CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gelinya Kaki Kering Dan Berkerak, Air Rendaman Listerine Boleh Tolong

11-5-2017 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8870| Komen: 29|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Pernah tak terpandang kaki orang lain dan perkara pertama yang terlintas di fikiran anda adalah, "oh tidak, kering dan berkerak!"
Pernah tak terpandang kaki orang lain dan perkara pertama yang terlintas di fikiran anda adalah, "oh tidak, kering dan berkerak!"

Sebelum menghakimi orang lain, apa kata tengok dulu kaki sendiri. Mesti ramai turut menghadapi masalah yang sama.


Semakin banyak anda berjalan setiap hari, ia akan membuatkan kulit kaki anda kering dan jika tidak dirawat akan menyebabkannya lebih teruk lagi.

Bertenang, mudah sahaja rawatan dan ianya boleh dibuat di rumah. Bahan yang diperlukan pula hanyalah Listerine.

Foto: thefreshtoast.com
Ya, bukan sahaja berkesan untuk membersihkan gigi, Listerine juga boleh dijadikan bahan untuk merendam dan memanjakan kaki anda.


Bagaimana Listerine boleh membantu kaki anda?
Sama seperti fungsinya untuk membuatkan mulut terasa segar, ia juga akan membantu memberi kesegaran pada kaki.

Bahan yang terkandung dalam Listerine seperti menthol, thymol, methyl salicylate, dan eucalyptol bertindak sebagai antiseptik dan baik untuk tubuh manusia.

Alkohol jenis Ethanol yang terkandung dalam bahan ini pula membantu dalam melembutkan kulit kaki dan menyingkirkan sel kulit mati.

Foto: www.livestrong.com
Cara membuat air rendaman kaki Listerine
1/4 cawan Listerine
Air suam
1 bekas plastik yang mampu memuatkan kaki anda untuk direndam

Campurkan semuanya sekali dan tenangkan diri anda ketika kaki dimasukkan dalam air rendaman. Sambil itu bolehlah baca buku atau merias kuku dan selepas setengah jam bilas dengan air biasa.

Lakukan rutin ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Cepat cuba, dan kongsikan pengalaman anda di sini ya. -CARI
22

Bagus
21

Marah
19

Terkejut
28

Sedih
40

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 11-5-2017 05:13 PM
Lagi kering la noks
Quote rosedemon 11-5-2017 05:46 PM
yeke. baru kita tau. thanks nok
Quote merrissa 11-5-2017 11:26 PM
makkk oi mahainyaaa ko nak rendam kaki gune listerine bagai....
Quote kentel 12-5-2017 10:27 AM
merrissa replied at 11-5-2017 11:26 PM
makkk oi mahainyaaa ko nak rendam kaki gune listerine bagai....

beauty is expensive sis
Quote lindarafee 12-5-2017 10:41 AM
rendam pakai air hangat dgn garam pun ok
Quote siputsedut 12-5-2017 11:03 AM
rosedemon replied at 11-5-2017 05:46 PM
yeke. baru kita tau. thanks nok

Xyah try...x jd...i dh pernah cuba tips ni...rasanya so far plg berkesan is guna alat yang kikis kulit kering tu(kt guardian ada jual..mcm pumice tp dia guna letrik) pas abis kikis ngn mesin tu, sapu losyen kt situ....satu lg..pergi je nail salon..suruh dia buat pedicure+foot spa..nnt dia kikis kulit mati guna razor...tp x luka la..kikis sket je..x sakit pon..haaa yg ni mmg kompem kaki selembut bontot baby...
Quote siputsedut 12-5-2017 11:04 AM
swimswim replied at 11-5-2017 05:13 PM
Lagi kering la noks

Khuenzzzz...iols buat ngn listerine ni x jd pon...propah je..iols baca kt bkog mat salleh dlu abis sebotol listerine
Quote wak_lu 12-5-2017 11:16 AM
fuhh...nasib x membazir listerine aku
Quote saladin780 12-5-2017 11:19 AM
x nak kaki kering berkerak..amalkan pakai stokin walopun ko pakai selipar..kat rumah pun pakai selipar yg khas yg utk dalam rumah tu..sure x berkerak kaki tuh
Quote Gadis_sarawak 12-5-2017 11:23 AM
Beli batu yang jual kat wtson/guardian tu pun ok..Tak tau ape nama dia. Tapi kena rendam dulu kaki la..then gosok guna batu tu secara pusingan membulat dan sental lembut..then lap kaki masa kaki masih lembab tu letak lotion or nivea tin biru tu..compom kaki santek lembut je kalau rajin amalkan..

Or klau agak2 malas sangat tu beli la peeling gel sapu kat tumit kaki tu..kotoran hilang daki2 pun tanggal..plus peeling gel ni leh guna  tuk seluruh badan..tapi aku pun amalkan seminggu sekali je..
Quote nazzse 12-5-2017 11:41 AM
Gadis_sarawak replied at 12-5-2017 11:23 AM
Beli batu yang jual kat wtson/guardian tu pun ok..Tak tau ape nama dia. Tapi kena rendam dul ...


Quote swimswim 12-5-2017 12:16 PM
siputsedut replied at 12-5-2017 11:04 AM
Khuenzzzz...iols buat ngn listerine ni x jd pon...propah je..iols baca kt bkog mat salleh dlu :lol ...

tt ada share dgn listerine.      

Quote syeffy0291 12-5-2017 01:26 PM
listrine ni botol kecik je dah mahal berapa ringgit ape tah lagi yang besar memang x lah aku nak buat..guna je kertas pasir setel masalah hahaha
Quote febreze 12-5-2017 01:38 PM
listerine pon leh jd ubat ketiak
Quote Piqachica 12-5-2017 08:25 PM
Gadis_sarawak replied at 12-5-2017 11:23 AM
Beli batu yang jual kat wtson/guardian tu pun ok..Tak tau ape nama dia. Tapi kena rendam dul ...

Peeling gel tu jenama apa babe?berkesan ke?
Quote marla69 12-5-2017 09:39 PM
Gigih nak buat tapi tak terbuat. Suruh org belai lagi besh
Quote shahreen 13-5-2017 12:50 PM
saladin780 replied at 12-5-2017 11:19 AM
x nak kaki kering berkerak..amalkan pakai stokin walopun ko pakai selipar..kat rumah pun pakai selip ...

Betul. Iols sejak pakai stokin g keje mmg dh xde masalah kulit kaki kering merekah bagai. Nak2 sapa yg keje asik berjalan n bnyk outdoor. Pakai yg nipis pun ok noks  
Quote Iema5008 15-5-2017 05:32 PM
Listrine mmg byk kegunaan nya. Boleh jg sental kat ketiak utk kurang kn bau badan dan kurang kn legam tiak tu.
Quote cheergirlz 15-5-2017 05:53 PM
wooow..iols is bole cuba nie...hihihihi

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.070603 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top