CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majikan Wajib Beri Cuti Pada 24 April, Sekiranya Gagal Berdepan Denda RM10,000

4-4-2017 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7641| Komen: 32

Description: Majikan wajib memberi cuti kepada pekerja pada 24 April ini sempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong atau mereka yang ingkar akan berdepan denda, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Maj ...
Majikan wajib memberi cuti kepada pekerja pada 24 April ini sempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong atau mereka yang ingkar akan berdepan denda, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk Shamsuddin Bardan.


Memetik laporan Sinchew Daily, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, berlainan dengan cuti kerajaan negeri di mana majikan boleh memilih untuk mematuhi atau sebaliknya, cuti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan adalah wajib dituruti.

“Untuk cuti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951, majikan tiada pilih tetapi menurutinya atau berdepan kompaun maksimum RM10,000."

Kerajaan telah memutuskan 24 April (Isnin) sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Pengisytiharan itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Jelas Datuk Shamsuddin, kerajaan jarang mengisytiharkan cuti berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 melainkan semasa pertabalan Agong atau kematian tokoh penting.

Dalam pada itu, tegas beliau, pekerja yang menjalankan tugas pada 24 April layak menikmati bayaran gaji berganda.- CARI

sumber foto: FMT 

32

Bagus
20

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
19

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu1 4-4-2017 06:04 PM
Ade kerja mmg X boleh tangguh. Kdg2 pekerje yg X sanggup nak cuti.  :zz
Quote sebu1 4-4-2017 06:06 PM
Mcm mane dgn kapal terbang dan syarikat perkhidmatan awam dan pos laju
Quote jetonkepoh 4-4-2017 06:14 PM
sebu1 replied at 4-4-2017 06:06 PM
Mcm mane dgn kapal terbang dan syarikat perkhidmatan awam  dan pos laju

Bodohnya dikau... Baca la artikel tu... Kalau kena keje jugak, krna bayar gaji berganda...

Sori diknon... Mesti yg akan ada jawab mcm kat atas ni. Akak sesaje je. Hehehe
Quote sebu1 4-4-2017 06:17 PM
jetonkepoh replied at 4-4-2017 06:14 PM
Bodohnya dikau... Baca la artikel tu... Kalau kena keje jugak, krna bayar gaji berganda...

Sor ...

Aku lebih prefer larangan. Dah kene bayar bergande  majikan kene denda juge x   ke aku yg mate kero bace ni
Quote batmana 4-4-2017 06:18 PM
jetonkepoh replied at 4-4-2017 06:14 PM
Bodohnya dikau... Baca la artikel tu... Kalau kena keje jugak, krna bayar gaji berganda...

Sor ...

Biasa bdk2 baru abis skola tnya soalan tu.maafkn la dia..
Quote sebu1 4-4-2017 06:29 PM
batmana replied at 4-4-2017 06:18 PM
Biasa bdk2 baru abis skola tnya soalan tu.maafkn la dia..

Bukan tulis wajib memberi cuti dan jike gagal kene denda rm10k. Tetibe bawah tulis pule kalau kerje kene double payment salary. Kamu yg abis sekolah lame cane rase ayat tu bat   Nanti X pasal2 Majikanmcm aku kene dende  
Quote fox. 4-4-2017 06:40 PM
Jika bos akak tak bagi cuti akak akan tunjuk thread ini pada beliau
Quote dodolgemok 4-4-2017 06:55 PM
sebu1 replied at 4-4-2017 06:06 PM
Mcm mane dgn kapal terbang dan syarikat perkhidmatan awam  dan pos laju

Kan hujung artikel dah ditulis, pekerja layak gaji berganda. Lain kali baca smpai habis artikel tu ye!
Quote fazamania 4-4-2017 06:57 PM
Company international tpt aku jgn harap lah nak tutup disebabkan hal mcm ni.. rugi berjuta woooo...
Quote xy_daen 4-4-2017 07:01 PM
fazamania replied at 4-4-2017 06:57 PM
Company international tpt aku jgn harap lah nak tutup disebabkan hal mcm ni.. rugi berjuta woooo...

Hal macam ni?

Pertabalan Agong cuma "hal macam ni" pada ko?
Quote fazamania 4-4-2017 07:03 PM
xy_daen replied at 4-4-2017 07:01 PM
Hal macam ni?  

Pertabalan Agong cuma "hal macam ni" pada ko?

Kita bukan hidup dizaman kesultanan...  
Quote xy_daen 4-4-2017 07:09 PM
fazamania replied at 4-4-2017 07:03 PM
Kita bukan hidup dizaman kesultanan...

Maksud ko? Tadak rasa hormat langsung kepada YDP Agong?

Ko sebagai rakyat Malaysia sendiri pun tadak rasa hormat pada YDP Agong?
Quote mzzenma 4-4-2017 08:10 PM
Mzz pun ada terfikir macam sebu juga..maknanya denda tu hanya untuk yang kerja2 bukan kritikal.

Yang kena bayar berganda tu maybe utk those yang melibatkan perubatan, pertahanan, retail, pelancongan etc. tapi kalau dah kerja shift yang memang tak cuti even on common public holidays tu macam mana pula? Kena bayar berganda or how?

Motif mzz nak pening2..padahal mzz sah2 lah cuti
Quote myoujin 4-4-2017 08:28 PM
mzzenma replied at 4-4-2017 08:10 PM
Mzz pun ada terfikir macam sebu juga..maknanya denda tu hanya untuk yang kerja2 bukan kritikal.

Y ...

Bayar berganda la.. Tak kira shift ke chef ke.. Dah jatuh hari cuti kene kerja.. Kalau hati raya triple  
Quote harkktuih 4-4-2017 08:32 PM
Majikan ada option, bagi cuti pada hari berkenaan atau bagi replacement cuti utk hari berkenaan atau paling tidak bayar double kalau kerja pada hari berkenaan. Kalau majikan x follow mana2 option, then ada report dr pekerja, then baru bole kena tindakan
Quote harkktuih 4-4-2017 08:32 PM
Majikan ada option, bagi cuti pada hari berkenaan atau bagi replacement cuti utk hari berkenaan atau paling tidak bayar double kalau kerja pada hari berkenaan. Kalau majikan x follow mana2 option, then ada report dr pekerja, then baru bole kena tindakan
Quote shamsadis 4-4-2017 08:52 PM
Budak2 baru nak up je fikir masalah cuti ni
Quote mrsamz 4-4-2017 10:38 PM
Wartawan yg tulis ni pun saja je nak bagi kontroversi..dah berderet org verangan nk saman majikan.memasing kalo x dpt cuti 24 apr ni..
Quote Ferr_Remy 5-4-2017 06:23 AM
Klu x cuti, claim la ari lain. Sama je pun mcm cuti2 lain huhu. Tu pun korg x paham lahaiii

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.053439 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top