CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Maaf Bagimu! Ammar Digantung Perkhidmatan Pengacaraan

25-4-2017 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 53136| Komen: 520|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Jangan dibawa main nama orang terutama nama ibu bapanya. Gara-gara mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara Watson Nyambek, permohonan maaf Azizul Ammar Abu Hassan ditolak mentah-mentah.
Jangan dibawa main nama orang terutama nama ibu bapanya. Gara-gara mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara Watson Nyambek, permohonan maaf Azizul Ammar Abu Hassan ditolak mentah-mentah.




"Sekarang saya hendak jelaskan di sini, walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di TV serta di depan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, kepada saya, saya sekarang ini susah hendak menerima maaf itu. 

"Ini kerana bapa saya ini dipandang seperti seekor haiwan. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua?" katanya pada sidang media Primeworks Studios, semalam.



Foto: BH Online

Memetik BH Online, Watson, 41, berkata hatinya belum terbuka untuk memberikan kemaafan.

"Mungkin suatu masa nanti, hati saya akan terbuka...dan saya akan menerima kemaafan ini. Jadi sekarang saya belum hendak menerima (permohonan) maaf," katanya.

Watson menegaskan isu itu bukan satu bahan lelucon, malah dia juga sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan untuk mendapatkan keadilan.

Berhubung isu kontroversi itu, Primeworks Studios Sdn Bhd memutuskan untuk menggantung khidmat pengacara Azizul Ammar Abu Hassan bersama enam kru penerbitan, tanpa tempoh dinyatakan yang berkuat kuasa serta-merta.


Foto: mStar Online

Foto: IG Ammar

Ingatlah, mungkin sesetengah perkara itu lucu pada kita tetapi ia sebenarnya mengguris perasaan segelintir pihak. - CARI
11

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
2

Sedih
21

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissLibra 24-4-2017 08:48 PM
Muka dia waktu sebut Nyambek tu memang muka minta pelempang. Muncung dia tu memang muncung berniat menghina. Aku yg tak ada kena mengena dgn watson pun boleh rasa bangsat nampak muka dia. Berlawak sampai ke luar batasan.
Quote batmana 24-4-2017 08:54 PM
klu hina bapa org.kena minta maaf dpn2 la.tkt dlm media wt pe
Quote zyraa 24-4-2017 08:58 PM
Beliau mmg dh minta maaf depan2...tp klu x silap...watson tk terima..org besar promework pun turun serawak utk jumpa termsk amar...tp ttp watson tk terima permohanan maaf tu
Quote tagas 24-4-2017 09:01 PM
Samang jgn tak samang

peluang dpt duit free
Quote Duta lover 24-4-2017 09:01 PM
Depan2 da weiii. Tp watson mmg tegas btul..bagus gak. Jdkan pengajaran kt pelawak2 yg jd host pasni. Rancangan ni pun da dibatalkan. Ammar pun kene ban dah. Sian gak heolss br kawen.
Quote beta_carotene 24-4-2017 09:02 PM
hancur terus masa depan uolss kalau mess with orang sarawak
satu negeri bersatu menentang gitu.. harus ko tak keluar rumah ammar..
Quote toteng 24-4-2017 09:07 PM
Ammar dh kena ban ker?tu la..jgn ikutkn hati sgt nk melawak
Quote ~boolean 24-4-2017 09:07 PM
Kalau orang kelantan terkenal dengan semangat assobiyahnya,

Aku lihat orang sabah sarawak terkenal dengan kesentapan mereka. Pantang dicuit satu negeri bergabung sentap dan lawan balik.

Ini pandangan aku lah. Ini aku cuit sikit janganlah ada orang belah2 sana sentap dan hencap aku pulak
Quote cheergirlz 24-4-2017 09:09 PM
tegas jgn x tegas..klu berkaitan dgn maruah n family..
Quote achik2009 24-4-2017 09:10 PM
Edited by achik2009 at 24-4-2017 09:12 PM

'Bukan sekarang...' [METROTV]



Mohd Rizal Abdullah
mohd.rizal@hmetro.com.my

Miri: "Mungkin satu hari nanti saya akan menerima permohonan maaf itu, tetapi bukan sekarang," kata bekas pelari pecut negara Watson Nyambek.

Watson berkata demikian pada sidang media di hotel di Miri hari ini selepas bertemu pengurusan Primeworks Studios Sdn Bhd(PWS) diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar.

Pertemuan itu turut dihadiri Azizul Ammar Abu Hassan pengacara rancangan Sukan Tak Sentral yang mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan nama mendiang bapa Watson dalam rancangan itu.

Semalam, PWS yang diwakili Ahmad Izham memohon maaf kepada Watson.

Menurut Watson, dia masih belum dapat menerima perbuatan berkenaan yang dianggap keterlaluan.

Katanya, dia kini menyerahkan perkara itu kepada polis untuk tindakan seterusnya selepas membuat laporan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dalam kenyataannya hari ini mengesahkan menerima laporan Watson Nyambek dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahmad Izham berkata, rancangan Sukan Tak Sentral dibatalkan serta merta manakala tujuh krew produksi termasuk pengacara dan penerbit rancangan itu digantung tugas.

Katanya Azizul Ammar digantung dalam tempoh yang belum ditetapkan.

“Dalam tempoh penggantungan itu, Ammar tidak akan dipanggil oleh mana-mana rancangan terbitan PWS.

