CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini 4 Alasan Mengapa BFF Anda Adalah Calon Pasangan Terbaik

25-4-2017 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4089| Komen: 16|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Terngiang-ngiang lagu dendangan Jason Mraz ini yang menyatakan betapa bertuahnya jika kawan baik sendiri menjadi pasangan hidup anda!

Foto: www.psychologytoday.com

"Lucky I'm in love with my best friend, Lucky to have been where I have been."

Terngiang-ngiang lagu dendangan Jason Mraz ini yang menyatakan betapa bertuahnya jika kawan baik sendiri menjadi pasangan hidup anda!

Benar kata orang, seorang lelaki tidak boleh menjadi sekadar teman biasa kepada seorang wanita kerana akhirnya pasti akan menimbulkan rasa cinta.

Jika saat ini anda mempunyai kawan baik lelaki yang sentiasa mendampingi anda dalam situasi baik dan buruk, kemungkinan besar dia adalah jodoh anda.


disney animated GIF

Ini antara alasannya mengapa kawan baik lelaki adalah calon suami yang terbaik untuk diri anda:

1. Dia tahu sisi baik dan buruk dalam diri anda
Kalau bercinta dengan seseorang, pastinya anda hanya ingin dia melihat sisi yang baik sahaja dari diri anda. Namun berbeza situasinya dengan kawan baik, anda selesa menjadi diri sendiri. Ini merupakan antara elemen terpenting dalam sesuatu perhubungan kerana seorang wanita amat memerlukan lelaki yang boleh menerima dirinya seadanya.

2. Tidak perlu menyembunyikan perkara silam
Tak payah susah-susah beritahu tentang zaman percintaan anda dengan bekas-bekas kekasih dahulu sebab semuanya dia sudah tahu. Begitu juga sebaliknya,jadi apa kata belajar tentang kesilapan lalu dan mulakan yang baru dengan teman baik sendiri.

3. Selesa menjadi diri sendiri
Tak perlu serabut kepala mahu berdiet atau sentiasa kelihatan cantik bila mahu keluar bersama. Ini kerana teman baik anda memang dari dulu sudah mengetahui perangai dan rupa anda walaupun tanpa solekan atau tidak mandi.

4. Selalu ada topik menarik untuk berbual
Lucunya bila bercinta dengan kawan baik sendiri, anda berdua pasti tidak akan kekeringan idea atau topik untuk dibualkan. Ada sahaja celoteh dan kadang-kadang bila masing-msing diam pun tetap boleh bergelak ketawa juga. 

Foto: giphy.com
Nah, terbukti kawan baik sendiri adalah jodoh yang terbaik buat dirimu. Kalau ada di kalangan anda yang jatuh cinta kepada kawan baik sendiri, mengapa harus menyembunyikannya lagi?

Tiada salahnya membawa persahabatan ini ke tahap yang lebih serius. Lagi pula, memang anda sudah serasi bersama dia dari dulu lagi, bukan? -CARI
11

Bagus
20

Marah
17

Terkejut
21

Sedih
21

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wadiunong 25-4-2017 03:43 PM
teori ni tak sesuai untuk aku sebab aku & BFF selalu sangat tak ngam & sentap

tapi yg pelik still kami BFF dah bertahun2
Quote sara_thrash 25-4-2017 04:04 PM
kesemua alasan di atas aku mmg setuju.. tp tak mungkin kot aku dgn bff sebabnya dia bukan taste aku.. tapi dia ada cakap kat aku dia akan kawin dengan orang yang dia dah lama kenal sebab dia tak nak lagi buang masa untuk mengenali orang baru..

jodoh ajal kita tak tahu kalau dah ditakdirkan aku dgn bff kemana mampu aku lari untuk elak ketentuan tu.. cewah  
Quote cik-jaja 25-4-2017 04:32 PM
ok la tu..kalau sentap menyentap, dh tau cmne nk pujuk kan..hahaha
Quote mbhcsf 25-4-2017 05:31 PM
heheheheheheheh i mean amboi theorynya hebat ...

i think yg terbaik adalah yg di  suatu tempat dinamakan al lauh al  Mahfuz?
Quote siskepoh 25-4-2017 06:24 PM
malngnyaaaa, BFF sis sume dah kawen dulu. dasarrr
Quote cahaya_almas 25-4-2017 07:43 PM
My bff dulu tk pernah bgtau suka kat i....i gila2 suka kat dia tp malu i nak ckp dulu..huhu.....last2 i kawin ngan org lain....sblm kawin sama2 sedih...huhu...now dia pn dh kawin.....n pas dia kawin makin krg kami berhubung...i pn mls nak msj dia selalu takut wife dia salah fhm...
Quote cikanggun 25-4-2017 07:49 PM
siskepoh replied at 25-4-2017 06:24 PM
malngnyaaaa, BFF sis sume dah kawen dulu. dasarrr

Dasarrrr... bff takleh harap... kalo kertu sepatutnya kertu bersama  
Quote akumak 25-4-2017 07:59 PM
org kata kalau bff bercinta dan putus, terus hilang dah bff tu
Quote WhiskeyScotch 26-4-2017 12:21 AM
There is no such thing as BFF.
Quote mbhcsf 26-4-2017 03:19 AM
WhiskeyScotch replied at 26-4-2017 12:21 AM
There is no such thing as BFF.

is it?  why?how about that  animal farm guy? bernard shaw and that lady???

u know right ?
Quote WhiskeyScotch 26-4-2017 04:02 PM
mbhcsf replied at 25-4-2017 07:19 PM
is it?  why?how about that  animal farm guy? bernard shaw and that lady???

u know right ?
...

Biarlah rahsia!
Quote _ejat_ 26-4-2017 04:09 PM
betul tapi rasa awkward macam nak mati . pastu sekarang timbul rasa annoy bila msj2 . emmmm . kadang2 ignore je msj dia .
Quote terma2nkondisi2 27-4-2017 12:16 AM
WhiskeyScotch replied at 26-4-2017 12:21 AM
There is no such thing as BFF.

friends with benefits?

Quote WhiskeyScotch 27-4-2017 12:18 AM

Banyak manusia zaman sekarang yang begitu. So, better be careful.
Quote mbhcsf 27-4-2017 12:59 AM
Edited by mbhcsf at 27-4-2017 01:05 AM

hahaha ...

hopefully you would find yours not so BFF - apple of your eyes..at national art gallery ke

haha yes?
Quote kiambang 25-5-2017 05:06 PM
Dah kawin baru laki aku jadi bff aku ... before ni takde sebab aku tak trust sape sape ...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.285931 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top