CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Baozza, Kombinasi Pau Dan Pizza Jadi Viral Dan Kegilaan Ramai

31-3-2017 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5001| Komen: 16|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Siapa sangka makanan popular dari China bila digabungkan dengan makanan hebat dari Itali, menghasilkan satu fenomena baharu

Siapa sangka makanan popular dari China bila digabungkan dengan makanan hebat dari Itali, menghasilkan satu fenomena baharu dalam dunia makanan dan juga kulinari!


Dipanggil sebagai 'baozza' ia merupakan gabungan makanan tradisi Cina iaitu roti kukus atau lebih dikenali sebagai baozi dan diisi dengan bahan topping pizza seperti tomato, keju dan sebagainya. 

Pendek kata, baozza merupakan gabungan pau dan juga pizza! Tak pernah terfikir di minda kan? Ia kini menjadi viral apabila seorang konsultan dari Amerika Syarikat, Alex Cree berkunjung ke selatan China dalam satu rombongan bisnes. 


"Kami bercakap tentang idea yang mungkin menggabungkan bao dengan isi yang lebih kebaratan seperti burger dari Amerika dan sebagainya.


"Kemudian seseorang menyebut pizza baozi dan serta merta terpcul idea untuk menghasilkan 'baozza'!" katanya kepada Reuters Television. 

Alex telah berhenti kerja dan berpindah ke China pada tahun 2016 untuk memulakan bisnes makanannya di Beijing. 


Kini, Baozza benar-benar menjadi kegilaan ramai dan memiliki 4 perisa popular iaitu Margherita, Meat Lover, BBQ Chicken dan Hawaiian Jalapeno.

Harga untuk dua biji roti tersebut ialah 20 yuan atau bersamaan RM12.80. Harap-harap nanti adalah versi halal untuk pasaran di Malaysia pula ya! - CARI 



Foto: Carian Internet
19

Bagus
21

Marah
6

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oggy 31-3-2017 05:36 PM
Kat Malaysia ni dah ada pau cendawan, pau ayam panggang so tak mustahil la nak buat pau pizza pula
Quote Artemesiaa 31-3-2017 05:42 PM
Sikit lagi sampai le cawangannya kat Malaysia
Quote nut.legacy 31-3-2017 06:16 PM
Yg ni mmg nampak menyelerakan
Quote Leo_Gurlz 31-3-2017 11:13 PM
Menyesal pulak buka malam2. Dahh lah nampak sedapppp
Quote CrowneGlory 2-4-2017 06:28 AM
Nmpk bantat pau dia x menyelerakn lgsg
Quote melissa~~ 2-4-2017 06:41 PM
nampak tak menyelerakan,Sorry.
Quote hdon 2-4-2017 10:40 PM
Sedapnya..aiol penggemar pizza
Quote devilito2 3-4-2017 08:25 AM
nampak menyelerakan....
Quote delsmomm 3-4-2017 10:29 AM
nmpak xsedap.. pau gebu inti kacang hijau gebu gak yg sedap..
Quote irwansuhadi 3-4-2017 11:12 AM
pau maharani... isi kari daging atau ayam, disertakan sekali kentang-kentangan dan telur burung puyuh di tengah2 isi pau tersebut... thorbaik!
Quote mrizumi 3-4-2017 08:03 PM
Teringin nk try..hope kat mlysia ada la nnti..
Quote Fienomenology 4-4-2017 10:07 AM
shut up and take my money!
Quote yayangmama 5-4-2017 04:33 PM
hahahah...i sokong u lah...pau maharani...makan xpuas sebab sedap sangat

da lama nyaaaaaa tak makan
Quote putera_daruna 5-4-2017 04:53 PM
Pau Hokkaido cheese....  belum jumpa lagi....
Quote Wimamp05 5-5-2017 10:44 PM

Quote che_yatt 6-5-2017 09:14 PM
dah nmpk mcm dimsum la pulak...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.345005 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top