Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Isu Semasa 30-3-2017 11:55 AM 9303 Views
DescriptionAdun Alor Limbat Ariffin Deraman daripada PAS meminta kerajaan negeri mengkaji semula operasi panggung wayang yang dikhu ...

ADVERTISEMENT



Sejak 22 tahun tidak dibenarkan beroperasi, namun baru-baru ini pawagam di Terengganu telah dibuka semula, bagaimanapun ianya telah menimbulkan pelbagai pertikaian sejak pembukaannya. 


Ini kerana kelmarin terdapat seorang Ahli Undangan Negeri (Adun) mencadangkan semua pawagam di Terengganu wajar ditutup semua.

Memetik laporan FMT, ketika persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung semalam, Adun Alor Limbat Ariffin Deraman daripada PAS kelmarin mempersoalkan pawagam di PB Sentral yang terletak di Kuala Terengganu, antaranya waktu operasinya sehingga satu pagi, penonton lelaki dan perempuan tidak mengasingkan tempat duduk serta filem tidak ditayangkan dalam keadaan cerah. 

"Penonton lelaki dan perempuan tidak duduk berasingan, tayangan filem tetap dalam keadaan gelap, biarpun ada memasang kamera litar tertutup, CCTV, ianya tidak membawa apa-apa kesan pun."

"Operasi pawagam diadakan sehingga pukul satu pagi, ada sebahagian orang muda yang menonton filem bersendirian, mungkin berdepan risiko bahaya kerana balik lewat malam, itu yang membimbangkan saya."

Ariffin Deraman turut berkata, walaupun ketika bulan puasa, majlis perbandaran negeri Terengganu ada mensyaratkan pihak pengurusan pawagam harus menghentikan operasi dari pukul 6 petang hingga 9 malam agar membolehkan muslim membuka puasa mereka.


Namun demikian, pada masa yang sama, ianya pula mengganggu waktu terawih, kerana ini akan menyebabkan sebahagian muslim khususnya golongan muda tidak hadir ke waktu terawih kerana menonton wayang pada ketika itu. 

Oleh sebab itu, beliau meminta kerajaan negeri mengkaji semula operasi panggung wayang yang dikhuatiri mungkin akan memburukkan lagi masalah sosial di negeri berkenaan.- CARI



Prev.:Samsung Galaxy S8: Rekaan Baru Lebih Elegan Dengan Butang Navigasi Atas Skrin

Next:Penjaja Tepi Jalan Di Bangkok Bakal Pupus, Hasil Tindakan Keras Majlis Bandaraya Bangkok


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
white_musk 30-3-2017 12:03 PM
Dalam Islam hiburan semua harom... Barang siapa berhibur atau menyokong hiburan akan dicampkkan ke dlm nurake

Wallahualam
ultra78 30-3-2017 12:08 PM
Jangan la tutup TGV Mesra Mall

hzln 30-3-2017 12:12 PM
asal wayang jah moksiat
asal duk lam gelap jah moksiat
asal campur laki pompuan jah moksiat

dlm akai lobai hanya seks seks seks seks saja 24 jam

white_musk 30-3-2017 12:12 PM
Quote: ultra78 replied at 30-3-2017 12:08 PM
Jangan la tutup TGV Mesra Mall

Tgv mrsra mall jgn ditutup akak setuju jika tayangkn film2 Arab sahaja...  
kentel 30-3-2017 12:20 PM
ape bnda la....smua pun nak fikir mudharat je.... ummah ganu tetap johan ngesek dgn dera jua....
harkktuih 30-3-2017 12:21 PM
Taliban mmg xleh dok dlm gelap..asal gelap napsu teransang..
Simunggu 30-3-2017 12:27 PM
terpulang dgn rakyat majority Terengganu...kalau nak tutup..tutup lah...

pulauturtle 30-3-2017 12:28 PM
saya sokong tutupkan semua pawagam di terengganu.

kasi umat melayu suci murni
sekngucing 30-3-2017 12:29 PM
mrilah kita berSAMA SAMA
menerajang parti ini ke dalam lubang sampah
where its belong
pulauturtle 30-3-2017 12:30 PM
kasi mereka rasa kekuatan islam seumur hidup
pulauturtle 30-3-2017 12:31 PM
alhandullilah, i am proud and thankful tht i am not a muslim
kelapaparut 30-3-2017 12:31 PM
Baru2 ni naik motor laki pompuan ramai kene tahan jabtn agma trganu, dieorg ingat kite semua nak memantat atas motor ke
vandergooh 30-3-2017 12:32 PM
Quote: hzln replied at 30-3-2017 12:12 PM
asal wayang jah moksiat
asal duk lam gelap jah moksiat
asal campur laki pompuan jah moksiat

Mmg laa ingat seks jer dik... tuh yg sampai mustapa ali langgan gro, mokhtar senik tunjuk kotey di mesenger facebook bila kena ngorat ngan pompuan menyamar...
palmolive 30-3-2017 12:33 PM
maroh sgt tu sek2 ni dokleh tgk wayang
cHimo 30-3-2017 12:34 PM
Tutup sajalah..
dodolgemok 30-3-2017 12:44 PM
Sudahhh, semua benda nak diharamkan. Kalau cmtu tv internet tu semua lagi lah patut diharamkan sbb keburukan lagi banyak dan teruk drdp wayang. Why so shallow lobai?
TuntungReturn 30-3-2017 12:47 PM
pemimpin pas x tegur pun perempuan dan lelaki bercampur masa demo anjuran pas. ...
Themilo 30-3-2017 12:48 PM
Quote: kentel replied at 30-3-2017 04:20 AM
ape bnda la....smua pun nak fikir mudharat je....  ummah ganu tetap johan ngesek dgn dera jua ...

juara juga di kalangan air ketum & pil kuda..
sebu1 30-3-2017 12:54 PM
Org Terengganu jgn beli TV dan tgk TV. Tu maksiat:zz x de beza dgn wayang:zz
Lihat semua komen