CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Bertembung Ramadan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tukar Ke Julai

26-4-2017 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6708| Komen: 33

Description: Tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ditetapkan pada Sabtu terakhir setiap Julai sepanjang lima tahun pemerintahan baginda.
Berikutan dalam tiga tahun akan datang iaitu bermula tahun ini, bulan Ramadan jatuh pada bulan Jun yang menyaksikan bertembung dengan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XVm, jadi pihak kerajaan mengambil keputusan menukar sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong kepada bulan Julai. 


Berita Harian melaporkan, menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, pihak kerajaan telah setuju tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ditetapkan pada Sabtu terakhir setiap Julai sepanjang lima tahun pemerintahan baginda iaitu bermula tahun ini hingga 2021. 

Susulan itu, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi 2017 akan disambut pada 29 Julai ini. 

Kenyataan itu memaklumkan, pindaan berkenaan mengambil kira Sabtu minggu pertama Jun pada 2017, 2018 dan 2019 adalah pada Ramadan. 

Dengan pindaan terbabit, katanya, sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV dapat diraikan bersama-sama rakyat melalui penganjuran acara yang dijadualkan.- CARI


Add Image Caption Here

10

Bagus
25

Marah
8

Terkejut
16

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 27-4-2017 04:55 AM
Ohh blh tkr ek
Quote pr3ttytw33ty 27-4-2017 07:25 AM
Kenapa sabtu, kenapa bukan ahad x pon jumaat ke. leh cuti pjg sket
Quote zorrro_03 27-4-2017 07:48 AM
pr3ttytw33ty replied at 27-4-2017 07:25 AM
Kenapa sabtu, kenapa bukan ahad x pon jumaat ke. leh cuti pjg sket

Molek doh tu yang...  cuti lama sgt tak bagus utk produktiviti kan....


PS~tapi kat tempat saya cuti Sabtu ganti ke Ahad.  Lalalala.....
Quote biskutsusu 27-4-2017 09:21 AM
i tak pernah perasan birthday agong pada hari sabtu
Quote chinta89 27-4-2017 09:45 AM
pr3ttytw33ty replied at 27-4-2017 07:25 AM
Kenapa sabtu, kenapa bukan ahad x pon jumaat ke. leh cuti pjg sket

SABTU PUN XPE.. FORWARD CUTI KPD AHAD UTK WARGA PANTAI TIMUR.. RAKYAT KLATE NK RAI SULTAN DIORG BAGI LA PELUANG . HEHEH
Quote Bedah.Cun 27-4-2017 09:51 AM
Tak kisah lar, yang. Kang cuti lama2 ai kedaung lar tak jumpa despatch kesayangan ai dua orang tue
Quote nolya 27-4-2017 10:20 AM
seramado replied at 27-4-2017 04:55 AM
Ohh blh tkr ek

Aturan yg dibuat manusia, bole aje.  Bak kata orang2 tua....kita yg buat dia.
Quote nolya 27-4-2017 10:27 AM
zorrro_03 replied at 27-4-2017 07:48 AM
Molek doh tu yang...  cuti lama sgt tak bagus utk produktiviti kan....



Tak juga bang. Kalau cuti masih boleh usahakan produktiviti lain.  Mengeratkan silaturrahim  adalah  juga satu  produktiviti kekeluargaan. Betul tak?
Quote nolya 27-4-2017 10:32 AM
chinta89 replied at 27-4-2017 09:45 AM
SABTU PUN XPE.. FORWARD CUTI KPD AHAD UTK WARGA PANTAI TIMUR.. RAKYAT KLATE NK RAI SULTAN DIORG BA ...

Rajin sungguh rakyat Klate, suka raikan sultan mereka. Selain K'tan n Johor,  rakyat negeri2 mcm tak kuasa je.
Quote bulan_gerhana 27-4-2017 11:18 AM
baguih baguih... selalu keputeraan agong ni kan ade penganugerahan pingat.. cian la... staff2 tu... kalo jatuh bulan posa... yg berkeroja staff yg dato dato tu sume duduk je...
Quote zorrro_03 27-4-2017 11:25 AM
nolya replied at 27-4-2017 10:27 AM
Tak juga bang. Kalau cuti masih boleh usahakan produktiviti lain.  Mengeratkan silaturrahim  adala ...

oooo.  gitu pulak ye...  
tapi nak eratkan silaturahim masa kerja pun boleh,  contohnya waktu rehat jam 1, hantar whatsapp ke sahabt handai dan ahli keluarga,  tanya khabar. ajak mereka lunch sekali kat port mana2. belanja mereka makan sekali.

kalau nak belanja saya pun bolehhhhh.  sangat dialu2kan...  

Quote -electrifying- 27-4-2017 11:27 AM
pr3ttytw33ty replied at 27-4-2017 07:25 AM
Kenapa sabtu, kenapa bukan ahad x pon jumaat ke. leh cuti pjg sket

company iols gunakan cuti tu tuk cuti ganti wktu raya, sbb sbtu mmg xbekerja
Quote Artemesiaa 27-4-2017 11:38 AM
pr3ttytw33ty replied at 27-4-2017 07:25 AM
Kenapa sabtu, kenapa bukan ahad x pon jumaat ke. leh cuti pjg sket

Itu le tujuannya tak nak bagi cuti panjang nak cuti panjang sila apply cuti tahun sendiri
Quote pr3ttytw33ty 27-4-2017 12:56 PM
zorrro_03 replied at 27-4-2017 07:48 AM
Molek doh tu yang...  cuti lama sgt tak bagus utk produktiviti kan....



Ni mesti stok2 plat JDT ni
Quote zorrro_03 27-4-2017 01:18 PM

ehh kau baik2 sikit twiderrr...  aku dah laa lama sgt duk jaki dgn boyan jdt.  alih2 kau kata aku jdt.  nak makan skateboard agaknya kau ini....  
Quote pr3ttytw33ty 27-4-2017 01:30 PM
-electrifying- replied at 27-4-2017 11:27 AM
company iols gunakan cuti tu tuk cuti ganti wktu raya, sbb sbtu mmg xbekerja

Ok ini tidak adil. Kampeni iols kemut nk bg. Mimpi di siang hari katenye.
Quote pr3ttytw33ty 27-4-2017 01:33 PM
Edited by pr3ttytw33ty at 27-4-2017 01:34 PM
zorrro_03 replied at 27-4-2017 01:18 PM
ehh kau baik2 sikit twiderrr...  aku dah laa lama sgt duk jaki dgn boyan jdt.  alih2 kau kata aku  ...


Lerr..anti tempe rupenye   aku ingt ko bangsa J yg coti jemahat sabetu. Lupe plak set2 pantai timur pn coti jgk. Wakakaka
Quote pr3ttytw33ty 27-4-2017 01:36 PM
Artemesiaa replied at 27-4-2017 11:38 AM
Itu le tujuannya tak nak bagi cuti panjang nak cuti panjang sila apply cuti tahun sendiri

Syg nk gune cuti sndrik. Simpan smpai kepam
Quote missyqaldina 27-4-2017 01:54 PM
biskutsusu replied at 27-4-2017 09:21 AM
i tak pernah perasan birthday agong pada hari sabtu

beb i selalu perasan bsday agung hari sabtu..
cube compare tahun ni dan tahun lpsnye calender..
mati2 i ingat selama ni celebrate bsday agung tu ikut tarikh bsday die..
rupenye bukan..
setiap sabtu akhir weekend bsday dorang rupenye celebration ni..
ptt la x penah jumpa bsday agong hari lain...wakakaka..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.323337 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top