CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JJ Poor to Rich (JJPTR) Gulung Tikar, Pelabur Tanggung Rugi RM500 Juta

25-4-2017 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4774| Komen: 16

Description: Berpuluh-puluh ribu pelabur dari seluruh dunia, termasuk Kanada, Amerika Syarikat dan China, mungkin bakal mengalami kerugian RM500 juta selepas salah sebuah pengendali 'permainan wang' terbesar di ne ...
Berpuluh-puluh ribu pelabur dari seluruh dunia, termasuk Kanada, Amerika Syarikat dan China, mungkin bakal mengalami kerugian RM500 juta selepas salah sebuah pengendali 'permainan wang' terbesar di negara ini,  'JJ Poor to Rich' (JJPTR) dilaporkan gulung tikar.


Walau bagaimanapun, pengasasnya yang berusia 28 tahun, Johnson Lee dalam posting di laman Facebook JJPTR Malaysia pada pukul 2 petang Isnin berkata beliau mempunyai rancangan untuk membuat bayaran balik kepada pelabur (baharu) pada pertengahan Mei.

Memetik laporan The Star, sejak minggu yang lalu, terdapat cakap-cakap dalam talian mengenai kerja penggodaman yang mengakibatkan JJPTR kerugian RM500 juta.

Kes itu menjadi tajuk utama dalam akhbar-akhbar utama bahasa Cina pada Isnin apabila Lee mengesahkan khabar angin di Facebook dan menyifatkan kerugian besar itu sebagai 'kesilapan terbesar dalam hidup saya'.

Walaupun timbulnya laporan negatif itu, difahamkan JJPTR yang telah aktif selama lebih dari satu tahun, masih membuka Pusat Khidmat JJ di Taman Ipoh Timur, Perak, Sabtu lalu.


Bagaimanapun, Lee, yang sepatutnya menghadiri pembukaan itu tidak muncul.

Pembukaan pusat perkhidmatan ejen syarikat itu di Jalan Raja Uda, Butterworth, yang sepatutnya diadakan pada Ahad, telah ditangguhkan.

Pejabat-pejabatnya di Jalan Perak, Bayan Lepas dan Bandar Baru Air Itam di bahagian pulau dan Jalan Raja Uda di tanah besar ditutup pada Isnin. JJPTR juga mempunyai cawangan di Kulim dan Johor Bahru.

Setakat ini Lee masih tidak dapat dihubungi oleh pihak media.- CARI

sumber : https://i.ytimg.com/

8

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pulauturtle 25-4-2017 01:55 PM
ramai yg kena..
Quote kasibiman 25-4-2017 02:16 PM
godam kapla dongga habah dia lah
Quote zorrro_03 25-4-2017 02:40 PM
kasibiman replied at 25-4-2017 02:16 PM
godam kapla dongga habah dia lah

Hahahaha. Takpe. Nnt dalam lockup sana dia kena godam oleh JSJK. Nnt kita tengok muka di ale senyum or not.
Quote TuntungReturn 25-4-2017 02:51 PM
mlm ke ni?
Quote ciwi1166 25-4-2017 03:12 PM
ade lagi orang bongok join2 natang ni.

kalo biznez die tu bagus dah lama dah orang kenal, sebaris warren buffet.

ini ntah sape2.
Quote GegarVaganja 25-4-2017 03:17 PM
natang gapo ni

Quote OmJualGas 25-4-2017 03:29 PM
If You Can’t Convince Them, Confuse Them.   
Quote RatuDunia94 25-4-2017 07:09 PM
JJPPRT


Quote ultra78 25-4-2017 07:13 PM
Hahaha...JJ to PPRT
Quote Changa 25-4-2017 07:45 PM
Selayaknya lah dek
Quote kambeng_masam 26-4-2017 07:22 AM
hahahaha...kena godam la sangat....
Quote dubuk 26-4-2017 07:29 AM
oooooo rancangan yaaaaaaa
Quote MarryPottet 26-4-2017 09:41 AM
last last dia sorang je yg transformed to become from poor to rich
yg pelabur2 plak transformed to become from poor to poorer
Quote catalina 26-4-2017 11:23 AM
baru jea last week sebut dlm posting pasal website dia yg sangatlah menipu..
Quote palmolive 26-4-2017 11:34 AM
nak kaya cepat guna duit pelabur beli lambogini buat bukti pelaburan berjaya
Quote -electrifying- 26-4-2017 03:43 PM
hrmdjh xpnah dgau pon psl JJPTR ni...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.096225 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top