CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pasangan Sering 'Show Off' Di Laman Sosial Rupanya Tak Bahagia - Pakar

17-4-2017 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11594| Komen: 43|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Sering kali kita melihat terdapat sesetengah pasangan yang terlebih 'excited' dan juga acapkali memuatnaik gambar momen mereka bersama di laman sosial.

Sering kali kita melihat terdapat sesetengah pasangan yang terlebih 'excited' dan juga acapkali memuatnaik gambar momen mereka bersama di laman sosial.


Sudah tentu tiada salahnya namun, percayakah anda sebenarnya sebilangan besar daripada pasangan tersebut hanyalah melakukannya untuk menutup hubungan mereka yang tidak sekukuh yang digambarkan daripada pandangan umum? Pendek kata mereka hanya 'propa' dan kurang bahagia sebenarnya.

Menurut pakar perhubungan dan seksologi, Nikki Goldstein dari Australia, dia berkata pasangan yang sering memuat naik bukan sahaja gambar malah apa sahaja momen mereka bersama di laman sosial hanya mahu 'membuktikan' tentang hubungan mereka daripada orang lain. 

"Mereka ini seperti mahukan 'validasi' untuk hubungan mereka itu daripada orang lain di laman sosial," katanya kepada Daily Mail.

"Bila adanya komen dan juga like daripada orang lain, ia seolah mampu melegakan bagi pasangan ini yang sedang berusaha terbaik untuk nampak bahagia di mata orang lain," katanya lagi.



Pasangan seperti ini, dikatakan terlalu mengharapkan pandangan luar sehingga tidak dapat menghargai masa bersama pasangan mereka.

"Kita boleh lihat pasangan tersebut sibuk mengambil gambar selfie bersama dan tak sabar menunggu komen daripada orang lain, berbanding mengambil masa bersama dengan pasangan sendiri.

"Bukankah lebih elok jika anda mengambil gambar untuk dijadikan kenangan indah dan momen yang tak mahu dilupakan?" soalnya. 

Bukan itu sahaja, kapsyen yang ditulis juga kadangkala tidak ikhlas sehingga memaparkan sifat mendominasi atau mengawal pasangan sendiri. Ini dapat dilihat menerusi ayat seperti 'my man' atau 'my girl'. 

Foto: Carian internet
Jika masih mahu berkongsi momen indah bersama pasangan tiada salahnya. Namun, Nikki mencadangkan seperti berikut,

"Jadikan perkongsian anda itu nampak menyeronokkan, dan bukannya kelihatan buat-buat dan juga lebih teruk nampak seperti mendominasi pasangan sendiri." - CARI 
10

Bagus
12

Marah
17

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 17-4-2017 02:39 PM
rsanyer mmg dh byk y memperkatakn ttg isu nie...ntah laa..lain orang lain pandangan dan cara..nasib bkn dlm list ini..huhuhu
Quote onexox97 17-4-2017 05:16 PM
tak bahagia tak show off juga
Quote ronapink 17-4-2017 05:21 PM
onexox97 replied at 17-4-2017 05:16 PM
tak bahagia tak show off juga

kalau tak bahagia nak show off mcm mana..

sorang ke hulu sorang ke hilir..nak selfie pun xde peluang
Quote pichee 17-4-2017 05:25 PM
Bak kata my hsbd...bahagia kita simpan sendiri je...

I plak fkr...aku bahagia ke aku menonggeng ke mmg aku yg tanggung...haha..so..jrg upload psl ktorg..jz psl anak2 je..tu pn jrg...

Mls la nk upload2 sgt..
Quote onexox97 17-4-2017 05:29 PM
ronapink replied at 17-4-2017 05:21 PM
kalau tak bahagia nak show off mcm mana..

sorang ke hulu sorang ke hilir..nak selfie pun xde pe ...

hahahahah betullah tu nak show off macamana kan
Quote ronapink 17-4-2017 05:30 PM
onexox97 replied at 17-4-2017 05:29 PM
hahahahah betullah tu nak show off macamana kan

sorang dok bucu katil..

sornag aman2 je tido..

nak show off mcm mana..




apa2 pun bahagia di hati memasing
Quote sixret 17-4-2017 05:33 PM
pichee replied at 17-4-2017 05:25 PM
Bak kata my hsbd...bahagia kita simpan sendiri je...

I plak fkr...aku bahagia ke aku menonggeng k ...