"Perbuatan mempersendakan nama baik bapa Watson adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku.

"Kami akui perbuatan itu menyinggung perasaan Watson dan seluruh keluarganya," katanya.

Katanya, pihaknya amat menghormati Watson sebagai seorang atlet yang banyak berjasa kepada negara.

Sementara itu, Ammar berkata, dia tidak mempunyai niat untuk mempersendakan nama mendiang bapa Watson.

"Saya memohon maaf kepada Watson dan keluarganya atas keterlanjuran berkenaan," katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/224065



Quote bellxx 24-4-2017 09:13 PM
macam kesian pulak tgk dah berpeluk gitu .. tapi nak buat macam mana marrrr ..... kenalahhh yee terimaaa jadikan pengajarannn
Quote achik2009 24-4-2017 09:15 PM
[youtube]3mk2wqeuMkI[/youtube]
Quote achik2009 24-4-2017 09:17 PM
[youtube]SXzlZLg-BVg[/youtube]
Quote MissLibra 24-4-2017 09:19 PM
Bagus watson punya jawapan. Bukan sekarang. Damage has been done. Aku percaya watson bukan pendendam sangat tapi dia terluka. Harap ini jadi pengajaran. Jangan suka suka hina orang then simply minta maaf. Sepatutnya sebelum dia buat tu dia fikir 1000 kali. Kalau org yg beradab sekali kali pun dia takkan terpikir nak persenda nama bapa orang.
Quote toteng 24-4-2017 09:23 PM
Masa sebut mbek..mbek tak sedar diri.haha.lps kena kecam baru nak insof
Quote achik2009 24-4-2017 09:24 PM
Seniman Akan Ambil Tindakan Terhadap Ammar Titan
Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 2:01 PM

Zed Zaidi menyelar tindakan Ammar Titan yang mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.


PETALING JAYA: Tindakan pengacara Ammar Titan yang mempersendakan nama bapa Watson iaitu Nyambek turut diselar oleh Persatuan Seniman Malaysia yang berhasrat mengambil tindakan terhadap artis itu.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihak Seniman akan menyiasat perkara berkenaan dan tindakan disiplin akan diambil sekirannya Ammar merupakan ahli persatuan itu.
"Saya telah mengarahkan pengerusi biro dari persatuan Seniman Malaysia supaya menyiasat pekara ini.

"Sekirannya anda (Ammar) ahli Seniman hukuman dan tindakan disiplin akan menyusuli, segalanya akan bergantung kepada siasatan nanti," ujarnya.

Zed berkata demikian bagi mengulas isu pengacara program komedi Sukan Tak Sentral terbitan Primeworks Studios yang mempersendakan nama mendiang bapa atlet negara Watson Nyambek dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang iaitu kambing.



Watson Nyambek (tengah) bersama penyokong-penyokongnya di luar Balai Polis Pusat Miri.


Perkara itu turut mendapat reaksi Watson yang melahirkan rasa kecewa dan tersinggung dengan penghinaan itu apatah lagi bapanya telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Walaupun Primeworks Studios menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Datuk Ahamd Izham Omar dan Ammar sendiri sudah memohon maaf, Watson dikatakan akan meneruskan hajat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.

Dalam pada itu tambah Zed, perbuatan Ammar itu sebagai tidak profesional dan merupakan satu penghinaan kepada seorang yang banyak berjasa kepada negara.

"Saya percaya pengacara tersebut juga akan terasa apabila nama bapanya dipermainkan atau dihina apatah lagi bila orang tuanya itu sudah tiada, apakah perasaan anda ketika itu?

"Anda juga memperlekehkan nama bapa perlumba negara dengan bunyikan suara haiwan dan dari sudut persepsi masyarakat anda menyamakan bapa pelumba tersebut sebagai seekor haiwan.


Ammar turut memohon maaf atas ketelanjurannya itu.

"Adakah itu cara stesen TV mengajar anda untuk berbuat demikian apabila di kaca TV atau di radio? adakah ini di panggil professional menggunakan lawak bagi sebuah penghinaan dan tidak memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia?" ujarnya.

Selain itu, Zed berkata, permohonan maaf yang dilakukan oleh stesen televisyen dan pengacara itu sendiri tidak cukup untuk membetulkan imej Watson.

"Segala permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak stesen TV dan dari anda sendiri tidak cukup untuk membetulkan kembali imej dan kredibiliti pelumba negara tersebut.

"Anda pasti tahu... membina nama yang baik mengambil masa selama 20 tahun dan merosakkannya, hanya mengambil satu minit dan ia benar-benar memalukan," ujarnya.


Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... UCwrGivizvp85mO5.99




Quote Duta lover 24-4-2017 09:25 PM
Gosip selingan.
Heolss baru kawen. Bini heolss ni ada hubungan ke dgn arja lee?

Quote imthegirl 24-4-2017 09:27 PM
Kelakar nya wartawan BH sebut primework jadi premwork
Quote lostfaith 24-4-2017 09:31 PM
Awatlah sentap sgt....dah minta maaf kan...bukan buat fitnah pun yg boleh buat oarang percaya walaupun tak benar...semua orang sentap kalu nama ayah diejek tapi dah pelbagai cara permohonan maaf dibuat siap ada yg hilang mata pencarian sebabkan hal ini...melampau sgt sentapnye..

Lihat semua komen(520)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.363891 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top