues of mine cuti bersalin. Cuti dekat2 plak tu. Kesian colleagues yg at the receiving end   Nampak mcm over-burdened sgt

Lpas tu my subordinates bleh plak melawak nk menambah anak every year dlm group whatsapp sbab nk cuti 3 bln. Sabo je la  :
Quote intanumbrella 25-3-2017 07:24 PM
kakak i mesti kegembiraan ni..sheols rajin produce anak2..pantang kurus balik da mengandung..
Quote aHoi83 25-3-2017 07:48 PM
CiliPadiSedap replied at 25-3-2017 04:24 PM
andartu dah berbunyi ..bila golongan bapa dapat cuti  agak cemburu

Hanya yg ber-anak memahami  

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.239816 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top