Setuju dgn husband kakak.
Quote siskepoh 17-4-2017 06:20 PM
sis setuju sgt dgn fakta ini. meluatnya tgk org dok tnyang gperen boypren. sudahnya?? tau2 sorang kawen nun org lain. yg sini nun kawen dgn org lain. haram j. at least umumkanla perpisahan korang cam korang umumkan kekapelan korang. cehhh
Quote jointhecurse 17-4-2017 06:39 PM
Heheh.. ak pn pnah tgk real situasi.. i mean kt media sosial.. wow.. happy.. tq hubby blnja.. lua media.. tiap2 ari nagis sbb tok laki bkira.. xd consideration.. perhhh.. hopefully spa yg baca ni di jauhkan kdaan gn
Quote armin 17-4-2017 06:51 PM
Kalau pi bercuti ada je aku upload. Bagi sku lantakla org nk upload ke apa ke dah akaun dia. Tp setahun dua ni aku mmg xnak up benda2 sweet laki aku buat takut laki ku kena aim dgn perempuan lain. Dpt laki sweet simpan sorang2
Quote Jorja 17-4-2017 06:53 PM
Adik I pula..upload gambar kiss2 bf tapi now da clash..lepas tu upload gambar travelling seluruh dunia
Realitinya: "boleh tak orang pinjam duit dulu nanti gaji bayar balik" setiap tengah bulan kat I
Quote Jorja 17-4-2017 07:01 PM
Sorry I bukan ustajah ya tapi nak bagitau orang yg selalu ingat pasal mati tak ada minat nak update upload kebahagian kat laman sosial 24/7 ni.. nak upload kata2 mutiara konon pun tak ada nafsu sebab banyak guna masa urus kekurangan diri sendiri... cara nak hilangkan minat benda duniawi ni sila solat 2 rakaat sebelum subuh..u try amalkan dlm setahun terus tak pandang pun laman2 sosial ni.  Tak rasa ketinggalan pun
Quote onexox97 17-4-2017 08:33 PM
jointhecurse replied at 17-4-2017 06:39 PM
Heheh.. ak pn pnah tgk real situasi.. i mean kt media sosial.. wow.. happy.. tq hubby blnja.. lua me ...

napa upload juga the happiness

sedangkan real nya berbeza

lagi la seronok suami tu

entah2 ramai puan lain minat sbb nampak caring
Quote Missfadh 17-4-2017 09:52 PM
Jorja replied at 17-4-2017 07:01 PM
Sorry I bukan ustajah ya tapi nak bagitau orang yg selalu ingat pasal mati tak ada minat nak update  ...

Menikam kalbu nya ayat uols. Rasa insaf baca.
Quote Missfadh 17-4-2017 09:53 PM
Harapnya bila I dah ada pasangan dan berbahagia, tak lah jadi show off.
Quote mbhcsf 17-4-2017 10:27 PM
ape apepun yg bukan perihal kita , agama kita dan kepentingan diri, agama dan negara, tak payah ambil pusing. that is not our concern, tak perlu berprasangka, ambil kisah etc.
sebenarnya apa yg dilihat dirasakan dalam hati - itu ujian  tu.

so , u know apa apa pun rezeki Allah dan terbaik mendoakan sahaja.

Quote harithzakuan 18-4-2017 07:40 AM
Soc med,baca boleh percaya jgn
Quote jointhecurse 18-4-2017 08:23 AM
onexox97 replied at 17-4-2017 08:33 PM
napa upload juga the happiness

sedangkan real nya berbeza

entah la mber tu.. myb cm article ni jelaskan.. dia nak verification from others.. xdapat nk selami hati mber tu sbb ak mmg jrg2 nak up bahagia or derita kat media sosial.. sekali sekala da la .. tu sbb da family gathering or raya.. lain orang lain pndangan n pendpat.. cm mber ak tu dia jau dr ak.... jz tgk kat media sosial.. wow cm happy sgt .. the truth is makan hati tiap ari.. so kes ni mgkin leh clarifykan article ni
Quote onexox97 18-4-2017 09:25 AM
sy tang bahagia xupload kat fb
time geram dan marah upload kat fb cuma dlm bhasa sarkastik bukan direct
buat org terteka2 la pulak
kawan2 duk tanya , napa  napa napa napa
padahal biasa2 je

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.695464 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top