CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hang Li Po Muncul Dalam Drama Korea, Saimdang?

3-4-2017 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15287| Komen: 62|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Sungguh membanggakan apabila Puteri Hang Li Po iaitu isteri ke empat Sultan Melaka, ..


Sungguh membanggakan apabila Puteri Hang Li Po yang terkandung dalam sejarah Melayu yang kita pelajari di waktu persekolahan dahulu kini disebut di dalam drama popular Korea. 


Foto - Soompi

Memetik portal kmania.info, intipati sejarah yang terkandung dalam Sejarah Melayu, atau dikenali sebagai Sulalatus Salatin disebut dalam drama 30 episod SBS Saimdang.

Mengikut Sejarah Melayu, sebagai menghargai hubungan diplomatik yang baru terjalin antara Empayar dinasti Ming China dengan Melaka pada masa itu, Empayar dinasti Ming China telah menghantar rombongan meminang yang diketuai oleh Laksamana Zheng He atau Cheng Ho. Rombongan ini berhasrat untuk mengahwinkan puteri Maharaja Yong Le, Hang Li Po kepada Sultan Mansur Syah.


Seramai lebih seratus orang yang berketurunan Cina dibawa daripada Nanjing dan Beijing ketika itu. Hasilnya, keturunan mereka beranak-pinak menjadi Cina peranakan Baba Nyonya yang dapat kita lihat di Melaka pada hari ini. Anehnya, sejarah China tidak tercatit nama Hang Li Po di dalam senarai putera puteri kepada Maharaja Yong Le tetapi ada menyebut kedatangan rombongan Melaka ke China untuk mengikat hubungan diplomatik.


Berbalik pada drama Saimdang tadi, Lee Gyeom (Song Seung Hun) yang baru pulang daripada pengembaraannya merentasi sempadan China telah menyatakan kewujudan empayar Kesultanan Melaka di mana dia mendapat khabar berita bahawa rombongan China ke Melaka pada masa itu telah membentuk komuniti Baba Nyoya. 

Lee Gyeom juga meyakinkan mereka terdapat satu empayar yang lebih hebat daripada dinasti Ming China yang mana orang-orangnya memiliki mata berwarna biru, kemungkinan  empayar Byzantine yang dimaksudkannya. Lee Gyeom menunjukkan kepada mereka sejenis rempah ratus yang diperolehinya di Jalan Sutera yang didakwa lebih mahal daripada emas.

Anda boleh lihat petikan adegan tersebut di minit ke-50 dalam episod ke-19 drama berkenaan. - CARI





17

Bagus
15

Marah
17

Terkejut
17

Sedih
24

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 3-4-2017 03:19 PM
Sebab tu suka tonton citer ala sejarah cam ni sebab banyak citer mengenai sejarah akan diceritakan
Quote chinta89 3-4-2017 03:25 PM
cerita fakta mcm ni lagi best dari slot akasia kawin paksa axah2 x suke duk rumah besar bermentuakan datuk seri tan sri bagai
Quote idakamaruddin 3-4-2017 04:21 PM
Artemesiaa replied at 3-4-2017 03:19 PM
Sebab tu suka tonton citer ala sejarah cam ni sebab banyak citer mengenai sejarah akan diceritakan

masalahnye cite saeguk mcmni kalau miss lgsg x paham dh nk tgk.. tp mujur la kt porum ada saegukpidea bole tny kalau x paham

cc: kak @ayushuhada04
Quote WhiskeyScotch 3-4-2017 04:22 PM
Bestnya. Nanti nak try tengok lah. Suka cerita sejarah lama-lama macam ni. Dulu Hong Kong selalu produce  drama zaman maharaja macam ni dekat TV3. Skrg dah takda dah. Yang ni drama korea nak tgklah nanti!
Quote lesprincesse 3-4-2017 04:24 PM
Citer apa niii nak tgk lah!
Quote idakamaruddin 3-4-2017 05:12 PM
WhiskeyScotch replied at 3-4-2017 04:22 PM
Bestnya. Nanti nak try tengok lah. Suka cerita sejarah lama-lama macam ni. Dulu Hong Kong selalu pro ...

tgh tyg dh dh ep 21&22 x slp

lg brp minggu nk hbs cite ni


Quote Artemesiaa 3-4-2017 05:14 PM
WhiskeyScotch replied at 3-4-2017 04:22 PM
Bestnya. Nanti nak try tengok lah. Suka cerita sejarah lama-lama macam ni. Dulu Hong Kong selalu pro ...

Betul tu tapi sekarang production dari china lagi banyak produce citer2 cam tu kadang lagi menarik dari kdrama.  Tapi sayang astro tak nak tayang melainkan tgk download kat tenet je.  Ada few drama pun kdrama dok cedok jalan citer dari production dia orang.
Quote @pplegreen 3-4-2017 05:17 PM
citer yg the great doctor tu pon best gak tgk kol 5.45pm setiap hari berkisar kan zaman dulu nyer sejarah
Quote WhiskeyScotch 3-4-2017 05:19 PM
idakamaruddin replied at 3-4-2017 09:12 AM
tgh tyg dh dh ep 21&22 x slp

lg brp minggu nk hbs cite ni

I dah tertinggal banyak la ni? Dekat TV ada tayang ke? Atau mmg kena tgk online? Tgk dekat TV lagi best kan?
Quote WhiskeyScotch 3-4-2017 05:23 PM
Artemesiaa replied at 3-4-2017 09:14 AM
Betul tu tapi sekarang production dari china lagi banyak produce citer2 cam tu kadang lagi menarik ...

I dulu subscribe Astro Wah La Toi dengan TVB semata-mata nak tgk drama sejarah maharaja dan drama Hong Kong. Skrg dah tak subscribe dah sebab drama dia dah tak sebest dulu. Banyak cerita moden dari cerita sejarah dulu-dulu. Yang Korea punya I belum pernah tgk lagi. Nak kena tgk jugalah macam best je. Yang production from china tu boleh tgk online dekat web mana?
Quote idakamaruddin 3-4-2017 05:31 PM
WhiskeyScotch replied at 3-4-2017 05:19 PM
I dah tertinggal banyak la ni?  Dekat TV ada tayang ke? Atau mmg kena tgk online? Tgk dekat T ...

chanel astro one hd 393 dh tyg kalau tgk online pn bole

iols x minat sgt cite sejarah ni..sbb berat n kene tau sejarah..kalau miss trus x paham

tp kt bod korea sana ada kaka saegukpedia..dia terer sume fakta sejarah korea..kalau x phm bole tny kaka tu


Quote Artemesiaa 3-4-2017 05:33 PM
WhiskeyScotch replied at 3-4-2017 05:23 PM
I dulu subscribe Astro Wah La Toi dengan TVB semata-mata nak tgk drama sejarah maharaja dan drama  ...

Dah makin banyak sekarang cam kdrama gak.  Geng dramafever pun rajin update dengan review sekali kalau ada new drama atau ada episode yang baru.  Kalau nak ikutkan bab drama sejarah, production dia orang lagi details jalan citernya rasa macam tonton pilem lak kadang tu tak le terlompat2 sangat scenenya.  Sekarang ni tengah hot dengan drama Ten Miles of Peach Blossom
Quote sura_suri 3-4-2017 06:04 PM
chinta89 replied at 3-4-2017 03:25 PM
cerita fakta mcm ni lagi best dari slot akasia kawin paksa axah2 x suke duk rumah besar bermentuakan ...

iolls setujuuuu..

Quote cheergirlz 3-4-2017 09:07 PM
macam best laa..mst tonton okaayy
Quote cpixie 3-4-2017 10:17 PM
Ai sekali dah tengok drama korea.tak boleh nak berhenti.better jangan tengok
Quote WhiskeyScotch 3-4-2017 10:34 PM
idakamaruddin replied at 3-4-2017 09:31 AM
chanel astro one hd 393 dh tyg kalau tgk online pn bole

iols x minat sgt cite sejarah ni..sbb b ...

Okeyh thank you for the info. Nanti I nak tgk drama ni.
Quote WhiskeyScotch 3-4-2017 10:37 PM
Artemesiaa replied at 3-4-2017 09:33 AM
Dah makin banyak sekarang cam kdrama gak.  Geng dramafever pun rajin update dengan review sekali k ...

I see. Best ke drama ten miles of peach blossoms tu? Dramanya basically pasal apa?
Quote adikfatin 4-4-2017 01:55 AM
Aku dulu cukup malas bila mai subjek sejarah....hahaha dulu la...zaman xfaham cintajan negara dan cintakan ilmu...skrg bila dah masuk degree alhamdulilah tau sikit betapa pentingnya ilmu untuk dipelajari...zaman sekolah banyak berangan
Quote ayushuhada04 4-4-2017 07:59 AM
Edited by ayushuhada04 at 4-4-2017 08:09 AM
idakamaruddin replied at 3-4-2017 04:21 PM
masalahnye cite saeguk mcmni kalau miss lgsg x paham dh nk tgk.. tp mujur la kt porum ada saegukpi ...

adakah ida refer kak ayu sbg saegukpedia?

cite apa ni? Puteri Hang Li Po dlm Saimdang?

yer mmg ada disebutkan oleh LG psl kisah pengembaraan dia kan..
kita pun dh tau....Joseon dan Dinasti Ming dh tk leh dipisahkan..
bukan hanya dri dinasti Joseon....tp sblm2 tu lagi....
kita pun tau yg LG mmg suka mengembara...hingga ke Itali...
so tkde pun yg pelik...tp mmg sgt2 menarik...bila LG sebut "melayu" kan
maknanya....tanah melayu masa tu telah dikenal pasti...

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069207 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top